Keputusan Pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2021 final

Hiburan

Hiburan

Cabaran peserta-peserta Maharaja Lawak Mega bagi musim 2021 kini berada dikemuncaknya iaitu persaingan akhir dalam usaha mereka untuk merebut gelaran Juara dan hadiah utama yang lumayan berupa wang tunai bernilai RM500,000

Maharaja Lawak Mega 2021 minggu final akan berlangsung pada hari Jumaat, 17 Disember 2021 jam 900 malam di Putrajaya International Convention Centre (PICC) serta turut disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran Astro Warna (107) dan Astro Warna HD (104)

Peserta Maharaja Lawak Mega 2021 yang layak bersaing di pentas akhir MLM ialah kumpulan Bahye, Puteh, Tobat, Boro, Tiro.

Keputusan bagi kesemua finalis Maharaja Lawak Mega 2021 akhir akan diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)

Maharaja Lawak Mega pada edisi 2021 membawakan tema-tema yang menarik dan dihoskan oleh Datuk AC Mizal yang telah mengendalikan rancangan ini buat kali kesembilan berturut-turut.

Keputusan Pemenang Juara Maharaja Lawak Mega 2021 Akhir

Pada malam minggu final Maharaja Lawak Mega 2021, kesemua finalis ditugaskan membuat dua persembahan dengan bertemakan Muzikal dan Bebas. Berikut adalah senarai keputusan, kedudukan pemenang dan Juara Final Maharaja Lawak Mega 2021 seperti mana yang telah diumumkan secara rasmi

Keputusan Pemenang Dan Juara Maharaja Lawak Mega 2021 Final

Senarai akan dikemaskini dari semasa ke semasa

  1. Juara : Tiro : Danial, Sharif & Syaiful  (RM500,000)
  2. Naib Juara : Puteh : Mamak, Vicha & Ali (RM250,000)
  3. Ketiga : Boro : Achey, Atu & Fad (RM150,000)
  4. Keempat : Bahye : Zahid, Nizam & Shashic (RM50,000)
  5. Kelima : Tobat : Ajak Shiro, Bell Ngasri & Ropie (RM15,000)

Semua pemenang turut menerima sebuah trofi sumbangan pihak Astro

Senarai Juara, Tempat Kedua & Ketiga MLM Tahun 2011 Hingga 2019

Tahun Juara Kedua Ketiga
1. 2019Puteh (Mamak, Ali & Man)ZeroBocey (Fad, Abam & Achey)
2. 2018Shiro (Shahrol & Ajak)BoceyZero
3. 2017BoceyShiroDzawin
4. 2016BoceyJoras (Joey, Rahim & Shuk)Puteh
5. 2014Zero (Atu, Syaiful & Shariff)SepahtuNabil
6. 2013Sepahtu (Jep, Shuib & Rahim)ShiroBocey
7. 2012Jozan (Johan & Zizan)Jambu (Yus & Tauke Jambu)Shiro
7. 2011Osbon (Mr Os & Abon)Boboi (Harun Salim Bachik & Afdlin Shauki)Saywho (Vicha & Eko & Bocil)
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan