ePangkat Login : Semakan Kenaikan Pangkat Guru KPM Online

Guru

Guru

Antara perkara paling lazim dalam mana-mana pekerjaan tidak kira sektor awam mahupun swasta adalah kenaikan pangkat. Ia merupakan suatu jenis pencapaian yang melambangkan kejayaan seseorang pekerja di sesebuah syarikat ditawarkan mengikuti prestasi dan kecemerlangan semasa. Bagi yang menyandang jawatan guru khususnya, kenaikan pangkat dapat diketahui dengan cara membuat semakan secara online melalui ePangkat KPM iaitu Sistem Pengurusan Naik Pangkat Guru KPM

Isu-isu seperti maklumat yang tidak lengkap, tidak tepat, tidak kemaskini, tidak teratur dan tidak sistematik dapat membawa kepada akibat buruk seperti pertindihan urusan yang kemudiannya mampu menjejaskan imej KPM. Oleh itu, sebagai usaha untuk mengelakkan kelemahan dalam pengurusan pangkat ini, sistem ePangkat secara online telah dilancarkan pada 21 Ogos 2008

Buat makluman semua, sebelum ini terdapat pelbagai masalah yang wujud dalam proses kenaikan pangkat. Sebagai contoh, terdapat segelintir guru yang tidak dinaikkan pangkat disebabkan isu-isu seperti info/maklumat tidak lengkap, data yang dibekalkan tidak tepat serta tidak dikemaskini dan bermacam-macam lagi. Selain menyulitkan pengguna, pengurusan pangkat yang tidak sistematik ini mengakibatkan kerugian pelbagai pihak

Antara objektif sistem ini adalah untuk mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat, membolehkan perancangan urusan pemangkuan serta kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya. Selain itu, membudayakan sistem kerja segala urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik menerusi aplikasi teknologi dan komunikasi (ICT) serta memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemaskini dan melengkapkan data-data naik pangkat dari setiap peringkat bagi memenuhi keperluan sektor pendidikan negara

Semakan ePangkat Sistem Pengurusan Naik Pangkat Guru KPM

Berikut dikongsikan maklumat penting yang merangkumi pautan dan panduan membuat semakan serta maklumat penting lain Sistem Pengurusan Naik Pangkat Guru ePangkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) secara atas talian buat rujukan semua

Cara Login Masuk Sistem ePangkat Online

Sebelum login ke dalam sistem, pengguna perlu membuat pendaftaran dengan cara berikut:

1. Layari pautan: https://epangkat.moe.gov.my/

2. Klik butang Belum Berdaftar?

Guru

3. Di bahagian Daftar ID Pengguna, masukkan Nombor Kad PengenalanKata Laluan dan Alamat Emel. Klik Hantar

Nota: Sila ingat kata laluan yang telah dimasukkan kerana ia amat penting bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. Kata Laluan boleh diubah selepas ini apabila pengguna log masuk ke dalam Sistem ePangkat

Guru

4. Untuk log masuk, masukkan No. Kad Pengenalan dan masukkan Kata Laluan yang digunakan sewaktu pendaftaran sistem ePangkat. Klik Log Masuk

Guru

Reset Kata Laluan

Bagi yang lupa kata laluan, turuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan kata laluan baru:

1. Layari pautan sistem dan klik butang Lupa Kata Laluan?

Guru

2.  Masukkan Nombor Kad Pengenalan dan Alamat Emel. Klik Reset Kata Laluan

Guru

Nota: Laman sistem maklumat kenaikan pangkat ini sesuai dilayari menggunakan perisian Internet Explorer versi 7 dan ke atas sahaja dengan mengaktifkan Compatibility View berpandukan kepada satu sistem login pangkat secara online

Panduan : Manual Pendaftaran Pengguna

Maklumat Reset Kata Laluan Bagi Pengguna Biasa (PPP dan PKP) 

  1. Kemudahan reset kata laluan ini disediakan untuk pengguna bertahap biasa (PPP dan PKP) sahaja
  2. Masukkan nombor kad pengenalan dan alamat emel. Klik butang RESET KATA LALUAN
  3. Permohonan untuk reset kata laluan (PPP) akan disimpan di dalam pangkalan data untuk rujukan di masa akan datang
  4. Adalah menjadi tanggungjawab bagi pemilik akaun untuk menjaga kerahsiaan akaun masing-masing dan pihak KPM tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang penyalahgunaan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan online sistem ePangkat

