Live Streaming Keputusan FFM32 Festival Filem Malaysia

Hiburan

Hiburan
Malam kemuncak bagi penganjuran Anugerah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) akan berlangsung pada hari Jumaat 2 Disember 2022 di Pusat Encore, Melaka bermula jam 900 malam. Pada tahun lepas ianya telah berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)

FMM32 membawa tema Filem Kita Citra Kita yang mengangkat konsep manifestasi jenama produk filem tempata bermutu tinggi dan berkualiti dengan nilai identiti dan budaya nasional yang melahirkan impak globalisasi. FFM32 akan disiarkan secara langsung melalui saluran RTM TV2 dari Encore, Melaka

Sebanyak 55 buah filem cereka dipertandingkan merangkumi 32 filem berbahasa Malaysia, 11 berbahasa Tamil, lapan berbahasa Mandarin, dua berbahasa Inggeris dan dua berbahasa Iban

Semua penyertaan berentap untuk merebut 31 kategori termasuklah trofi utama iaitu kategori Filem Terbaik

Antara filem yang menempatkan diri dalam persaingan edisi ini adalah Split Gravy, Mat Kilau, Prebet Sapu, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Juang, Small Town Heroes dan lain-lain.

Pada tahun lepas, Awal Ashaari dan Sharifah Shahirah sebagai hos utama FFM31. Bagi tahun ini hos adalah Awal Ashaari dan Che Puan Sarimah Ibrahim manakala siaran red carpet pula ditugaskan buat pasangan Aril Pilus dan Nana Mahazan

Keputusan Terkini FFM32 Festival Filem Malaysia 

Berikut ialah keputusan terkini dan senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32).

FFM bakal diraikan dengan kemunculan istimewa penyanyi-penyanyi terbaik negara dalam menghiasi segmen selingan persembahan pentas

Mereka adalah Siti Nordiana, Azlan & The Typewriter, Ernie Zakri, Datuk Zainal Abidin, Marsha, De Fam, Amir Masdi dan Hazama

Seperti edisi sebelum ini, pemenang Filem Terbaik FFM32 akan menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 selain trofi

Senarai Pemenang FFM32

 

KategoriPemenangFilem
Filem Box OfficeStudio Kembara Sdn BhdMat Kilau
Filem TerbaikZSA Productions/ Nuansa Sdn BhdSplit Gravy
Pengarah TerbaikRyon Lee KeongSmall Town Heroes
Lakon Layar TerbaikJit Murad/ Datuk Zahim Al Bakri/ June tanSplit Gravy
Pelakon Lelaki TerbaikDatuk Adi PutraMat Kilau
Pelakon Wanita TerbaikTan Chui MuiBarbarian Invasion
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikBeto KusyairiMat Kilau
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikJuliana IbrahimSplit Gravy
Pelakon Kanak-Kanak TerbaikPhua ChandlerSmall Town Heroes
Pengarah HarapanDatuk Zahim Al BakriSplit Gravy
Pelakon Lelaki HarapanJaa SuzuranAutumn In Wales
Pelakon Wanita HarapanLayla Sania KhairuzikriSmall Town Heroes
Sinematografi TerbaikStephen Chua Jyh ShyanSmall Town Heroes
Skor Muzik Asal TerbaikTan Yen Hue/ Tan Shin Hwa/ David Ngan Teck WaiSmall Town Heroes
Penataan Seni TerbaikRaja Malek/Wong TaysySplit Gravy
Penataan Bunyi TerbaikCharlene Ong Chye LengAir Force The Movie : Selagi Bernyawa
Rekaan Busana TerbaikRosada Abdul HamidSplit Gravy
Cerita Asal TerbaikRyon Lee Eng KeongSmall Town Heroes
Penyunting TerbaikIsazaly Isa, A. Samad HassanSplit Gravy
Poster TerbaikSmall Town Heroes
Tatarias TerbaikMalya ArtworkRasuk
Kesan Khas Visual TerbaikAir Force The Movie : Selagi Bernyawa
Lagu Tema TerbaikWira Hatiku, Lim Yee ChungJuang
Anugerah Khas Juri 1Asia Troical Films Sdn BhdJuang
Anugerah Khas Juri 2Studio Kembara Sdn BhdMat Kilau
Anugerah Khas Juri 3Multimedia Film Productions Sdn BhdAir Force The Movie : Selagi Bernyawa
Anugerah Khas Juri Filem AntarabangsaIndonesiaRanah 3 Warna
Anugerah Penggiat Belakang TabirAkma Suriati Awang
Anugerah Khas Seniwati Sepanjang ZamanDatuk Sarimah Ahmad
Anugerah Khas Seniman Sepanjang ZamanMat Sentul

