Keputusan rasmi terkini PRK Tanjong Datu Sarawak 2017

04:40 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 13 November 2019 jam 03:49 PM

Result Live Rasmi PRK Tanjung Datu Sarawak 18 Februari 2017

Pengumuman serta keputusan penuh dan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjong Datu (N.03) Sarawak yang diadakan pada hari Sabtu 18 Februari 2017 dijangka akan diumumkan selepas jam 8:00 malam, hari yang sama

Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu mempunyai seramai 9,959 pengundi berdaftar dengan 188 daripadanya sudah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal pada 12 Februari lalu

Pada hari pengundian biasa, seramai 9,771 pengundi akan mengundi di 16 pusat pengundian serta 25 saluran mengundi

Kerusi DUN N.03 Tanjong Datu telah mengalami kekosongan luar jangka pada 11 Januari 2017 berikutan kembalinya ke rahmatullah penyandangnya yang juga Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan bin Haji Satem akibat komplikasi jantung di Kota Samarahan

Sebagai makluman, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak telah memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Datu bagi menumpukan perhatian kepada pilihan raya umum ke-14
Terdahulu, dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-11 pada Mei 2016, Allahyarham Adenan Satem meraih 6,360 undi sekali gus menewaskan calon PKR, Jazolkipli Numan yang hanya memperoleh 468 undi
SPR Logo UndiTarikh-Tarikh Penting PRK Tanjung Datu 2017
Tarikh Penamaan Calon4 Februari 2017
Tarikh Pengundian Awal12 Februari 2017
Tarikh Pengundian Biasa18 Februari 2017

KEPUTUSAN RASMI PRK TANJONG DATU N3 SARAWAK 2017

Berikut adalah keputusan terkini, penuh dan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu yang dilengkapkan selepas pengumuman rasmi dibuat

Pertandingan 3 Penjuru
Barisan Nasional BN LogoBarisan Nasional (BN)
STAR SarawakParti Reformasi Negeri Sarawak (STAR)
PBDS LogoParti Bansa Dayak Sarawak (PBDS)

PRK Tanjung Datu Sarawak 2017 Calon Bertanding

SPR Logo UndiCalon N3 Tanjong DatuPartiBil Undi
Puan Sri Jamilah AnuBarisan Nasional BN LogoBN 6,573 
Rapelson Richard HamitPBDS LogoPBDS130
Johnny Bob AputSTAR SarawakStar108
Jumlah Pengundi Berdaftar (9,959) / Jumlah Undi (6,892)Undi Rosak (80) / Undi Tak Kembali (1)Peratus Mengundi (69.2%)
Pemenang PRK N03 Tanjong DatuPartiMajoriti
Puan Sri Jamilah AnuBarisan Nasional BN LogoBN6,443 undi
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!