Live streaming keputusan JDT vs Selangor 19.6.2019

08:07 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 19 Jun 2019 jam 11:03 PM

JDT vs Selangor

Pasukan Selangor akan berkunjung ke laman pendahulu bersama Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan ke 17 aksi saingan Liga Super Malaysia 2019 (LS17) yang telah dijadualkan pada hari Rabu, 19 Jun 2019

Pasukan JDT kini mendahului carta Liga Super dengan kutipan 40 mata dari 16 perlawanan manakala Selangor kini menduduki tangga ke 3 dengan kutipan 25 mata

Meskipun JDT dan Selangor berada dalam kedudukan carta yang berbeza dengan perbezaan 15 mata, namun aksi perlawanan ke 17 Liga Super ini dijangka akan berlangsung sengit kerana JDT sudah tentu mahu menang di tempat sendiri selain dapat menjarakkan mata dari pasukan terdekat, Pahang

Misi Selangor adalah mahu menyekat keseluruhan pemain-pemain JDT dengan menggunakan sepenuhnya peningkatan prestasi semasa bagi merealisasikan kemenangan

Bagi pasukan JDT dan Selangor, perlawanan ini juga dilihat penting kerana kemenangan dapat meningkatkan lagi moral pemain dalam usaha menggapai misi memburu kejuaraan Liga Super musim 2019

Selangor Logo Bola SepakJDT Logo Bola SepakKeputusan Terkini JDT Vs Selangor 19.6.2019 Liga Super
Perlawanan di antara pasukan JDT menentang Selangor berlangsung di Stadium Tan Sri Dat0′ Haji Hassan Yunos, Larkin bermula pada jam 9:00 malam, Rabu
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan minggu ke 17 aksi Liga Super 2019 (LS17) membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) Selangor yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
JDTJDT Logo Bola Sepak3 – 2Selangor Logo Bola SepakSelangor
penjaring gol Gonzalo Cabrerra 10′
penjaring gol Leandro Vasquez 12′
penjaring gol Safawi Rashid 61′
Tamat Masa Penuh Resultpenjaring gol Khyril 41′
penjaring gol Sandro (P) 90′
Selangor Logo Bola Sepak JDT Logo Bola SepakKesebelasan Pemain Selangor Lwn JDT 1.3.2019 Liga Super 2019
SELANGOR: Khairul Azhan Khalid, Fandi Othman, Ashmawi Yakin, Taylor Regan, Sarkunan Krishnasamy (C), Khyril Muhymeen Zambri, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi, Endrick Dos Santos, Faiz Nasir, Nurridzuan Abu Hassan, Prabakaran Kanadasan

Substitute: Haziq Ridwan, Namathevan Arunasalam, Sean Eugene Selvaraj, Sandro Da Silva Mendonca, Latiff Suhaimi, Amri Yahyah, Syahmi Safari

JDT: Farizal Marlias, Aidil Zafuan, Diogo Luís Santo, Gonzalo Cabrera, S. Kunanlan, Hariss Harun (C), Leandro Sebastián Velázquez, Nazmi Faiz, La’Vere Corbin-Ong, Safawi Rasid, Maurício dos Santos Nascimento

Substitute: Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Hazwan Bakri, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid, Azrif Nasrulhaq, Fadhli Shas

Selangor Logo Bola SepakJDT Logo Bola Sepak Siaran Langsung Selangor Vs JDT LS17 (19.6.2019)
Aksi perlawanan Liga Super minggu ke 17 di antara pasukan Selangor menentang JDT akan disiarkan secara siaran langsung di Football Malaysia (iflix TV) seawal jam 8:30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan dengan sepak mula perlawanan bermula jam 900 malam

 

Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Unifi Liga Super 2019