Etika Pakaian Pelajar Tingkatan 6 Terkini Boleh Berpakaian Biasa

Sekolah

Sekolah

Pelajar Tingkatan Enam (T6) dibenarkan memakai pakaian (biasa) kasual atau tradisional ke sekolah selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat perlaksanaan penjenamaan semula pengajian Tingkatan 6

Berhubung dengan Etika Pakaian Murid Tingkatan Enam tersebut, ia telah diluluskan oleh Kementerian menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia Ke-203

Ia sejajar dengan sistem pendidikan prauniversiti seperti di kolej-kolej matrikulasi dan pusat asasi sains

Etika Pakaian Pelajar Tingkatan 6 Ke Sekolah

Bagaimanapun, pelajar perlu mematuhi peraturan etika pakaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia seperti dalam ruangan berikut

Pelajar Lelaki

Etika pakaian bagi pelajar lelaki Tingkatan 6 adalah seperti berikut:

  1. Dibenarkan pakai baju dan seluar berwarna cerah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain. Baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
  2. Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat
  3. Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan ketat tidak dibenarkan
  4. Tali pinggang yang dibenarkan tidak boleh melebihi 5 sentimeter
  5. Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim
  6. Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking
  7. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
  8. Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

Pelajar Perempuan

Untuk pelajar perempuan Tingkatan 6 pula, etika pakaian adalah seperti berikut:

  1. Baju kurung atau pakaian tradisional
  2. Pelajar perempuan juga dibenarkan memakai seluar panjang, blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut
  3. Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan
  4. Pakaian ketat juga tidak dibenarkan
  5. Hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki
  6. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan
  7. Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek

Keterangan 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan etika pakaian pelajar tingkatan 6, sila klik pada judul pautan di bawah

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan