Jadual Waktu Tarikh Peperiksaan PT3 2020 Pentaksiran Tingkatan 3

Sekolah

Sekolah

Murid Tingkatan 3 (Form 3) akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) – Ujian Bertulis pada sekitar bulan Oktober setiap tahun. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) akan mengeluarkan perincian jadual waktu peperiksaan PT3 untuk tahun 2020 yang boleh dimuat turun oleh pelajar dalam format PDF di Portal Rasmi LPKPM

Jadual waktu peperiksaan PT3 yang diterbitkan memaparkan jadual waktu serta garis panduan dan arahan peperiksaan bertulis PT3 yang boleh dijadikan panduan dan rujukan buat semua calon sekolah di seluruh negeri di Malaysia

Info Terkini : Menteri Kanan Pendidikan telah mengumumkan dalam Sidang Media pada 15 April 2020 mengenai persekolahan iaitu, UPSR Dan PT3 Dibatalkan. Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (USPR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 dibatalkan.

Jadual Waktu Tarikh Peperiksaan PT3 2020 Pentaksiran Tingkatan 3

TERKINI:  KPM mengumumkan bahawa:

  • Pentaksiran Tingkatan 3 PT3 2021 dibatalkan
  • UPSR dimansuhkan sepenuhnya mulai tahun 2021

Berikut adalah jadual waktu Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020 yang boleh di muat turun di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan pelajar.

Tiga (3) jenis instrumen yang terdapat dalam Peperiksaan PT3

1. Ujian lisan (bertutur dan mendengar) melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Test (Ujian) Tilawah dan Hafazan melibatkan Maharat Al-Quran Kertas 2 dan Hifz Al-Quran
2. Ujian pelbagai instrumen (Kajian kes) – Kerja Kursus melibatkan Mata pelajaran Sejarah dan Geografi.
3. Ujian bertulis yang melibatkan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, Pendidikan Islam, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup Bersepadu

Pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang adalah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Empat (4) di antara sekolah terbaik di Malaysia iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Arahan Am

1. Calon wajib menduduki semua instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana instrumen pentaksiran akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu instrumen pentaksiran dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Pengetua sebelum tamat tempoh PT3 2020

2. Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum pentaksiran. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00 bagi pembetulan maklumat calon semasa tempoh semak semula keputusan PT3 pada tahun semasa. Sebarang pembetulan maklumat selepas tempoh tersebut TIDAK akan dilayan. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/ Wang Pos

3. Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Pentaksiran yang dinyatakan dalam Jadual Waktu PT3 2020 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon

Takwim Tarikh Penting Peperiksaan PT3 Tahun 2020

  • Bertulis : Dibatalkan
  • Lisan :
    • Bertutur (BI, BM, LAM (KBD) : 17 Ogos – 11 September 2020
    • Mendengar (BI, BM, LAM (KBD) 21 – 23 September 2020
    • Tilawah & Hafazan (KBT) 7-18 September 2020
  • Pentaksiran Pendidikan Kesenian : 18 Februari – 10 Julai 2020

Jadual Waktu Peperiksaan PT3 Tahun 2020

Ujian Bertutur, Hafazan Dan Mendengar :

Sekolah

Sekolah

Ujian Bertulis :

Sekolah

Muat turun jadual waktu peperiksaan PT3 lengkap/ terkini tahun 2020 pada pautan berikut :

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan