Hari Isnin 4 September 2017 cuti umum juara sukan SEA

00:51 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 30 Mei 2019 jam 12:53 PM

Cuti Isnin 4 September 2017

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa 4 September 2017 (Isnin) sebagai cuti umum sempena kejayaan kontinjen negara yang muncul juara keseluruhan Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017)

Pengumuman menggembirakan seluruh rakyat Malaysia itu dibuat semasa beliau berucap di malam penutup tirai temasya Sukan SEA 2017 dan disambut dengan sorakan yang menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil

Malaysia secara rasminya menjadi juara keseluruhan Temasya Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) selepas mengutip 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa

Menurut Datuk Seri Najib Razak pengumuman cuti tersebut adalah sebagai tanda terima kasih diatas sokongan rakyat berbilang kaum yang menjadi pemangkin dan semangat kepada atlet negara sepanjang temasya berlangsung

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada atlet-atlet negara kerana mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang Sukan SEA dan pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang memberi sokongan sepenuhnya kepada pasukan negara

Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!