Cara beza beras plastik palsu tiruan dengan beras asli

09:05 Redaksi Admin

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 17 Jun 2017 jam 09:45 PM

Beras Plastik Tiruan Palsu

Negara jiran, Indonesia dikejutkan dengan penemuan beras plastik (tiruan) atau (palsu) di pasaran negara itu. Perkara tersebut terbongkar selepas pengguna mendapati beras tiruan yang dimasak itu mempunyai banyak kelainan dengan beras asli atau sebenarnya

Menurut media tempatan Indonesia, beras tiruan itu dihasilkan dengan menggunakan campuran kentang, keledek dan plastik resin yang selalu digunakan industri lalu diproses agar sama bentuk dengan beras asli

Komponen bahan kimia terkandung dalam beras plastik (tiruan) boleh mengakibatkan gangguan pencernaan serta membahayakan kesihatan jika termakan

Selain memasuki pasaran Indonesia, beras plastik (tiruan) itu dikatakan turut memasuki negara-negara yang mempunyai ramai penduduk luar bandar seperti India dan Vietnam

CARA MEMBEZAKAN BERAS PLASTIK (TIRUAN / PALSU) DENGAN BERAS ASLI

Bagi mengelakkan pengguna tahu itu adalah beras tiruan, pengedar tidak bertanggungjawab itu dipercayai mencampurkan beras tiruan tersebut dengan beras asli bagi membolehkan perbezaannya tidak ketara apabila ia dimasak. Bagaimanapun taktik tersebut dapat dikesan juga oleh pengguna

Fakta Beras (Plastik) Tiruan Atau Palsu
Beras plastik kelihatan berkilat, tidak seperti beras asli yang berwarna putih susu
Tidak mengembang dan tetap keras walau dimasak
Mempunyai bentuk dan panjang yang seragam (sama)
Mempunyai bau dan rasa pelik sewaktu dimakan dan mempunyai kelainan rasa dari beras asli yang begitu ketara
Tidak menyerap air apabila dimasak malah tidak menjadi nasi
Harga lebih murah berbanding dengan beras asli

VIDEO LAPORAN BERAS (PLASTIK) TIRUAN ATAU PALSU DI INDONESIA

 

Butang FacebookButang TwitterButang Google