Keputusan Juara Piala Malaysia 2023 Terengganu FC vs JDT

jdt-terengganu-piala-malaysia-2023

jdt-terengganu-piala-malaysia-2023

Pasukan manakah yang akan merangkul dan menjulang trofi kejuaraan Piala Malaysia 2023 edisi ke-97 akan terjawab selepas tamatnya perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 yang membabitkan aksi di antara Terengganu FC menentang Johor Darul Takzim (JDT).

Pasukan Terengganu mengimpikan pengakhiran musim yang bergaya dengan menjuarai Piala Malaysia bagi menambah koleksi Piala Malaysia ke-2 manakala pasukan JDT pula mahu menambah koleksi piala Liga Super dan domestik mereka

Terengganu FC dan JDT kali terakhir bertemu pada perlawanan Liga Super dimana pasukan Harimau Selatan menang ke atas dengan pasukan Terengganu 3-1. Pada aksi kumpulan Piala Malaysia 2023, kedua-dua pasukan menjuarai saingan dengan JDT merekodkan perlawanan tanpa kalah sepanjang saingan Piala Malaysia edisi ke-97 ini.

Tugas berat menanti pertahanan Terengganu FC dalam mengekang serangan trio JDT, khususnya aksi cemerlang penyerang negara Arif Aiman, Bergson Da Silva dan Fernando Forestiari. Jurulatih Skuad Terengganu, Tomislav Steinbruckner perlu mencari percaturan taktikal terbaik bagi membawa pulang piala yang berprestij ini ke negeri Terengganu FC.

Pasukan JDT dijangka akan membariskan kesebelasan terkuat sama seperti di perlawanan separuh akhir setelah menghadapi saingan sengit menentang Sabah FC dan Perak FC pada saingan separuh dan suku akhir.

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 pastinya menyajikan pertembungan yang menarik dan mengujakan. Rekod pertemuan pada 2023 memihak kepada JDT dengan 2 kemenangan. Pasukan Terengganu mahupun JDT akan memberikan yang terbaik untuk memenangi piala paling berprestij dalam sejarah bola sepak negara iaitu Piala Malaysia.

Juara Piala Malaysia 2023 Dan Keputusan JDT Vs Terengganu FC

Aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 turut disiarkan secara siaran langsung oleh Sukan RTM dan Astro seawal jam 8:30 malam Jumaat, bermula dengan siaran pra-rancangan

  • JDT Vs Terengganu FC
  • Astro, Sukan RTM
  • Jumaat

Keputusan Terkini JDT Lwn Terengganu FC Final Piala Malaysia 2023

  • Perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 di antara pasukan JDT menentang Terengganu berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada jam 9:00 malam, Jumaat

Berikut ialah keputusan semasa dan terkini final Piala Malaysia 2023 membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Terengganu yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh

JDT3 – 1Terengganu
Bergson 6′ (P)
Feroz 72′
Arif Aiman 90′ (P)
FULLTIMEIvan Mamut 21′ (P)

Kesebelasan Pemain JDT Vs Terengganu FC

JDT: Syihan Hazmi (PG), Matthew Davies, Afiq Fazail, Jordi Amat (K), Hong Wan, Bergson, Shane Lowry, Corbin Ong, Heberty, Arif Aiman, Fernando Forestieri

Substitutes: Farizal (PG), Safiq Rahim, Feroz, Akhyar, Muniz, Syafiq Ahmad, Natxo Insa, Shahrul Saad, Syahmi Safari

TRG: Suhaimi Husin (PG), Shahrul Nizam, Azam Azmi, Ivan Mamut, Habib Haroon (K), Sony Norde, Engku Nur Shakir, Safwan Mazlan, Ubaidullah, Nor Hakim Hassan, Nurillo

Substitutes: Rahadi (PG), Arif Fadzillah, Sardor Kulmatov, Liridon Krasniqi, Adisak Kraisorn, Zuasyraf, Syaiful, Syahmi, Nik Sharif Hasefy

Juara Baharu Piala Malaysia 2023

  • Johor Darul Takzim
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan