Keputusan PRU 15 SPR Live parlimen dan dun pilihanraya 2022

Pilihan Raya

Pilihan Raya

Malaysia Election 2022 dijangkakan merupakan yang paling sengit dalam sejarah politik di Malaysia. Pihak pembangkang dilihat mempunyai peluang yang hampir seimbang dalam memenanginya kali ini dengan tumpuan lebih tertumpu kepada pertembungan diantara Barisan Nasional (BN) vs Pakatan Harapan (PH) serta Perikatan Nasional (PN). GTA (Pejuang) dilihat sukar untuk mendapatkan mandat majoriti dua pertiga kerusi Parlimen daripada jumlah keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan

SPR telah menetapkan 5 November 2022 sebagai tarikh penamaan calon manakala tempoh berkempen adalah selama 14 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga jam 1159 malam, 18 November 2022. Tarikh mengundi awal pula telah ditetapkan pada 15 November 2022 dan hari mengundi jatuh pada hari Sabtu, 19 November 2022.

Bagi membentuk sebuah kerajaan Persekutuan, sesebuah parti politik yang bertanding memerlukan sekurang-kurangnya kemenangan dengan majoriti mudah sebanyak 112 kerusi Parlimen, manakala sebanyak 148 kerusi untuk kemenangan dengan majoriti dua pertiga

Pilihan raya umum kali ini menyaksikan seramai 21.7 juta pengundi akan mengundi bagi memilih Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi penggal ke-15 ini. Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan kali ini dengan tumpuan kearah pertembungan BN, Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional

KEPUTUSAN RASMI UNDI PRU 15 PARLIMEN DAN DUN TAHUN 2022

Berikut adalah result PRU15 yang diketahui selepas proses pengundian ditutup dan keputusan penuh dijangka diketahui selewat-lewatnya tengah malam 19 November 2022

Statistik Keputusan Rasmi Kerusi Parlimen

BNPNPHParti Lain
307482GPS (23), PBM (1), GRS (6), WARISAN (3), KDM (1), BEBAS (2)

KERUSI PARLIMEN

NEGERIJUMLAH KERUSIBNPNPHLAIN-LAIN
PERLIS30300
KEDAH1501410
PULAU PINANG1303100
PERAK24310110
SELANGOR2206160
WP KL1110100
PUTRAJAYA10100
LABUAN10100
N SEMBILAN85030
MELAKA60330
JOHOR2692150
PAHANG145720
KELANTAN1401400
TERENGGANU80800
SARAWAK3101623 (GPS), 1 (PBM)
SABAH257156 (GRS), 3 (WARISAN), 1 KDM, 2 BEBAS
JUMLAH22230748236

Ringkasan Keputusan PRU 15 Tahun 2022

Tiada satu pun daripada gabungan parti utama di negara ini dapat membentuk kerajaan secara sendiri, kerana tidak mencapai jumlah majoriti yang diperlukan iaitu 112 kerusi. Pakatan Harapan mendahului dengan 82 kerusi diikuti Perikatan Nasional (73) dan Barisan Nasional (30).

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mempunyai 23 kerusi diikuti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memperoleh 6 kerusi dan Parti Warisan (3 kerusi).

Oleh itu, dua ketua parti dengan jumlah kerusi terbesar, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN) dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) akan membuat rundingan dengan parti-parti lain untuk membentuk gabungan Kerajaan Persekutuan yang baharu dan dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat

Statistik Keputusan Rasmi Kerusi DUN

BNPNPHWARISAN
2657331

KERUSI DUN

NEGERIJUMLAH KERUSIBNPNPHWARISAN
PERLIS1501410
PERAK59926240
PAHANG42171780
SABAH10001
JUMLAH1172557331

Parti Memerintah Setiap Kerajaan Negeri

i) Negeri Kerajaan BN

  • Melaka
  • Johor

ii) Negeri Kerajaan PH

  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Kuala Lumpur

iii) Negeri Kerajaan PN

  • Kelantan
  • Labuan
  • Putrajaya
  • Perlis
  • Terengganu
  • Kedah

iv) Negeri Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

  • Sarawak

v) Negeri Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

  • Sabah

vi) Negeri Kerajaan Gabungan PH dan BN

  • Perak
  • Pahang

RINGKASAN KEPUTUSAN PRU 14 TAHUN 2018

Berikut adalah ringkasan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang mempertandingkan sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN :-

Nota

  1. Pakatan Harapan  (PH) iaitu gabungan 4 parti politik pembangkang telah memenangi Pilihanraya Umum ke 14 tahun 2018 sekaligus menamatkan era pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun
  2. PH berjaya mengekalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Selangor
  3. PH juga berjaya merampas DUN Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dari BN
  4. PAS mengekalkan DUN Kelantan dan berjaya merampas kembali DUN Terengganu
  5. BN kekal berkuasa di Negeri Perlis, Pahang, Sarawak dan Sabah
  6. Tony Pua dari Parti DAP telah mencipta sejarah dengan mencatat kemenangan dengan majoriti terbesar sebanyak 106.903 undi di Parlimen Damansara
  7. Tun Mahathir dijadualkan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7 pada hari Khamis, 10 Mei 2018

Related : untuk membentuk kerajaan, urusan pilihan raya, hari pengundian, tempoh 60 hari, untuk menetapkan tarikh, mesyuarat khas, pilihan raya umum ke-15, hari penamaan calon, datuk seri, pengundian awal, untuk mengundi, negeri perak, berikut dikongsikan, Suruhanjaya Pilihan Raya, pilihan raya umum ke-15 pru15, keputusan pru15, pilihan raya umum ke-15 pru15, suruhanjaya pilihan raya spr, keputusan pilihan raya umum ke-15, 20 november 2022,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan