Live streaming keputusan Hoki Malaysia vs Pakistan 5.12.2018

07:03 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 5 Disember 2018 jam 11:12 PM

Live streaming keputusan Hoki Malaysia vs Pakistan 13.4.2016

Setelah diundi bersama tiga pasukan yang hebat dalam liga hoki dunia iaitu Jerman, Belanda dan Pakistan, Malaysia ternyata berdepan pengalaman sukar dalam setiap perlawanan untuk meraih kejuaraan di Kejohanan Hoki Piala Dunia 2018 yang berlangsung di Bhubaneswar, Odisha. Kejohanan ini bakal berjalan selama 19 hari menyaksikan 16 buah pasukan bertarung untuk merebut gelaran juara dunia

Perlawanan pusingan pertama skuad hoki negara di peringkat kumpulan pada 1 Disember 2018 yang lalu menyaksikan pasukan Malaysia tewas di tangan Belanda dengan skor 7-0. Menyedari kekalahan ini, jurulatih Malaysia berkata perlawanan menentang Belanda perlu dijalankan dengan lebih kerap kerana sudah lama tiada pertemuan perlawanan dengan pasukan mereka dijalankan menyebabkan pemain tidak dapat memahami gaya permainan mereka

Speedy Tigers mempunyai kelebihan empat hari untuk berehat sebelum perlawanan yang dijangka menjadi sasaran kemenangan buat Malaysia iaitu menentang Pakistan. Menurut pasukan Malaysia, mereka akan mempunyai banyak masa bagi menganalisis perlawanan yang telah berlangsung agar tidak mengulangi kesilapan yang sama serta bangkit untuk perlawanan akan datang

SIARAN LANGSUNG MALAYSIA VS PAKISTAN HOKI PIALA DUNIA 5 DISEMBER 2018

Skuad hoki negara kini memerlukan sekurang-kurangnya tiga lagi mata untuk mara ke pusingan seterusnya. Tiga mata penting ini perlu untuk meletakkan pasukan negara di antara tempat teratas dalam kumpulan D seterusnya melayakkan diri ke pusingan selanjutnya. Sehingga kini, Malaysia merupakan pasukan tercorot dalam kumpulan D di dahului oleh pasukan Belanda, Jerman dan Pakistan

Sebagai rekod, berikut adalah catatan rekod pertemuan skuad Malaysia bertemu dengan Pakistan sebelum ini

REKOD PERTEMUAN MALAYSIA VS PAKISTAN
PasukanKeputusanPesukan
Asia Cup
MalaysiaMalaysia World Cup3 – 2Pakistan World CupPakistan
Sukan Komanwel (11.04.18)
MalaysiaMalaysia World Cup1 – 1Pakistan World CupPakistan
Sukan Asia (28.08.18)
MalaysiaMalaysia World Cup1 – 4Pakistan World CupPakistan
Kejohanan Piala Asia (27.10.18)
MalaysiaMalaysia World Cup4 – 5
(4-4)
Pakistan World CupPakistan
Malaysia World Cup Pakistan World CupKeputusan Terkini Malaysia Vs Pakistan 5.12.2018
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Pakistan akan berlangsung di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India bermula pada jam 9.30 malam waktu Malaysia, Sabtu. Siaran langsung perlawanan adalah di Astro Arena saluran 801/ 802 HD, Astro Supersport dan Astro Go
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini bagi perlawanan kedua peringkat kumpulan D pusingan pertama Hoki Piala Dunia 2018 yang membabitkan Malaysia lawan Pakistan yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Malaysia Malaysia World Cup1 – 1Pakistan World Cup Pakistan
 Faizal Saari 55′ Tamat Masa Penuh Result Muhammad Atiq 51′
Video Langsung Malaysia Vs Pakistan
Pautan Info BerkaitanINFO BERKAITAN
Sila Klik LinkHoki Piala Dunia 2018 Malaysia jadual keputusan kedudukan carta