Calon ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi sesi Mac 2022 boleh membuat semakan serta mendapatkan keputusan MUET March 2022 (sesi 1) masing-masing lazimnya pada minggu pertama bulan Mei 2022.
Calon juga boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan setelah membuat semakan keputusan Malaysia University English Test (MUET)
Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memaklumkan tarikh sebenar (rasmi) keputusan MUET sesi Mac 2022 dikeluarkan pada hari bekerja menerusi portal rasmi MPM yang akan dikemaskini di bawah.
Semakan Keputusan MUET Sesi 1 2022 Secara Online Dan SMS
Dalam pada itu, calon yang berkenaan boleh juga mendapatkan maklumat bila tarikh Result MUET March 2022 akan dikeluarkan serta kaedah yang disediakan untuk membuat semakan iaitu secara aplikasi atas talian (online) dan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), sila rujuk kepada ruangan yang disediakan seperti berikut
Tarikh Rasmi Keputusan (Result) Malaysian University English Test (MUET) Mac 2022 Diumumkan
Tarikh ujian MUET boleh disemak yang dinyatakan adalah tarikh RASMI seperti makluman Portal MPM:
- Semakan Dibuka : 30 Mei 2022, 10 pagi (Isnin)
Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Online MUET March 2022 Result
Sistem semakan hanya diaktifkan bermula pada tarikh dan masa hebahan keputusan
Semakan secara atas talian (online) atau SMS boleh dibuat selepas jam 10:00 pagi
Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses laman sistem aplikasi semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server
Anda dinasihatkan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak hari keputusan peperiksaan MUET
Berikut adalah infografik rasmi tarikh keputusan MUET Sesi 1 2022 yang dikongsikan oleh MPM untuk rujukan
Semakan Keputusan MUET Sesi Mac 2022 Menggunakan Perkhidmatan SMS
Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut
Taip: MUET (jarak) RESULT (jarak) No. Kad Pengenalan seterusnya hantar ke 15888
Permohonan Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET MAC 2022
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET Mac 2022 yang diperolehi boleh membuat permohonan rayuan penyemakan semula. Permohonan rayuan penyemakan semula boleh dibuat melalui sistem semak semula MUET pada tarikh yang akan dikemaskini. Hanya permohonan engkap diterima di MPM
Sebarang keterangan dan maklumat lanjut cara semak keputusan MUET dan penyemakan semula keputusan ujian adalah dengan sewajarnya melayari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM):