Live streaming keputusan Australia vs India 16.4.2016 final hoki

11:37 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 30 Mei 2019 jam 02:00 PM

Keputusan Live Australia India 16 April 2016 Final Hoki

Pasukan Australia akan menentang India dalam perlawanan penentuan Juara bagi saingan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang dijadualkan untuk kedua-dua pasukan pada hari Sabtu, 16 April 2016

Pasukan Australia berpeluang untuk merangkul trofi Piala Sultan Azlan Shah buat kali ke-9 sekiranya menewaskan India dalam perlawanan ini

Pasukan Australia dan India layak membuat perhitungan untuk penentuan kejuaraan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 selepas masing-masing menamatkan perlawanan satu pusingan (Round Robin) dengan berada pada kedudukan pertama dan kedua

Australia merupakan pasukan yang diramalkan akan membawa pulang trofi kejohonan ini ke negara mereka berikutan prestasi mereka perlawanan satu pusingan (Round Robin) sangat memberangsangkan dengan rekod bersih menang kesemua enam perlawanan sekali gus mengutip 18 mata penuh

Keputusan Terkini Australia Vs India 16.4.2016 Final Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016
Perlawanan di antara pasukan Australia menentang India akan berlangsung di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh bermula pada jam 8.45 petang, Sabtu. Siaran Langsung perlawanan adalah di Astro Arena saluran 801
Berikut adalah keputusan semasa dan terkini bagi perlawanan penentuan juara dan naib Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2016 yang membabitkan Australia lawan India dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
Australia4 – 0India
25’35’ Thomas Craig
43’57’ Matt Gohdes
Tamat Masa Penuh
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!