Keputusan FFM31 Festival Filem Malaysia 

Di bawah ialah keputusan terkini dan senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia ke-31 (FFM31)

KategoriPemenangFilem
Filem Box OfficePrimeworks Studios Sdn Bhd & Wau Animation Sdn BhdEjen Ali The Movie
Filem TerbaikKuman Pictures Sdn.BhdRoh
Pengarah TerbaikKabir BhatiaSangkar
Lakon Layar TerbaikEmir EzwanRoh
Pelakon Lelaki TerbaikZul AriffinSangkar
Pelakon Wanita TerbaikSinje LeeThe Garden Of Evening Mists
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikRemy IshakSangkar
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikJunainah M.LojongRoh
Pelakon Kanak-Kanak TerbaikPutri QasehRoh
Pengarah HarapanZahir OmarFly By Night
Pelakon Lelaki HarapanAnding IndrawaniHeadhunter
Pelakon Wanita HarapanFify AzmiWira
Sinematografi TerbaikLow Soon KeongFly By Night
Skor Muzik Asal TerbaikReinchez NgRoh
Penataan Seni TerbaikNazrul Asraff MahzanSangkar
Penataan Bunyi TerbaikFadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq IsaEjen Ali The Movie
Rekaan Busana TerbaikTengku SyahmiRoh
Cerita Asal TerbaikTan Twan EngThe Garden Of Evening Mists
Penyunting TerbaikHeng Yin ChauFly By Night
Poster TerbaikChristopher Chua Eng HuiWalk With Me
Tatarias TerbaikElla SanderaSangkar
Kesan Khas Visual TerbaikVHQ Post (M) Sdn BhdThe Garden Of Evening Mists
Lagu Tema TerbaikAyuhlah
Komposer: Michael Veerapen
Penulis Lirik: Dato Zainal Abidin
Penyanyi: Dato Zainal Abidin
Suatu Ketika
Anugerah Khas Juri 1Kash Pictures Sdn BhdSuatu Ketika
Anugerah Khas Juri 2Layar Pictures Sdn BhdGeran
Anugerah Khas Juri 3Indera Asahan Sdn BhdHeadhunter
Anugerah Karyawan Sepanjang ZamanHajah Fauziah Nawi
Anugerah Penggiat Belakang TabirDato Seri Dr Ahmad Nawab

Keputusan Terkini FFM30 Festival Filem Malaysia 

Berikut ialah keputusan terkini dan senarai penuh pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30)

KategoriPemenangFilem
Filem Box OfficeSkop ProductionMunafik 2
Filem TerbaikPixel Play EntertainmentOne Two Jaga
Pengarah TerbaikNamronOne Two Jaga
Lakon Layar TerbaikAmri Rohaiyat, Fared Ayam & NamronOne Two Jaga
Pelakon Lelaki TerbaikRosdeen SubohOne Two Jaga
Pelakon Wanita TerbaikDatin Seri Umie AidaDukun
Pelakon Pembantu Lelaki TerbaikHasnul RahmatPolis Evo 2
Pelakon Pembantu Wanita TerbaikNabila HudaMakrifat Cinta
Pelakon Kanak-Kanak TerbaikEng Wei JieRise Of The Legend: Lee Chong Wei)
Pengarah HarapanQuek Shio ChuanGuang
Pelakon Lelaki HarapanKyo ChenGuang
Pelakon Wanita HarapanJaya GanasonThe Farm En Veettu Thottathil
Sinematografi TerbaikYeong Tuck WeiGuang
Skor Muzik TerbaikNick DavisTwo Sisters
Penataan Seni TerbaikChan Hsien YuGuang
Penataan Bunyi TerbaikImaginex StudioPulang
Kostum / Busana TerbaikAndy SulaimanDukun
Cerita Asal TerbaikPitt Haniff, Muhammad Syafiq & NamronOne Two Jaga
Penyunting TerbaikRaja Affandi Raja JamaludinDukun
Poster TerbaikJazzy PicturesOne Two Jaga
Lagu Tema TerbaikAtma Jiwa, MonoloqueBusker
Cerita Asal TerbaikPitt Haniff, Muhammad Syafiq & NamronOne Two Jaga
Anugerah Khas Juri 1Asia Tropical Films Sdn BhdPaskal The Movie
Anugerah Khas Juri 2Veedu Production Sdn BhdVedigundu Pasangge
Anugerah Khas Juri 3Astro Shaw Sdn BhdBusker
Anugerah Karyawan Sepanjang ZamanSeniman AR Badul
Anugerah Penggiat Belakang TabirHabsah Hassan
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan