Bonus Penjawat Kakitangan Awam Pesara Bajet 2020 bila dapat

18:00 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 14 November 2019 jam 11:21 PM

Bonus Kakitangan Penjawat Awam

Menerusi pembentangan Belanjawan Malaysia (Bajet 2020) oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, Kerajaan bersetuju akan memberikan pembayaran khas (bonus) sebanyak RM500 kepada penjawat awam atau kakitangan kerajaan gred 56 dan ke bawah. Manakala pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen pula akan menerima bayaran khas RM250

Bayaran khas kepada penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan sekali iaitu dijangka dibuat pada sebelum akhir tahun 2019. Ini merupakan tahun kedua kerajaan membayar bonus pada tahun yang sama. Sebelum ini, bayaran khas dibayar pada tahun berikutnya

Pengumuman ketika Belanjawan 2020 tersebut hanya menyatakan pembayaran khas bonus bagi tahun 2020 untuk kakitangan kerajaan dan pesara kerajaan. Ianya tidak melibatkan sebarang pengumuman mengenai pembayaran bantuan khas aidilfitri atau bonus raya bagi penjawat awam dan pesara untuk tahun 2020

Lazimnya pengumuman bantuan khas Aidilfitri diumumkan ketika pembentangan bajet tahunan negara ataupun melalui pengumuman khas sebelum hari raya. Seperti tahun 2018, Perdana Menteri mengumumkan bonus raya penjawat awam sekitar hujung bulan Mei tahun 2018 melibatkan bayaran sebanyak RM400 untuk penjawat awam Gred 41 ke bawah dan RM200 bagi pesara kerajaan

BILA DAPAT BONUS KAKITANGAN AWAM DAN PESARA BAJET 2020

Berikut dikongsikan maklumat jumlah dan tarikh pembayaran bayaran khas tahun 2020 untuk penjawat awam dan pesara kerajaan seperti yang diumumkan oleh kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan. Disertakan juga perincian bayaran khas Aidilfitri beserta tarikh pembayarannya:

BONUS KHAS PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN BAJET 2020
Nombor 1Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada 11 Oktober 2019 iaitu pada pembentangan Bajet 2020 telah mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada seluruh penjawat awam Gred 56 ke bawah dan RM250 kepada pesara kerajaan
Nombor 2Ia turut disampaikan kepada veteran tidak berpencen sebanyak RM250
UpdateTARIKH DAN JUMLAH PEMBAYARAN KHAS KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN 2020

