Live streaming keputusan Hoki Malaysia vs New Zealand 16.4.2016

08:15 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 30 Mei 2019 jam 02:00 PM

Keputusan Live Malaysia New Zealand 16 April 2016 Hoki

Pasukan Malaysia akan menentang New Zealand dalam perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 16 April 2016

Skuad hoki negara perlu meminimalkan kesilapan mudah serta fokus seratus peratus untuk meraih kemenangan pada perlawanan ini sekali gus dapat memperbaiki pencapaian yang dicipta pada tahun lalu dalam kejohanan hoki yang sama

Pasukan Malaysia perlu mengekalkan aksi penuh berdisiplin selain tidak terikut gaya dan rentak permainan pihak lawan kerana ia akan menyukarkan skuad negara untuk menguasai saingan selain dapat mengelakkan pihak lawan mengambil kesempatan

Pasukan New Zealand dan Malaysia layak membuat perhitungan untuk penentuan tempat ke 3/4 selepas masing-masing menamatkan perlawanan satu pusingan (Round Robin) dengan berada pada kedudukan ketiga dan keempat

Keputusan Terkini Malaysia Vs New Zealand 16.4.2016 Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang New Zealand akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh bermula pada jam 6.05 petang, Sabtu. Siaran langsung perlawanan adalah di Astro Arena saluran 801
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini bagi perlawanan penentuan tempat ke 3 dan 4 Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang membabitkan Malaysia lawan New Zealand dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Malaysia3 – 3
Shootout 4 – 5
New Zealand
7′ Ramadan Rosli
11′ Fitri Saari
43′ Shahril Saabah
Tamat Masa Penuh27′ Hayden Phillips
43’59’  Kane Russell