Cara kemaskini BR1M 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

06:15 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 18 November 2017 jam 08:55 AM

Kemaskini BR1M 2018

Pengemaskinian maklumat peribadi penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sedia ada iaitu yang pernah menerima bantuan tersebut sebelum ini perlu dibuat bagi memastikan penerima tidak tercicir daripada menerima BR1M pada tahun 2018

Saranan bagi tujuan pengemaskinian adalah untuk melancarkan atau memudahkan proses penyaluran Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada penerima berdasarkan maklumat rekod terkini

CARA KEMASKINI BR1M 2018 BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA ONLINE DAN MANUAL

Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pengemaskinian BRIM 2018 bagi penerima sedia ada yang mahu atau perlu membuat kemaskini butiran mereka

Pengemaskinian maklumat penerima BR1M sedia ada adalah merujuk kepada perkara berikut

KEMASKINI MAKLUMAT

Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) tahun permohonan
Terdapat perubahan maklumat peribadi seperti kematian pasangan / tanggungan
Perubahan status perkahwinan, perubahan alamat / nomber telefon dan perubahan waris
Maklumat Penting Yang Perlu Dikemaskini
Nombor 1Status Perkahwinan
Kahwin, cerai atau kematian pasangan (nyatakan tarikh perceraian / kematian pasangan)
Nombor 2Alamat surat menyurat terkini dan e-mel
Nombor 3Nombor telefon bimbit dan rumah
Nombor 4Maklumat akaun bank (persendirian sahaja)
Nombor 5Maklumat Pasangan dan Tanggungan
Pastikan maklumat nombor pengenalan seperti myKad, myPR, myKAS, myKID, Pasport dan Visa serta Sijil Lahir diisi dengan tepat dan jelas
Nombor 6Maklumat Waris
i. Sekiranya waris asal yang dinamakan telah meninggal dunia
ii. Bagi membolehkan waris membuat tuntuan Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki duit BR1M
MYNotaPengemaskinian maklumat adalah penting bagi mengelakkan permohonan ditolak

CARA MEMBUAT KEMASKINI BR1M 2018 ONLINE DAN MANUAL (GUNA BORANG)

Berikut adalah info berkaitan cara membuat pengemaskinian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi tahun 2018 secara atas talian (online) atau manual (guna borang)

TARIKH RASMI KEMASKINI BR1M 2018
Kemaskini Dibuka
Kemaskini Ditutup
27 November 2017
31 Disember 2017
PDF LampiranSila Klik LinkInfografik Maklumat Rasmi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2018
Nombor 1Kemaskini BR1M 2018 Online
Pengemaskinian BR1M secara online boleh dibuat melalui portal rasmi E-BR1M yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
Penerima disarankan mencetak salinan pengemaskini dan perlu disimpan sebagai rujukan
Untuk membuat pengemaskinian sila layari Portal Rasmi BR1M menerusi pautan di bawah bermula tarikh kemaskini yang telah dijadual dibuka nanti
Sistem Aplikasi ServerSila Klik Linkhttps://ebr1m.hasil.gov.my
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
PDF LampiranSila Klik LinkPanduan Pengguna Sistem Aplikasi Kemaskini Dan Cara Buat Pengemaskinian Maklumat Secara Online E-BR1M 2018
MY PeringatanSila buat pengemaskinian dengan hanya menggunakan salah satu daripada kaedah yang disediakan sama ada dengan cara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi kandungan maklumat dan identiti pemohon
Nombor 2Kemaskini BR1M 2018 Manual (Guna Borang)
Borang Pengemaskinian BR1M 2018 boleh didapati melalui Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara, Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan dan muat turun di Portal Rasmi e-BR1M
Borang kemaskini yang telah diisi dan dilengkapkan dengan sempurna hendaklah dihantar ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan sebelum tarikh akhir
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
PDF LampiranSila Klik LinkJadual Pembukaan Kaunter BR1M 2018 Di Semua Cawangan LHDNM
PDF LampiranSila Klik LinkBorang Kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia 2018