RM MYR500

Penjawat Awam
Bayaran Khas Bajet 2020
RM500
18 Disember 2019

RM MYR250

Pesara Kerajaan
Bayaran Khas Bajet 2020
RM250
18 Disember 2019
MYNota
Sebagai rujukan dan maklumat lengkap mengenai bayaran khas ini, sila rujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan menerusi judul pautan di bawah.
PDF LampiranSila Klik LinkPekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2019 Peraturan Bayaran Khas
KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2020 PENJAWAT AWAM
Nombor 1Dengan peruntukan tambahan sebanyak RM350 juta setahun, kerajaan akan menaikkan Kadar Bantuan Sara Hidup (COLA) sebanyak RM50 sebulan untuk kumpulan pelaksana.
Nombor 2Kerajaan juga membenarkan penebusan awal Gantian Cuti Rehat (CGR) sebanyak 75 hari bagi ganjaran wang tunai. Namun ianya hanyalah bagi penjawat awam yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
Nombor 3Kerajaan turut menawarkan Perlindungan Kemalangan Diri Berkelompok bernilai RM100 ribu secara percuma selama dua tahun kepada peminjam baharu kemudahan pinjaman perumahan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
Selain itu, kerajaan ingin membantu meringankan beban waris penjawat awam yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan, justeru kerajaan memperkenalkan:-
Nombor 4Faedah Ex-Gratia Kematian yang akan diberikan kepada waris penjawat awam yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan bernilai sehingga RM150,000
Nombor 5Pemberian Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) diawalkan sebelum Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) kepada penjawat awam yang telah meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan
Nombor 6Kerajaan akan menaikkan elaun Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak RM2 sejam bermula 1 Januari 2020 dengan jumlah peruntukan tambahan berjumlah RM26 juta
Nombor 7Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dihargai oleh kerajaan dengan memberikan Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba berjumlah RM200 sebulan dengan peruntukan berjumlah RM35 juta bagi tahun 2020. Manfaat ini akan dinikmati oleh 14,400 anggota bomba
Nombor 8Turut dihargai, pengorbanan dan keperwiraan anggota tentera, terutamanya pemegang Pingat Jasa Malaysia. Justeru bayaran secara one-off berjumah RM500 akan diberikan kepada hampir 70 ribu pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan berjumlah RM35 juta
Nombor 9Selari dengan falsafah 3R (Repair, Replace, Restore), Kerajaan akan memberi peruntukkan kepada Bahagian Pengurusan Hartanah di bawah Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM330 juta untuk membaikpulih dan menyelenggara kuarters penjawat awam. Sebagai tambahan untuk tujuan yang sama, RM150 juta bagi Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) serta RM250 juta bagi kuarters PDRM juga akan diperuntukkan
10 NomborKerajaan turut mengumumkan kabar gembira buat semua penjawat awam dengan memberikan Bantuan Khas Kewangan bagi kakitangan awam Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM500. Bantuan Khas Kewangan turut disampaikan kepada pesara kerajaan serta veteran tidak berpencen berjumlah RM250. Kedua-dua bantuan tersebut akan dibayar sebelum hujung tahun 2019
KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2019 PENJAWAT AWAM
Nombor 1Kerajaan sentiasa mengambil berat dan mengiktiraf peranan serta sumbangan 30,000 pegawai lantikan kontrak (contract of service) di dalam perkhidmatan awam yang tidak menikmati kemudahan yang sama seperti penjawat awam tetap. Justeru itu, Kerajaan memperuntukkan RM10 juta setahun untuk memanjangkan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak. Selain itu, kemudahan Cuti Kuarantin turut dipanjangkan kepada pegawai lantikan kontrak yang anaknya menghidap penyakit berjangkit bermula 12 November 2018
Nombor 2Kerajaan telah meluluskan kemudahan Cuti Tanpa Rekod kepada pegawai beragama Islam untuk menunaikan ibadah umrah sebanyak 7 hari sekali sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi menghargai 201,600 penjawat awam yang bukan beragama Islam, Kerajaan bersetuju memanjangkan kemudahan cuti tanpa rekod yang sama bagi tujuan keagamaan
Nombor 3Untuk menggalakkan pemilikan perlindungan insurans, perlepasan cukai bagi caruman KWSP dan premium insurans hayat atau takaful akan diasingkan. Perlepasan cukai pendapatan sehingga RM4,000 ke atas caruman kepada KWSP atau dana pencen yang diluluskan; dan pelepasan cukai pendapatan sehingga RM3,000 ke atas takaful atau bayaran premium insurans hayat. Bagi penjawat awam di bawah skim pencen, pelepasan cukai adalah sehingga RM7,000
Nombor 4Kerajaan akan terus membina dan menyiapkan rumah mampu milik dengan peruntukan hampir RM1.5 bilion untuk Program Perumahan Rakyat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia, PR1MA dan Syarikat Perumahan Nasional Bhd demi memastikan bekalan rumah mencukupi
Nombor 5Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk membantu kakitangan sektor awam memiliki kediaman yang diimpikan, Kerajaan akan memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di mana tempoh pembiayaan pertama daripada 30 tahun kepada 35 tahun; dan tempoh Pembiayaan Kedua daripada 25 tahun kepada 30 tahun
Nombor 6Untuk memastikan kesejahteraan penjawat awam terutamanya polis, tentera dan guru mendiami kuarters yang selesa, Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM400 juta untuk penyelenggaraan dan membaik pulih kuarters Kerajaan yang dikenal pasti
Nombor 7Kerajaan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas sumbangan mereka dalam menjamin keselamatan serta keamanan negara. Sebagai tanda penghargaan kepada usaha dan dedikasi kesemua penjawat awam semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka, Kerajaan mencadangkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam gred 54 dan bawah. Bayaran khas sebanyak RM250 juga akan diberi kepada pesara kerajaan. Jumlah bayaran khas ini adalah sebanyak RM1 bilion. Berbanding dengan pentadbiran dahulu yang lazimnya menyalurkan bayaran khas pada tahun depan, Kerajaan Pakatan Harapan ini akan menyalurkan bayaran khas sebelum hujung tahun 2018 ini
KANDUNGAN INTIPATI BAJET 2018 PENJAWAT AWAM
Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan akan menerima faedah persaraan seperti pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan
Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada 7 hari kepada 10 hari setahun dan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun persaraan
Pembinaan 10,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia-PDRM (PPA1M-PDRM)
Meningkatkan kelayakan cuti bersalin daripada 300 hari kepada 360 hari sepanjang perkhidmatan, tertakluk kepada maksimum 90 hari setahun
Menaikkan kadar pencen terendah kepada RM1,000 sebulan melibatkan lebih 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan
Kenaikan pangkat time-based kali kedua bagi kumpulan pelaksana untuk tempoh 13 tahun, selepas kenaikan kali pertama
Kerajaan buat pertama kalinya, bersetuju memberikan kemudahan tujuh hari cuti tanpa rekod sepanjang tempoh perkhidmatan bagi menunaikan umrah
Untuk memberi fleksibiliti, Kerajaan akan menambah satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang
Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas, yang telah diwartakan sekurang-kurangnya 4 tahun, serta memenuhi syarat tertentu, akan diberi kelonggaran satu hari seminggu untuk melaksanakan Waktu Kerja Fleksi
Penjawat awam wanita yang mengandung lima bulan ke atas, dibenarkan pulang lebih awal sejam. Bagi melengkapi hasrat ini, suami yang bekerja Kerajaan juga dibenarkan pulang lebih awal sejam, syaratnya, suami dan isteri mestilah bekerja di lokasi yang berdekatan
Pembelajaran sepanjang hayat pegawai perkhidmatan awam dengan melaksanakan Kursus Sarjana dan PhD secara in-house
Bayaran khas sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam. Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu RM1,000 pada awal Januari 2018, dan RM500 lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan (2018)
Bayaran khas sebanyak RM750 kepada pesara kerajaan iaitu RM500 dibayar pada Januari 2018, manakala baki RM250 lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri 2018
Bagi memudahkan penjawat awam memiliki rumah idaman, mulai 1 Januari 2018, Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam akan melaksanakan:-
Nombor 1Membenarkan pembiayaan LPPSA ke atas hartanah yang dibangunkan di atas tanah wakaf
Nombor 2Memasukkan yuran guaman berkaitan penyediaan perjanjian pembiayaan perumahan sebagai sebahagian daripada skop pembiayaan LPPSA
Nombor 3Membenarkan pembiayaan perumahan bersama atau joint-loan daripada LPPSA, antara suami-isteri atau anak-anak, dengan syarat semua pemohon adalah anggota perkhidmatan awam
Nombor 4Membenarkan pembiayaan perumahan bersama antara suami-isteri atau anak-anak, dengan syarat, sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah anggota perkhidmatan awam
Nombor 5Pemohon bersama bukan penjawat awam perlu menggunakan pembiayaan institusi kewangan atau agensi yang mempunyai skim pembiayaan perumahan sendiri, yang bersetuju menjadi pemegang gadaian kedua
 BonusTARIKH DAN JUMLAH BONUS RAYA KAKITANGAN AWAM DAN PESARA KERAJAAN  2019

