BR1M 2017 tidak lulus sebab daftar SSM

Bantuan Sara Hidup

Bantuan Sara Hidup

Penyebaran maklumat di rangkaian media sosial yang mendakwa jika pemohon yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menyebabkan permohonan tidak lulus daripada mendapat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 itu adalah tidak benar

Walaupun pemohon menjalankan perniagaan dan berdaftar dengan SSM, permohonan mereka tetap akan lulus sekiranya menepati syarat kelayakan yang ditetapkan iaitu individu (bujang) yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 dan isi rumah dengan pendapatan RM4,000 ke bawah

Punca BR1M tidak Lulus Sebab Daftar SSM 

Puncanya ialah pemohon BR1M yang mendaftarkan lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) perlu mengistihar pendapatan mereka terlebih dahulu bagi membolehkan permohonan bantuan kerajaan itu diluluskan

Bantuan Sara Hidup

Ini kerana permohonan yang tidak lulus adalah disebabkan kegagalan pemohon menyertakan salinan slip bayaran gaji atau penyata bank kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Tindakan 

Pemohon yang tidak lulus BR1M disebabkan perkara ini boleh membuat permohonan rayuan BR1M bermula 3 April 2017 sehingga 31 Mei 2017

Pemohon perlu mengemukakan penyata pendapatan atau penyata akaun bank yang berkaitan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) semasa tempoh rayuan bagi mengesahkan maklumat pendapatan pemohon

Pemohon tidak perlu mendapatkan apa-apa pengesahan daripada SSM

Permohonan rayuan boleh dibuat di cawangan LHDN termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang terdekat

Pemohon hanya perlu mengisi borang rayuan dan mengemukakan borang tersebut bersama dokumen sokongan yang berkaitan seperti penyata gaji, penyata pendapatan, penyata akaun bank (syarikat atau persendirian) dan salinan kad pengenalan pasangan atau tanggungan terkini seperti yang dinyatakan di dalam surat atau email

9 Mac 2017

Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang pernah menerima bantuan tersebut pada tahun lalu dan ditolak permohonan atas alasan mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada tahun ini bakal menerima bantuan tersebut bermula minggu hadapan secara berperingkat-peringkat

Bagaimanapun, jika mereka masih gagal mengemukakan penyata kewangan atau lampiran pendapatan mahupun salinan buku bank yang boleh menjadi bukti pengesahan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mereka tidak akan menerima baki bantuan tersebut pada fasa pembayaran seterusnya iaitu Jun dan Ogos (kategori isi rumah)

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan