Cara Bayar Zakat Fitrah Online Dan Aplikasi Telefon Bimbit

bayar zakat online ikut negeri

Membayar zakat termasuk dalam rukun Islam yang keempat dan merupakan Fardhu Ain ke atas setiap umat Islam yang memenuhi segala syarat wajib yang ditetapkan. Seseorang individu beragama Islam yang sengaja mengingkari suruhan Allah SWT untuk menunaikan zakat adalah berdosa besar. Bayaran zakat boleh dibuat secara manual di kaunter pungutan zakat dan kini secara online atau atas talian

Di zaman yang serba moden ini, selain pelbagai urusan lain seperti pindahan wang, urusan pembayaran zakat juga dapat dilakukan secara atas talian. Malah, bayaran zakat secara online ini merupakan cara yang lebih mudah dan selamat kerana pembayar zakat boleh berhubung terus dengan agensi kutipan zakat online mengikut negeri masing-masing atau menerusi perbankan internet dan aplikasi

Pembayaran zakat secara online ini turut membantu mereka yang mempunyai kekangan masa yang terhad agar dapat melakukan kewajipan atau suruhan agama ini. Kemudahan ini telah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu dan semakin diperluaskan kepada setiap negeri bagi memudahkan orang ramai. Orang ramai tidak perlu khuatir kerana pembayaran zakat secara online ini telah diiktiraf atau sah dari segi hukum syariat

Zakat  dari segi syarak bermaksud mengeluarkan harta tertentu mengikut kadar tertentu dengan syarat-syarat tertentu untuk diagihkan kepada golongan tertentu. Antara hikmah Allah mensyariatkan zakat adalah untuk mengagihkan sebahagian kecil harta golongan berada kepada mereka yang kurang bernasib baik selain memberi peluang kepada pembayar zakat untuk membersihkan diri serta menyuburkan harta mereka

 INFO TERKINI
Jabatan Wakaf dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan Soalan Lazim mengenai Pelaksanaan Kutipan Zakat Fitrah Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Maklumat lanjut dikongsikan di bawah.

PANDUAN CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MELALUI LEMBAGA ZAKAT NEGERI DAN PERBANKAN INTERNET

Berikut MYsumber kongsikan cara untuk membuat pembayaran zakat fitrah secara online mengikut negeri pada bulan Ramadhan dengan menggunakan perbankan internet serta aplikasi telefon mudah alih.

Disertakan sekali hukum membayar zakat fitrah secara online serta maklumat lain berkaitan bagi kefahaman dan rujukan orang ramai

PELAKSANAAN ZAKAT FITRAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
Berikut adalah maklumat penting pelaksanaan kutipan zakat fitrah bagi tahun 1441H/2020M
Zakat fitrah akan dilaksanakan pada tahun ini dan perlu ditunaikan oleh individu Muslim yang berkemampuan
Semua Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Agensi Mengurus Zakat (AMZ) seluruh Malaysia akan mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara atas talian (online)
Golongan yang kemampuan ekonominya terjejas disebabkan PKP dan situasi COVID-19 ketika ini, bayaran zakat fitrah boleh ditunaikan dengan kadar minimum yang telah ditetapkan oleh pijak MAIN dan AMZ mengikut kemampuan diri dan keluarga
Pembayaran zakat fitrah melalui amil yang dilantik masih disediakan oleh hampir semua MAIN dan AMZ, tetapi dijalankan pada tahap minimum
Arahan dan tatacara kawalan Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia masih perlu dilaksanakan bagi kaedah bayaran secara manual
Amil atau pembayar yang kurang sihat tidak dibenarkan memungut atau menunaikan zakat fitrah pada waktu tersebut
Individu yang disahkan positif COVID-19 / baru sembuh / dalam kategori Pesakit Dalam Siasatan (PUI) atau Person Under Surveillance (PUS) hendaklah mewakilkan pembayaran kepada ahli keluarga atau waris yang sihat
Kaunter zakat fitrah di tempat tumpuan awam seperti pasar raya tidak disediakan
HUKUM BAYAR ZAKAT SECARA ONLINE
Berdasarkan maklumat daripada Pusat Zakat Melaka, zakat bagi seseorang adalah sah dari segi syariat sekiranya telah berlaku dua perkara iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat. Hukum lafaz akad dalam bayaran zakat adalah Harus. 

PAUTAN BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE SETIAP NEGERI

Berikut adalah pautan untuk membayar zakat secara online bagi setiap negeri
NegeriPautan
Negeri Perlis Logo PerlisMAIPSSnapNPay
Negeri Kedah Logo KedahZakat Kedah | Asnafcare | Zakat On Touch
Negeri Penang Logo Pulau PinangZakat Penang | GoPayZ | SnapNPay
Negeri Perak Logo PerakeZakat MAIAMPGoPayZ | SnapNPay
Negeri Selangor Logo SelangorZakat Selangor | GoPayZ | Boost | MyEG
Negeri Sembilan Logo Negeri SembilanZakat NS | ZakatN9 | SnapNPay  | JomPAY
Negeri Melaka Logo MelakaZakat Melaka | QRPay Bank Muamalat
Negeri Johor Logo JohorMAIJ | SnapNPay
Negeri Pahang Logo PahangZakat Pahang | eZakat MUIP
Negeri Terengganu Logo Terengganu MAIDAM |  SnapNPay
Negeri Kelantan Logo Kelantan e-MAIK | MyMaik 
Negeri Sarawak Logo SarawakTabung Baitulmal Sarawak | Baitulmal Kamek | MyEG | SnapNPay
Negeri Sabah Logo SabahMUISMyEG | SnapNPay |  JomPAY
WP Kuala Lumpur Logo Kuala Lumpur
WP Putrajaya Logo Putrajaya
WP Labuan Logo Labuan
PPZ MAIWP | PayHalal | MyEG | Pos Online

