Penjawat kakitangan awam cuti raya 8 julai 2016 cuti aidilfitri ketiga

13:20 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 09:36 PM

Cuti Raya Ke 3 Aidilifitri 2016

Penjawat atau kakitangan awam bagi perkhidmatan awam Persekutuan akan menikmati tambahan cuti (pelepasan khas) pada 8 Julai 2016 (Jumaat) sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan secara rasmi pada 6 Julai (Rabu)

Sebagai makluman, cuti pelepasan khas daripada bertugas pada 8 Julai 2016 itu adalah tertakluk kepada penetapan tarikh rasmi Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan. Dan sekiranya Hari Raya Aidilfitri diisytiharkan pada 5 Julai maka cuti pelepasan khas ini tidak terpakai

Berhubung dengan perkara ini juga, orang awam yang merancang untuk mendapatkan perkhidmatan kerajaan pada hari pelepasan khas itu digalakkan untuk mengunjungi jabatan dan agensi yang berkenaan sebelum cuti umum Aidilfitri

Pelepasan khas sempena Aidilfitri 2016 diberikan selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju dengan cadangan daripada penjawat awam khususnya oleh CUEPACS yang sebelum ini memohon Hari Raya ketiga dijadikan sebagai cuti peristiwa khas

Semoga penjawat awam dapat memanfaatkan pemberian pelepasan khas daripada bertugas untuk meraikan Hari Raya bersama keluarga dan seterusnya dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik serta produktif apabila kembali bertugas di jabatan dan agensi masing-masing

Info
Pemberian pelepasan khas (cuti peristiwa Aidilfitri 2016) daripada bertugas pada 8 Julai 2016 hanya terpakai kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan (penjawat / kakitangan awam) yang berkhidmat di negeri-negeri yang hari kelepasan mingguannya ialah pada hari Ahad
Pemberian pelepasan khas (cuti peristiwa Aidilfitri 2016) daripada bertugas ini hanya terpakai pada tahun 2016 sahaja dan tidak boleh dijadikan duluan (Precedent) bagi apa-apa tujuan di masa hadapan
Maklumat lanjut sila rujuk kepadaPDF FormatTunjuk LinkSurat Pekeliling Pelepasan Khas Daripada Bertugas Pada 8 Julai 2016

Soalan Lazim Jawapan