Maklumat Reset Kata Laluan Bagi Pengguna Bertahap Ketua Jabatan

Ketua Jabatan yang ingin mereset kata laluan perlu menghantar emel permohonan reset kata laluan kepada urus setia di Jabatan Pelajaran Negeri / Bahagian. Sila pastikan setiap emel permohonan mengandungi perkara berikut:

  1. Tajuk pada emel: Permohonan Mereset Kata Laluan
  2. Nama Ketua Jabatan
  3. Nombor Kad Pengenalan Ketua Jabatan
  4. Jawatan Ketua Jabatan
  5. Gred Jawatan Ketua Jabatan
  6. Tempat Bertugas
  7. Penjelasan Sebab Permohonan Dibuat
  8. Nombor Telefon Untuk Dihubungi Sekiranya Perlu

Nota: Sedia maklum adalah menjadi tanggungjawab pemilik akaun untuk memelihara kerahsiaan akaun masing-masing. Pihak KPM tidak akan bertanggungjawab atas sebarang penyalahgunaan nombor kad pengenalan

Cara Membuat Semakan Kenaikan Pangkat Online

Untuk menyemak keputusan urusan kenaikan pangkat guru KPM secara atas talian, sila rujuk langkah di bawah:

1. Klik pautan semakan berikut: https://naikpangkat.moe.gov.my/

2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan, Klik SEMAK

Guru

Maklumat Penting Semakan Keputusan Kenaikan Pangkat

Antara maklumat penting yang perlu diambil perhatian bagi pengguna yang ingin membuat semakan keputusan kenaikan pangkat adalah seperti berikut:

  •  Semakan keputusan urusan kenaikan pangkat secara atas talian tidak melibatkan urusan pemangkuan
  • Urusan kenaikan pangkat secara Time-Based (Time-System) Berasaskan Kecemerlangan dijalankan secara berperingkat bergantung pada tempoh perkhidmatan yang melayakkan serta perakuan daripada Ketua Jabatan. Sebagai contoh pegawai gred 34 naik pangkat ke DG38 mengambil masa 8 tahun.
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM tidak bertanggungjawab bagi kes penyalahgunaan No. Kad Pengenalan oleh calon lain melalui sistem ini
  • Sebarang pertanyaan untuk tujuan semakan status kenaikan pangkat melalui emel, tuan/puan perlu mengisi maklumat berkenaan. Rujuk Jadual 1 di bawah:
    Jadual 1 : https://naikpangkat.moe.gov.my/Jadual1.pdf
  • Untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang TELAH BERJAYA bagi sebarang urusan kenaikan pangkat, tuan/puan boleh menyemak STATUS SURAT PENYIARAN KENAIKAN PANGKAT DENGAN KETUA JABATAN/BAHAGIAN MASING-MASING SELEPAS 30 HARI BEKERJA dari TARIKH MUAT NAIK DATA
    Nota: Bagi calon-calon yang tiada dalam rekod, sila hubungi Ketua Jabatan / Bahagian masing-masing untuk tujuan semakan status
    Lampiran: Senarai Ketua Jabatan

Ciri-ciri ePangkat

Berikut dikongsikan ciri-ciri yang disediakan dalam sistem ini:

  • Dipacu oleh proses
  • Kemudahan layan diri
  • Keselamatan data
  • Berasaskan web
  • Syarat tersedia
  • Locked-date
  • Berintegrasi

Senarai Data 

Berikut dikongsikan senarai data yang disediakan dalam sistem:

  • Maklumat peribadi
  • Maklumat pengisytiharan harta*
  • Maklumat PTK
  • Maklumat peminjam tegar
  • Maklumat perkhidmatan* (AKS, CUTI, PPPLD/PPPS)
  • Penilaian bagi laluan cemerlang
  • Maklumat akademik*
  • Maklumat pengalaman kerja*
  • Maklumat prestasi*
  • Maklumat prestasi khas*
  • Maklumat keutuhan SPRM
  • Maklumat tindakan* (Tempoh Cubaan Berdenda, Tatatertib)

Nota: Hanya yang bertanda * perlu dikemaskini oleh Ketua Jabatan

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Semakan kenaikan pangkat guru, anggota pegawai perkhidmatan KPM, sila rujuk dan hubungi butiran yang disediakan berikut:

  • Telefon : 03-8884 7963 / 7863 / 7816
  • Emel : cnp@moe.gov.my
  • Bilik Gerakan : 03-26101599
  • Alamat : Cawangan Naik Pangkat, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, Blok E12 Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 PUTRAJAYA
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan