Berikut adalah senarai perincian bagi Kalendar atau Takwim Islam serta tarikh-tarikh penting (Hari Perayaan dan Kebesaran) dalam Islam di Malaysia bagi tahun 1442H-1443H (Hijrah) bersamaan 2021M (Masihi)
Senarai perincian takwim dan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi tahun 1442H-1443H / 2021M disertakan ini adalah rasmi berdasarkan rujukan yang telah dibuat oleh MYsumber terhadap takwim serta tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Senarai Sub-Topik
Kalendar Takwim Bulan Islam Tahun 1442-1443 Hijrah/ 2021 Masihi (Malaysia) Dan Tarikh Penting
Semoga dengan pengkongsian Takwim dan Tarikh Penting Dalam Bulan Islam ini boleh membantu umat Islam di Malaysia membuat semakan dan juga persediaan bagi menyambut hari perayaan mahupun hari kebesaran Islam pada tahun ini
Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2021 / 1442-1443H Malaysia
Tarikh Hijri (1442) | Tarikh Miladi (2021) | Hari Perayaan / Kebesaran Islam |
27 Rejab | 11 Mac | Israk dan Mikraj |
1 Ramadhan* | 13 April | Awal Ramadhan / Berpuasa |
17 Ramadhan | 29 April | Nuzul Al-Quran |
1 Syawal* | 13 Mei | Hari Raya Puasa / AidilFitri |
1 Zulhijjah | 11 Julai | Awal Zulhijjah |
10 Zulhijjah* | 20 Julai | Hari Raya Korban / Aidiladha |
1 Muharam 1443 | 10 Ogos | Awal Muharam / Maal Hijrah |
12 Rabiulawal 1443 | 19 Oktober | Maulidur Rasul |
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia
Tarikh Awal Bulan Islam Dan Kalendar Masihi
Tarikh Hijri | Tarikh Masihi | Hari |
1 Jamadilakhir 1442 | 14 Januari 2021 | Khamis |
1 Rejab 1442 | 13 Februari 2021 | Rabu |
1 Syaaban 1442 | 15 Mac 2021 | Isnin |
1 Ramadan 1442 | 13 April 2021 | Selasa |
1 Syawal 1442 | 13 Mei 2021 | Khamis |
1 Zulkaedah 1442 | 12 Jun 2021 | Sabtu |
1 Zulhijjah 1442 | 12 Julai 2021 | Ahad |
1 Muharram 1443 | 10 Ogos 2021 | Selasa |
1 Safar 1443 | 8 September 2021 | Rabu |
1 Rabiulawal 1443 | 8 Oktober 2021 | Jumaat |
1 Rabiulakhir 1443 | 6 November 2021 | Sabtu |
1 Jamadilawal 1443 | 6 Disember 2021 | Isnin |
Berikut dikongsikan juga oleh MYsumber Takwim 2020 Miladiah /1441-1442 Hijriah bagi Malaysia seperti yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui laman sesawang rasminya
Takwim 2020 Miladiah/ 1441-1442 Hijriah