Live streaming keputusan hoki Malaysia vs Australia 9.4.2016

04:57 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 09:45 PM

Keputusan Live Malaysia Australia 9 April 2016 Hoki

Pasukan Malaysia akan menentang Australia dalam perlawanan ketiga (bagi Malaysia) saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 9 April 2016

Skuad hoki negara perlu berhati-hati dalam perlawanan ini kerana Australia adalah sebuah pasukan yang cukup berpengalaman dan sebarang kecuaian mudah pasti akan memberi masalah kepada skuad negara

Dalam pada itu, penyokong hoki negara optimis Malaysia mampu memberi tentangan sengit dalam perlawanan ini meskipun skuad negara sebelum ini tewas dalam ketiga-tiga siri perlawanan persahabatan menentang Australia pada siri Jelajah Oceania, namun apa sahaja boleh terjadi pada perlawanan kompetitif seperti ini

Pada perlawanan pembuka tirai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016, pasukan Malaysia berjaya mengikat juara bertahan New Zealand dengan keputusan seri 3-3 dan aksi kedua menewaskan Jepun 4-3 manakala pasukan Australia mencatat kemenangan pertama mereka dengan mengalahkan India 5-1

Keputusan Terkini Malaysia Vs Australia 9.4.2016 Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Australia akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh bermula pada jam 8.35 malam, Sabtu. Siaran langsung perlawanan adalah di Astro Arena saluran 801
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini bagi perlawanan ke-3 Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang membabitkan Malaysia lawan Australia dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Malaysia1 – 5Australia
25′ Razie RahimTamat Masa Penuh27′ Jacob Thomas
40’41’ Flynn Ogilvie
43′ Matt Gohdes
56′ Thomas Craig

KEDUDUKAN TERKINI CARTA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2016 PERLAWANAN KE 3 MALAYSIA

PosPasukanBPMSKJGGBPGMt
1Australia2200102+86
2New Zealand312097+25
3Canada311155+04
4Malaysia3111811-3
5Pakistan210166+03
6India210136-33
7Japan300359-40