Live streaming keputusan JDT vs PKNP FC 14.6.2019

12:16 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 14 Jun 2019 jam 10:56 PM

jdt vs pknp fc

Pendahulu carta Liga Super, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan berkunjung ke laman pasukan PKNP FC dalam perlawanan keenam belas aksi Liga Super Malaysia 2019 (LS16) yang dijadualkan berlangsung pada hari Jumaat, 14 Jun 2019

Perlawanan ini penting buat kedua-dua pasukan kerana kemenangan buat JDT akan membolehkan mereka untuk terus berada di takhta teratas Liga Super sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah. Untuk PKNP FC, kemenangan akan membolehkan mereka mencatat kemenangan keempat sekaligus berpeluang untuk keluar dari zon penyngkiran

Pasukan JDT di bawah bimbingan jurulatih, Benjamin Mora dilihat mempunyai sedikit kelebihan dengan himpunan ramai pemain handalan yang sekaligus misi mengutip 3 mata tidak sukar dicapai

Misi PKNP FC di bawah kendalian jurulatih, Abu Bakar Fadzim adalah mahu menyekat keseluruhan pemain-pemain JDT yang diketuai oleh Diogo, Cabrera dan Safawi Rasid dengan menggunakan sepenuhnya kelebihan taktikal dan pemain hebat seperti Hafiz Ramdan bagi merealisasikan kemenangan

Untuk rekod, JDT kini berada di tangga pertama liga dengan mengumpul 39 mata selepas tamat lima belas perlawanan dengan catatan dua belas kemenangan dan tiga seri. PKNP FC pula berada di kedudukan ke 11 dengan 12 mata hasil daripada 3 kemenangan, 3 seri dan 9 kekalahan

JDT Logo Bola SepakPKNP FC Logo Bola SepakKeputusan Terkini JDT Vs PKNP FC 14.6.2019 Liga Super 2019 (LS16)
Perlawanan di antara pasukan JDT menentang PKNP FC berlangsung di Stadium MP Manjung, Perak bermula pada jam 9:00 malam, Jumaat
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan keenam belas aksi Liga Super 2019 membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) PKNP FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
JDTJDT Logo Bola Sepak1 – 1PKNP FC Logo Bola SepakPKNP FC
penjaring gol Diogo 4′logo iflixRamon Da Silva 14′ penjaring gol
JDT Logo Bola SepakPKNP FC Logo Bola SepakKesebelasan Pemain JDT Lwn PKNP FC 14.6.2019 Liga Super Minggu Ke 16
JDT: Farizal Marlias, Afiq Fazail, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Leandro Sebastián Velázquez, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento

Substitutes: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Hazwan Bakri, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Azrif Nasrulhaq, Nazmi Faiz

PKNP FC: Khairul Thaqif Shah, Sukri Hamid, Amani Manual Aguinaldo, Fadhil Idris, Pedro Victor Calil Sandoval, Yashir Armando Pinto Islame, Nazirul Afif Ibrahim, Syazwan Zaipol Bahari, Hafiz Ramdan (C), Ramon Da Silva Costa, Giancarlo Lopes Rodrigues

Substitutes: Shafiq Afifi Suhaimi, G. Mugenthiran, Fateh Afandi, Fazrul Hazli Kadri, Rafiq Faeez Fuad, Filemon Anyie Standly, Ibni Khozaimi 

JDT Logo Bola SepakPKNP FC Logo Bola SepakSiaran Langsung JDT Vs PKNP FC LS16 (14.6.2019)
Aksi perlawanan Liga Super minggu ke 16 di antara pasukan JDT menentang PKNP FC akan disiarkan secara siaran langsung di Football Malaysia (iflix TV) seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan dengan sepak mula perlawanan bermula jam 900 malam
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Liga Super 2019
Sila Klik LinkJadual Siaran Langsung Liga Super 2019
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!