RM MYR450

Penjawat Awam
Bayaran Khas Bonus Raya 2019
24 Mei 2019

RM MYR225

Pesara Kerajaan
Bayaran Khas Bonus Raya 2019
24 Mei 2019
MYNota
Status bayaran bantuan khas atau bonus raya 2019 adalah rasmi mengikut pengumuman pada 16 Mei 2019 oleh Perdana Menteri 
 
BonusBONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN 2019
Nombor 1Terkini Perdana Menteri telah membuat pengumuman mengenai bantuan khas atau bonus raya adalah berjumlah RM450 untuk kakitangan kerajaan Gred 56 dan ke bawah serta RM225 diberikan kepada para pesara dengan anggaran peruntukan berjumlah RM855 juta secara keseluruhan
Nombor 2Terdahulu, kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menerusi Presidennya, Datuk Azih Muda berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN) berkenaan bonus raya bagi penjawat awam untuk tahun 2019
Nombor 3Surat daripada CUEPACS juga telah dihantar kepada Perdana Menteri serta Menteri Kewangan bagi membuat rayuan supaya bantuan khas atau bonus raya diberikan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan
Nombor 4Cadangan yang diusulkan CUEPACS adalah  pemberian bantuan khas berjumlah RM1,000 kepada kakitangan kerajaan dan RM500 kepada pesara dengan memperuntukkan sebanyak jangkaan RM1 bilion
Nombor 5Tahun ini, cadangan turut melibatkan bantuan diberikan kepada kepada Gred 54 ke bawah berbanding tahun sebelumnya dimana hanya penjawat awam Gred 41 ke bawah sahaja yang layak menerima bantuan
BonusBONUS RAYA AIDILFITRI PENJAWAT AWAM DAN PESARA KERAJAAN NEGERI
Setiap kerajaan negeri juga bakal mengumumkan bantuan khas aidilfitri bagi kakitangan kerajaan negeri masing-masing. Berikut adalah jumlah bonus raya bagi setiap kerjaaan negeri serta tarikh pembayarannya
No.NegeriJumlah Bantuan Tarikh Pembayaran
1Johor RM500
2KedahRM1,00030 Mei 2019
3KelantanRM500
4MelakaRM1,00023 Mei 2019
5Negeri SembilanSetengah bulan gaji atau minimum RM1,00015 Mei 2019
6Pahang RM60024 Mei 2019
7Perak Minimum RM2,000 atau sebulan gaji16 Mei 2019
8PerlisRM550 (Penjawat Awam) dan RM225 (Pesara Kerajaan)24 Mei 2019
9Pulau Pinang Minimum RM1,000 atau setengah bulan gaji
10SabahRM500
11Sarawak RM50023 Mei 2019
12SelangorSebulan gaji (kakitangan awam negeri) dan RM1,000 (kakitangan persekutuan)7 Jun 2019
11TerengganuRM40023 Mei 2019
MYNota
Tarikh serta jumlah bayaran bantuan khas atau bonus raya 2019 kerajaan negeri akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebaik sahaja pengumuman rasmi dilakukan
 
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!