Live streaming keputusan JDT vs UiTM FC 11.3.2017

03:17 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 30 Mei 2019 jam 01:38 PM

Keputusan Live JDT UiTM FC 11 Mac 2017

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kunjungan UiTM FC dalam saingan Piala FA Malaysia musim 2017 bagi pusingan ketiga (kalah mati) yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 11 Mac 2017

JDT layak ke pusingan ke-3 setelah menewaskan Felda United 2-0 manakala UiTM FC pula menyingkirkan PJ Ranjers dengan kemenangan 2-1 masing-masing dalam perlawanan pusingan kedua Februari lalu

Berdasarkan prestasi semasa dan rekod pertemuan, pasukan JDT mempunyai kelebihan serta tidak menghadapi masalah untuk melakar kemenangan dalam perlawanan ini apatah lagi beraksi di hadapan penyokong Harimau Selatan

Meskipun kelebihan ternyata memihak kepada JDT, dalam bola sepak setiap pasukan harus menganggap pencabar mereka adalah yang terbaik dan sentiasa mampu beri tentangan sengit serta berupaya mencipta kejutan

Aksi perlawanan JDT menentang UiTM FC sudah pasti menjadi tumpuan oleh kedua-dua penyokong yang mahu menyaksikan pasukan mereka meraih kemenangan sekali gus layak ke peringkat suku akhir Piala FA 2017

JDT Logo Bola SepakUiTM FC Logo Bola SepakKeputusan Terkini JDT Vs UiTM FC 11.3.2017 Piala FA Malaysia
Perlawanan di antara pasukan JDT menentang UiTM FC berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bermula pada jam 9 malam, Sabtu
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan pusingan ke-3 Piala FA Malaysia 2017 membabitkan pasukan JDT lawan (lwn) UiTM FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
JDTJDT Logo Bola Sepak4 – 0UiTM FC Logo Bola SepakUiTM FC
penjaring gol19′penjaring gol53′ Gonzalo Cabrera
penjaring gol21′ Hazwan Bakri

penjaring gol70′ Fadhli Shas
Link BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Undian, Carta Piala FA Malaysia 2017