Calon pelajar Tingkatan 5 (Form 5) akan menduduki peperiksaan yang sangat penting dalam halatuju pendidikan mereka iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada bulan Februari – Mac. Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia (LPKPM) akan mengeluarkan perincian jadual waktu peperiksaan SPM rasmi untuk yang boleh dimuat turun (download) oleh pelajar dalam format PDF di Portal Rasmi LPKPM
Jadual waktu peperiksaan SPM yang diterbitkan memaparkan jadual waktu serta garis panduan dan arahan peperiksaan bertulis SPM yang boleh dijadikan panduan dan rujukan buat semua calon sekolah di seluruh negeri di Malaysia
Pada tahun 2022, Menteri Pendidikan Malaysia telah menyatakan bahawa Jadual Peperiksaan SPM akan ditangguh selewat-lewatnya akhir Februari atau awal Mac bermula 2023. Sistem jadual peperiksaan anjal ini diperkenalkan atas faktor logistik, cuaca serta kebajikan pelajar. Namun hanya subjek elektif yang kandungan sukatan pelajarannya bersifat kemahiran dan mempunyai kerja kursus
Jadual Peperiksaan SPM 2023 Sijil Pelajaran Malaysia (SPM Exam Date)
Berikut adalah jadual waktu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM Exam) bagi tahun 2023 yang boleh di muat turun di Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai rujukan.
Pelajar SPM yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang adalah berpeluang untuk melanjutkan pelajaran tinggi mereka ke Universiti Awam di Malaysia serta luar negara. Selain itu, pelajar lepasan berpeluang untuk meneruskan pengajian kemahiran di Institut Latihan Kemahiran Awam Malaysia (ILKA) dan juga terus bekerja.
Takwim Tarikh Penting Peperiksaan SPM Tahun 2023
Berikut disediakan Jadual Waktu Peperiksaan SPM tahun 2022 bagi rujukan pelajar. Jadual waktu peperiksaan SPM tahun 2023 akan dikemaskini sebaik sahaja dimaklumkan
- Ujian Bertutur (Bahasa Melayu) : 7, 8 dan 9 Februari 2023
- Ujian Bertutur (Bahasa Inggeris) : 13, 14 dan 15 Februari 2023
- Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) : 16 Februari 2023
- Ujian Amali Sains (Fizik, Kimia, Biologi) : 30, 31 Januari dan 2 Februari 2023
- Ujian Amali Sains (Sains Tambahan) : 2 Februari 2023
- Ujian Bertulis : 20 Februari – 15 Mac 2023
- Jadual Waktu Peperiksaan Bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022
Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2023 (18 April 2023)
Draf jadual waktu peperiksaan SPM bagi tahun 2023 adalah seperti berikut:
Hari 1 & Hari 2
Hari 3
Hari 5 & Hari 6
Hari 7
Hari 8
Hari 9 & Hari 10
Hari 11
Hari 12
Hari 13 & Hari 14
Hari 15 & Hari 16
Arahan Am
- Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK HADIR bagi mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki atau tidak hadir sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor atau surat kebenaran khas Pengarah Peperiksaan. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan SPM 2023
- Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada pihak JPN sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. Calon dikenakan bayaran RM30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Peperiksaan menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos
- Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan di pusat peperiksaan selain dari pusat peperiksaan asal calon. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyemak maklumat calon dan maklumat mata pelajaran sebelum membenarkan calon menumpang di pusat peperiksaan seliaannya
- Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon
Arahan di dewan/ bilik peperiksaan
- Calon hendaklah berada di tempat duduk di dalam dewan/ bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan
- Calon hendaklah meletakkan Kad Pengenalan atau Dokumen Pengenalan Diri atau Borang Pengenalan Diri Calon (LP/Am 118) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan
- Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan
- Calon boleh membuat bantahan sekiranya telah mendaftar untuk menduduki sesuatu mata pelajaran tetapi kod kertas peperiksaan tersebut tidak tercatat dalam Jadual Kedatangan. Calon hendaklah mengemukakan Kenyataan Kemasukan Peperiksaan dari Lembaga Peperiksaan yang mengandungi kod kertas, nama kertas dan jenis peperiksaan SPM 2023 sebagai bukti pendaftaran. Calon tidak dikenakan bayaran
Larangan di dewan dan bilik peperiksaan
Calon dilarang :
- Membawa masuk sebarang catatan sama ada pada pakaian atau anggota badan, nota, dokumen seperti buku, lukisan, grafik, akhbar, kamus, kertas, Jadual Waktu Peperiksaan, Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan, telefon bimbit, alat-alat komunikasi atau peranti elektronik, bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan/ bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan
- Menulis nota pada pakaian, anggota badan, dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan
- Mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain
- Memberikan pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan walau dengan apa cara sekalipun yang boleh disabitkan dengan perbuatan salah laku dalam peperiksaan
- Menukar kertas peperiksaan atau/dan jawapan peperiksaan dengan calon lain
- Menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan
- Menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon
- Membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan
- Membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan
- Membawa kertas/skrip jawapan peperiksaan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
- Membawa kertas peperiksaan tertutup keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
Muat turun jadual waktu peperiksaan SPM lengkap/ terkini tahun 2023:
- Draf Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2023
- Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2022 (Pindaan Terkini)
- Jadual Waktu Ujian Amali Sains, Mendengar, Bertutur SPM 2022.
Related : download jadual waktu peperiksaan spm 2022 dan menandatangani borang pengakuan calon, keputusan peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan, malaysia menggunakan kiriman wang wang pos, mendedahkan kertas peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan, menulis nota dokumen seperti buku lukisan grafik akhbar kamus kertas jadual waktu peperiksaan serta telefon bimbit alat alat komunikasi atau peranti elektronik bekas alat tulis dan beg ke dalam dewan bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan, pembayaran hendaklah memaklumkan kepada pihak jpn sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi borang pembetulan maklumat calon, tarikh peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan,