Sambutan Hari Kemerdekaan atau Kebangsaan serta Hari Malaysia pada tahun 2020 adalah bertemakan Malaysia Prihatin seperti diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada 10 Julai 2020
Penetapan Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan/ Hari Malaysia (Malaysia Day) tahun 2020 bagi menghargai keprihatinan, kesungguhan dan ketabahan warga Malaysia mengharungi cabaran dan dugaan wabak Covid-19 yang melanda negara
Senarai Sub-Topik
Tema Dan Gambar Logo Hari Kebangsaan / Kemerdekaan Malaysia 2020
Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia juga, Pada 1 Julai Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju memilih logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 yang bertemakan Malaysia Prihatin dan logo berbentuk hati menjadi pilihan
Tambahan beliau, perkataan ‘Malaysia’ membawa pengertian bahawa semua rakyat di seluruh negeri turut bersama-sama dengan kerajaan dalam memerangi COVID-19 tidak kira penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun individu, semua telah mengambil bahagian memerangi pandamik Covid-19.
Dari pihak kerajaan pula, keprihatinan kerajaan dalam memberi keutamaan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat ditunjukkan menerusi inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Tidak disangkal lagi bahawa semua program yang dijalankan membantu masyarakat dalam mengharungi keadaan sukar begini
Sebagai makluman, sambutan Hari Kebangsaan 2020 akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2020 (Isnin) |
Sambutan Hari Malaysia 2020 pula akan diadakan pada 16 September 2020 (Rabu) di Sibu, Sarawak |
Sambutan Ulang tahun ke 50 Rukun Negara bermula pada 9 Julai di bangunan Perdana Putra, Putrajaya Manakala pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang pada 28 Julai 2020 di Putrajaya. Majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Berbeza dengan sambutan sebelum ini, tiada perarakan atau acara perbarisan seperti kelaziman sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun-tahun sebelumnya. Namun Radio Televisyen Malaysia (RTM) serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia tetap akan menayangkan sebuah rancangan dan pelbagai program yang akan disiarkan pada 31 Ogos nanti agar seluruh rakyat Malaysia boleh menontonnya dan semarakkan kibar Jalur Gemilang |
Gambar Logo Hari Kebangsaan 2020 Malaysia |
Rasional Atau Keterangan Logo |
1. Logo Berbentuk Hati: Melambangkan keprihatinan Kerajaan Malaysia terhadap masyarakat berbilang kaum |
2. Warna Biru Tua: Kesatuan hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan harmoni |
3. Bulan sabit: Islam sebagai agama rasmi Persekutuan |
4. Bintang Pecah 14: Perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan Persekutuan |
5. Tujuh Jalur Merah Putih Berbentuk Hati Menjadi Latarnya: Terjalin keberanian dan ketersediaan dalam menghadapi segala rintangan dengan keikhlasan dan kesungguhan |
6. Stigma Bunga Raya: Membawa negara menuju ke mercu kejayaan |
7. Lima Titik Merah: Sebagai simbolik kepada 5 kelopak bunga raya yang menggambarkan 5 prinsip Rukun Negara yang menjadi kunci perpaduan yang berbilang bangsa dan masyarakat pelbagai kaum. |
Oleh itu, sempena Bulan Kebangsaan 2020, kibarlah Jalur Gemilang |
Tema Hari Kebangsaan 2o20 : Malaysia Prihatin
Intipati Malaysia Prihatin dipilih sempena bulan kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 adalah
Malaysia: Perkataan ‘Malaysia’ memberi maksud bahawa seluruh rakyat negara ini turut bersama-sama dengan kerajaan memerangi COVID-19 sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan
Prihatin: Keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kesejahteraan kebangsaan dan kebajikan rakyat ditunjukkan melalui inisiatif ‘Prihatin’ yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat Malaysia
Lagu Tema 2020 |
Tajuk: Malaysia Prihatin |
Penyanyi: Siti Sarah, Alif Satar, Syamel, Aina Abdul |
Ciptaan: Dato’ Mokhzani Ismail |
Video: Klip Video Musik Malaysia Prihatin |
Lirik Lagu Malaysia Prihatin
Kedamaian
Milik Kita Bersama
Amanah Bangsa
Junjung Selamanya
Abadikanlah
Jiwa Dan Ragamu
Teguh
Sinar Cahaya
Satukan Jiwa
Semarakkan Api Cinta Di Hati
Pada Setiap Insan Kita Gapaikan
Agar Gemilang
Mekar Di Persada
Satu Langkah Satu Hati
Untukmu Pertiwi
Di Mana Bumi Dipijak
Di Situ Langit Dijunjung
Kita Gunungkan
Semangat Sejiwa
Walau Dimana Saja Berada
Makmurnya Seiringan
Agar Teguh Tulus Ikhlas Dizahirkan
Malaysia Prihatin Selamanya
Negara Bangsa Diutamakan
Khidmat Diberi Dengan Penuh Rela
Tanah Air Yang Tercinta
Namamu Harum Di Puncak Dunia
Payung Mahkota Teras Pertiwi
Di Persada Nan Gemilang
-Tamat-
Berikut adalah senarai tema dan logo Hari Kebangsaan dari tahun 1970 sehingga kini
SENARAI TEMA HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 1970 HINGGA 2020 | ||
Tahun | Tema | |
2020 | Malaysia Prihatin | |
2019 | Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih | |
2018 | Sayangi Malaysiaku | |
2017 | Negaraku Sehati Sejiwa | |
2015-2016 | Sehati Sejiwa | |
2014 | Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta | |
2013 | Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku | |
2012 | 1Malaysia. Janji Ditepat | |
2011 | 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera | |
2010 | 1Malaysia Menjana Transformasi | |
2009 | 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan | |
2008 | Perpaduan Teras Kejayaan | |
2007 | Malaysiaku Gemilang | |
2000-2006 | Keranamu Malaysia | |
1999 | Bersatu Ke Alaf Baru | |
1998 | Negara Kita Tanggungjawab Kita | |
1997 | Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya | |
1996 | Budaya Penentu Kecapaian | |
1995 | Jatidiri Penggerak Wawasan | |
1994 | Nilai Murni Jayakan Wawasan | |
1993 | Bersatu Menuju Wawasan | |
1992 | Wawasan Asas Kejayaan | |
1991 | Wawasan 2020 | |
1990 | Berjaya | |
1988-1989 | Bersatu | |
1987 | Setia Bersatu Berusaha Maju | |
1986 | Bangsa Tegas Negara Teguh | |
1985 | Nasionalisme Teras Perpaduan | |
1984 | Amanah Asas Kejayaan | |
1983 | Bersama ke Arah Kemajuan | |
1982 | Berdisiplin Giat Maju | |
1981 | Berdisiplin Berharmoni | |
1980 | Berdisiplin Berbakti | |
1979 | Bersatu Berdisiplin | |
1978 | Kebudayaan Seni Perpaduan | |
1977 | 20 Tahun Bersatu Maju | |
1976 | Ketahanan Rakyat | |
1975 | Masyarakat Berdikari | |
1974 | Sains dan Teknologi Alat Perpaduan | |
1973 | Masyarakat Kebudayaan Malaysia | |
1972 | Masyarakat Adil | |
1971 | Masyarakat Progresif | |
1970 | Muhibah dan Perpaduan |
Gambar Koleksi Logo Hari Kebangsaan Malaysia 1970 – 2019 |
pandemik covid-19, inisiatif kerajaan