CARA MEMBAYAR ZAKAT SECARA ONLINE MENGGUNAKAN PERBANKAN INTERNET

Terdapat beberapa bank yang menyediakan khidmat bayaran zakat menggunakan perbankan internet antaranya adalah: 
MAYBANK

MAYBANK2U

Semakan Online Pembayaran Zakat Melalui Perbankan Internet
Layari portal Maybank2u melalui pautan di atas dan login ke akaun yang telah didaftarkan
 Tiba di laman utama, pilih butang di ruangan atas kanan Pay & Transfer
Langkah zakat m2u 2
Tiba di laman seterusnya, sila taip kekunci kata zakat dan pilih jabatan zakat negeri masing-masing
Langkah 3 zakat m2u
Setelah memilih jabatan zakat mengikut negeri, pop-up seperti gambar di bawah akan dipaparkan. Pilih zakat fitrah bagi jenis zakat yang ingin dibayar
Langkah 4 zakat m2u
Setelah mengisi jumlah bayaran zakat yang perlu dibayar mengikut negeri masing-masing klik butang Pay dan laman seterusnya akan dipaparkan bagi mendapatkan nombor TAC untuk melengkapkan proses bayaran
Langkah 5 zakat m2u
 Berikut adalah Jabatan/Lembaga Zakat negeri-negeri yang boleh menerima bayaran zakat fitrah secara online
CIMB

CIMB CLICKS

Semakan Online Pembayaran Zakat Melalui Perbankan Internet
 Layari portal CIMB Clicks seperti pautan di atas dan login ke akaun yang telah didaftarkan
  Login cimb
 Tiba di laman utama, pilih butang Pay & Transfer di bahagian kiri dan klik butang Pay Bills
Laman Utama Cimb
 Sebaik sahaja di laman seterusnya, taip kata kunci zakat dan pilih jabatan mengikut negeri yang ingin dibayar zakat
Zakat cimb
 Setelah memilih jabatan zakat negeri, pilih daripada jenis zakat, zakat yang ingin dibayar iaitu zakat fitrah
Zakat Fitrah cimb
 Masukkan jumlah bayaran zakat mengikut kadar negeri masing-masing dan klik butang seterusnya untuk mendapatkan no. TAC dan melengkapkan proses bayaran
Zakat TAC cimb
 Hanya Lembaga Zakat Selangor dan Zakat Perlis yang menyediakan perkhimatan bayaran zakat fitrah secara online menggunakan CIMB Clicks 

SYARAT WAJIB ZAKAT

Mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut adalah wajib untuk membayar zakat:
Beragama Islam : Tidak wajib untuk orang kafir menunaikan zakat
Merdeka/Bukan Hamba : Mempunyai kebebasan untuk mencari rezeki halal tanpa halangan daripada sesiapa
Milik Sempurna : Harta hendaklah dimiliki sepenuhnya serta dapat digunakan bila-bila masa yang dimahukan tanpa memerlukan sebarang kebenaran dari orang lain. Sempurna dari segi Hak Hizayah (pemilikan) dan Hak Tasarruf (keupayaan mengurus)
Cukup Nisab : Nisab merupakan kadar minimum harta yang ditetapkan Syarak untuk mewajibkan zakat
Cukup Haul : Haul bermaksud tempoh harta dimiliki selama 12 bulan atau setahun telah berlalu. Zakat diwajibkan setelah genap setahun harta dilmiliki
Berkembang : Harta yang dikenakan zakat hendaklah harta yang berkembang atau mempunyai potensi untuk berkembang (Contoh: haiwan ternakan berkaki empat, hasil tanaman, barang perniagaan, emas, perak, mata wang)

JENIS-JENIS ZAKAT

Zakat Fitrah : Zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu
Zakat Harta : Zakat harta dapat dibayar pada bila-bila masa dengan kadar 2.5% dari jumlah harta. Daripada semua harta benda yang seseorang miliki, 2.5% dari harta itu adalah bukan hak sendiri tetapi hak golongan asnaf yang layak menerima zakat
Jenis-Jenis Zakat Harta Di Malaysia
Zakat PendapatanZakat Wang SimpananZakat Perniagaan
Zakat Emas Dan PerakZakat Rikaz Dan Ma’dinZakat KWSP
Zakat Saham/PelaburanZakat Binatang TernakanZakat Hasil Pertanian
Zakat Hasil Laut
GOLONGAN ASNAF (PENERIMA ZAKAT)
Terdapat lapan golongan Asnaf atau penerima zakat iaitu:
Fakir. Golongan yang tiada harta
Miskin. Mempunyai pekerjaan atau hasil yang tidak mencukupi
Riqab. Hamba sahaya atau budak
Gharim. Orang yang mempunyai banyak hutang
Muallaf. Orang yang baru memeluk agama Islam
Fisabilillah. Orang yang berjuang di jalan Allah
Ibnu Sabil. Musafir dan para pelajar perantauan 
Amil. Golongan yang menguruskan penerimaan dan pengumpulan zakat
Info Berkaitan
Senarai kadar bayaran harga zakat fitrah 2020 seluruh negeri
Tarikh Hari Raya Puasa 2020 Aidilfitri di Malaysia
Sila Klik Link Lupa Bayar Zakat Fitrah Apa Perlu Buat
Sila Klik Link Soalan Lazim Perintah Kawalan Pergerakan JAWHAR, JPM
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan