Senarai Buffet Ramadhan Sarawak 2024 Murah di Malaysia

Ramadhan

Ramadhan

Menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah wajib malah disebut dalam rukun Islam yang ketiga. Ia merupakan perintah Allah yang diturunkan kepada setiap umat Islam yang melepasi syarat wajib puasa. Bagi yang tidak mematuhi perintah ini iaitu tidak berpuasa tanpa sebarang alasan yang boleh diterima, hukumnya adalah berdosa dan diwajibkan menggantikannya

Pasti semua sudah sedia maklum bahawa bulan puasa yang diwajibkan bagi umat Islam adalah pada bulan Ramadhan. Bagi rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan menyediakan makanan sendiri kebiasaannya akan memilih untuk membeli makanan di bazar ramadhan yang berdekatan. Selain itu, menjamu hidangan buffet Ramadhan juga boleh dijadikan pilihan yang menarik di saat berbuka

Selain berpuasa di bulan Ramadhan, terdapat beberapa puasa lain yang wajib ditunaikan oleh umat Islam tertentu. Sekiranya ditinggalkan, maka hukumnya adalah berdosa. Antara puasa tersebut adalah puasa nazar. Puasa nazar merupakan puasa yang wajib dikerjakan oleh umat Islam yang sudah berjanji untuk berpuasa atas sebab-sebab tertentu

Di samping itu, puasa kaffarah juga merupakan salah satu daripada puasa yang wajib ditunaikan sebagai bayaran denda atas kesalahan seperti bersetubuh di siang hari di bulan Ramadhan atau zihar. Seterusnya adalah puasa qada atau puasa ganti yang wajib ditunaikan sebagai ganti bagi puasa-puasa yang tertinggal pada bulan Ramadhan atas sebab-sebab yang diharuskan syarak

Senarai lokasi Berbuka Puasa Buffet Ramadhan Di Sarawak Tahun 2024

Siapa yang tidak berasa seronok apabila tiba waktu berbuka? Di saat inilah kita dapat menikmati pelbagai jenis makanan yang membuatkan kita terliur. Demikianlah antara nikmat terbesar berpuasa di bulan Ramadhan. Dari bazar Ramadhan ke kedai makan, malah hotel dan resort juga menyediakan pilihan juadah dalam bentuk buffet Ramadhan bagi umat Islam yang ingin berbuka

Terdapat banyak hotel dan resort yang menyediakan pakej buffet Ramadhan khas di sepanjang bulan yang mulia ini. Bagi mereka yang berminat untuk menikmati keunikan suasana berbuka puasa dengan hidangan buffet, berikut dikongsikan Senarai buffet Ramadhan Sarawak 2024 buat rujukan semua.

Senarai Buffet Ramadhan Sarawak 2024

Senarai buffet Ramadhan Sarawak 2024 adalah seperti berikut. Klik pada pautan yang disertakan pada setiap nama lokasi untuk melihat maklumat lanjut

LOKASINO & ALAMATDEWASAKANAK-KANAK/ WARGA EMAS
Pullman Kuching082 222 888 ext 2100
No.1A, Jalan Mathies, Kuching
RM158RM89
Borneo Convention Centre Kuching082 392 889
The Isthmus, Sejingkat, Kuching
Imperial Hotel Kuching082 588 885
Penrissen Road, Kuching, Sarawak
RM139RM69
Grand Margherita Hotel082 532 111 ext 1158/1196
Grand Margherita Hotel, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuching
RM128+RM69+
Dynasty Hotel Miri085 420 066
Lot 683, Block 9, Jalan Pujut-Lutong, CDT NO.20, 98009 Miri
Promenade Hotel Bintulu086 858 888
Lot 8074, No. 178, Bintulu Sentral,
Jalan Kidurong, 97000 Bintulu
RM98RM48
UCSI Hotel082 259 6612
Lot 2864 Block 7, Muara Tebas Land, Isthmus, 93050 Kuching
RM88RM48

 

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan