Live streaming keputusan Hoki Malaysia vs Kanada 12.4.2016

05:51 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 30 Mei 2019 jam 02:02 PM

Keputusan Live Malaysia Canada 12 April 2016 Hoki

Pasukan Malaysia akan menentang Kanada dalam perlawanan keempat (bagi Malaysia) saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Selasa, 12 April 2016

Skuad hoki negara perlu meminimalkan kesilapan mudah dan perlu fokus seratus peratus untuk meraih tiga mata penuh dalam perlawanan ini agar terus dapat memberi saingan kepada pasukan pilihan

Jika dilihat kepada aksi sebelum ini, ketika menentang New Zealand, Jepun dan Australia, skuad negara terlebih dulu membuka jaringan untuk mendahului kedudukan, namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila pasukan lawan berjaya memanfaatkan peluang menyudahkan gol pe­nyamaan berpunca daripada kesilapan mudah yang dilakukan oleh pasukan Malaysia

Pada perlawanan pembuka tirai kejohanan hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016, pasukan Malaysia berjaya mengikat juara bertahan New Zealand dengan keputusan seri 3-3 dan aksi kedua menewaskan Jepun 4-3 dan aksi ketiga tewas 5-1 kepada Australia

Pasukan Malaysia dan Canada setakat kini berkongsi empat mata dan keputusan perlawanan malam ini sa­ngat penting kerana ia akan menentukan perubahan kedudukan seterusnya skuad negara dalam kempen Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-25

Keputusan Terkini Malaysia Vs Kanada 12.4.2016 Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Kanada akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh bermula pada jam 8.35 malam, Selasa. Siaran langsung perlawanan adalah di Astro Arena saluran 801
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini bagi perlawanan ke-4 Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang membabitkan Malaysia lawan Kanada dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Malaysia2 – 2Kanada
29′ Shahril Saabah
31′ Nabil Fiqri
Tamat Masa Penuh21′ Scott Tupper
45′ Matthew Guest

KEDUDUKAN TERKINI CARTA HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2016 PERLAWANAN KE 4 MALAYSIA

PosPasukanBPMSKJGGBPGMt
1Australia4400152+1312
2India4301118+39
3New Zealand5221139+48
4Kanada5122810-2
5Malaysia41211013-35
6Pakistan4103715-83
7Japan4004613-70