LAIN-LAIN BERKAITAN KEMASKINI BR1M 2018

Tidak Perlu Membuat Permohonan Baru
Sebagai makluman, penerima sedia ada tidak perlu lagi mengemukakan permohonan baharu sebaliknya hanya perlu membuat kemaskini mulai tarikh pengemaskinian maklumat BR1M 2018 di buka
Bagi penerima yang tidak memberikan maklumat nombor akaun bank pada permohonan lalu, disyorkan memberikan maklumat akaun bank untuk BR1M 2018 melalui sistem kemaskini online (E-BR1M) atau manual (guna borang) bagi memudahkan dan mempercepatkan penyaluran bantuan
PDF LampiranSila Klik LinkSenarai Bank Yang Terlibat Dengan Pembayaran BR1M 2018
Kenapa Perlu Kemaskini BR1M 2018
Banyak permohonan yang gagal disebabkan maklumat peribadi seperti no kad pengenalan yang tidak tepat dan jelas
Pembayaran BR1M tahun 2018 akan dibuat secara berperingkat. Pemohon perlu mengemukakan maklumat akaun bank supaya bayaran dapat dibuat dengan lebih cepat
Banyak surat kelulusan tidak dapat diposkan kerana alamat salah dan tidak lengkap
Maklumat waris penting dinyatakan supaya pembayaran Skim Khairat Kematian (SKK) dan baki BR1M dapat dibuat dengan sempurna
Akaun Bank yang dikemukakan mestilah tepat agar tidak berlaku kesilapan atau kegagalan pembayaran kepada pemohon yang berjaya
Kegagalan penerima sedia ada mengemaskini dan mengemukakan maklumat secara tidak tepat dan terkini boleh menyebabkan permohonan gagal atau lambat diproses
MYNota
Sesetengah penerima BR1M sebelum ini beranggapan tidak perlu lagi membuat kemaskini kerana apabila membuat semakan keputusan, status permohonan menunjukkan sudah diterima
Sebagai makluman, status diterima tanpa membuat kemaskini itu tidak semestinya permohonan telah diterima terutamanya bagi penerima BR1M 2015 yang tidak mengemaskini maklumat pada BR1M 2016 dan 2017
Oleh itu, penerima sebelum ini yang tidak membuat pengemaskinian pada BR1M 2018 boleh menyebabkan permohonan tidak diproses kecuali bagi warga emas sebatang kara
Meskipun butiran maklumat yang telah di hantar / dilengkapkan pada BR1M terdahulu itu tidak perlu membuat sebarang pindaan, namun penerima sedia ada digalakkan (galakkan wajib) membuat / menghantar pengemaskinian untuk BR1M 2018 bagi mengesahkan bahawa penerima masih wujud selain maklumat tersebut dapat diverifikasi sebagai yang terkini
Soalan JawapanFAQ : Soalan Sering Ditanya Dan Jawapan
PDF LampiranSila Klik LinkPermohonan Baru Dan Kemaskini BR1M 2018
PDF LampiranSila Klik LinkPengisian Maklumat Waris BR1M 2018 (Skim Khairat Kematian)
Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan
Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565 / 4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my
Berhubung terus ke Cawangan / Pusat Khidmat Hasil / Urban Tranformation Centre (UTC) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang berdekatan
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan langsung, sila hanya melayari Facebook rasmi (LHDNM) di pautan berikut
Sila Klik LinkFacebook Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
MYNotaSebelum membuat sebarang pertanyaan, sila rujuk dahulu kepada ruangan komen di FB rasmi LHDNM yang berkaitan dengan BR1M kerana kebanyakan soalan yang sering ditanya telahpun dijawab oleh Admin / Moderator FB rasmi LHDNM
Respon Pengemaskinian
Notis dan surat pemakluman lulus atau gagal permohonan BR1M 2018 akan diposkan kepada pemohon
Sila Klik LinkSemakan Status Kemaskini Dan Keputusan BR1M 2018
Sila Klik LinkJadual Dan Tarikh Peringkat Pembayaran BR1M 2018
MYNota
Maklumat yang dinyatakan masih dalam peringkat awal dan akan dikemaskini dengan lengkap sebaik sahaja Kemaskini BR1M 2018 dibuka secara rasmi. Harap maklum