Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2023

Dana Hari Raya Aidilfitri Terengganu Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2023

"/

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan pemberian dana hari raya kepada rakyat yang memerlukan menerusi bantuan i-Fitri menjelang Aidilfitri 2022. Bantuan yang dikembalikan setelah diberhentikan pada tahun 2020 dan 2021 kerana digunakan untuk bantuan COVID-19 disasar untuk memberi manfaat kepada 115,000 isi rumah yang layak di seluruh negeri Terengganu.

Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu telah membentangkan Belanjawan 2022 Negeri Terengganu dengan tema “Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua”. Selain Bantuan i-Fitri, kerajaan negeri juga mengumumkan inisiatif lain seperti bantuan one-off bernilai RM150 untuk belia Terengganu serta  bantuan one-off bernilai RM150 kepada 6,000 ketua isi rumah dan ibu tunggal yang berdaftar dengan e-kasih.

Permohonan Dana Raya bagi tahun sebelum ini dikemukakan secara atas talian (online) di Portal Rasmi Permohonan Online Dana Negeri Terengganu (iDANATTB) dan mereka yang tidak mahir berkomputer perlu hadir ke Pusat Bestari.com yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan pengisian.

Sebelum ini, penerima dana yang berkelayakan akan ditentukan oleh YB setiap DUN serta YB Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang mewakili DUN bagi kawasan pembangkang. Kaedah permohonan dan kelayakan penerima akan dimaklumkan sebaik sahaja diumumkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Borang Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2023

Maklumat bagi tahun 2023 akan dikemaskini. Berikut dikongsikan informasi berkaitan dana hari raya i-Fitri yang merangkumi tarikh-tarikh penting, cara permohonan, jumlah bantuan dan maklumat lanjut.

Tarikh Permohonan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022

Permohonan Dana Raya i-Fitri sebagai sokongan sara hidup isi rumah yang berkelayakan boleh dimohon mengikut ketetapan tarikh berikut :-

  • Mula : 22 Mac 2022
  • Tamat : 31 Mac 2022

*Tarikh Permohonan Dana Hari Raya i-Fitri 2022 adalah seperti yang diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

Kadar Bantuan Dana Raya Terengganu i-Fitri 2022

Kadar bantuan oleh Kerajaan Negeri Terengganu bagi tahun 2022 bagi setiap penerima adalah seperti di bawah :-

  • Isi Rumah B40 (Kategori A) : RM400
  • Isi Rumah M40 (Kategori B) : RM250

Pautan Portal Dana Raya i-Fitri Online

Syarat Kelayakan Am Permohonan

Syarat kelayakan untuk memohon Dana Raya Negeri Terengganu pada tahun 2022 adalah seperti berikut :-

  1. Rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu sahaja semasa memohon
  2. Pemohon adalah Ketua Isi Rumah (KIR) (atau terdiri daripada ibu, bapa, datuk, nenek, adik-beradik dan lain-lain) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan (Termasuk gaji dan elaun) untuk kategori A. Manakala, jumlah pendapatan KIR bulanan isi rumah di antara RM2,501.00 – RM5,000.00 (termasuk gaji dan elaun)
  3. Berdaftar dalam sistem Profil Rakyat Terengganu 2020 (PRT20)
  4. Pemohon merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu
  5. Penjawat awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap dan bulanan Tidak Layak memohon
  6. Kontraktor berdaftar Tidak Layak memohon
  7. Peniaga berlesen tidak layak memohon KECUALI pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.00 sebulan/ antara RM2,501.00 hingga RM5,000.00 dan disahkan oleh JPKK
  8. Pemohon yang tiada slip gaji perlu mengemukakan Surat Pengakuan Pendapatan yang disahkan oleh Pengerusi JPKK
  9.  Borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada JPKK bersama-sama selinan dokumen berikut:
    • Salinan kad pengenalan/ sijil kelahiran bagi pemohon dan tanggungan
    • Salinan slip gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan
    • Salinan sijil atau surat nikah atau pengesahan status perkahwinan oleh JPKK
    • Salinan SSM (bagi peniaga berlesan yang layak)

Maklumat yang tidak lengkap boleh menyebabkan permohonan ditolak. Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meinda apa-apa syarat di atas dari semasa ke semasa tanpa notis.

Proses Permohonan 

Kaedah permohonan i-Fitri Tahun 2022 adalah seperti berikut :

Tarikh Penerimaan Dana Raya i-Fitri Terengganu 2022

  •  Bermula 17 April 2022

Agihan duit Dana Raya Aidilfitri akan dibuat secara berperingkat pada tarikh yang dinyatakan melalui bank in ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) serta bank lain

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Permohonan Dana Hari Raya i-Fitri Terengganu tahun 2022, sila rujuk kepada dokumen yang dikongsikan di bawah ini

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan