Keputusan rasmi undi PRU 14 parlimen dan dun tahun 2018

22:30 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 16 Oktober 2018 jam 02:06 PM

keputusan pru 14 1
Mampukah Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak memenangi Pilihanraya Umum Ke 14 tahun 2018 akan terjawab apabila rakyat akan mengundi untuk memilih pemimpin mereka pada 9 Mei 2018

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 April 2018 sebagai tarikh penamaan calon manakala tempoh berkempen adalah selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga jam 1159 malam, 8 Mei 2018. Tarikh mengundi awal pula telah ditetapkan pada 5 Mei 2018

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dipertandingkan kali ini dengan tumpuan kearah pertembungan BN, Pakatan Harapan dan PAS

KEPUTUSAN RASMI UNDI PRU 14 PARLIMEN DAN DUN TAHUN 2018

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) telah memenangi sejumlah 133 daripada 222 kerusi Parlimen

Jumlah Kerusi Parlimen dimenangi parti yang bertanding di seluruh negeri PRU 14
BNPASPH*Parti Lain
79181214
Jumlah Kerusi DUN dimenangi parti yang bertanding di seluruh negeri
BNPASPH*Parti Lain
166902262
NOTA
*Pakatan Harapan terdiri daripada gabungan parti PKR, DAP, Amanah & Bersatu. Warisan pula adalah sekutu gabungan PH

RINGKASAN KEPUTUSAN PRU 14 TAHUN 2018

Berikut adalah ringkasan keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang mempertandingkan sejumlah 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN :-

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 14 Tahun 2018
Nombor 1Pakatan Harapan  (PH) iaitu gabungan 4 parti politik pembangkang telah memenangi Pilihanraya Umum ke 14 tahun 2018 sekaligus menamatkan era pemerintahan Barisan Nasional (BN) selama lebih 60 tahun
Nombor 2PH berjaya mengekalkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan Selangor
Nombor 3PH juga berjaya merampas DUN Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dari BN 
Nombor 4PAS mengekalkan DUN Kelantan dan berjaya merampas kembali DUN Terengganu
Nombor 5BN kekal berkuasa di Negeri Perlis, Pahang, Sarawak dan Sabah
Nombor 6Tony Pua dari Parti DAP telah mencipta sejarah dengan mencatat kemenangan dengan majoriti terbesar sebanyak 106.903 undi di Parlimen Damansara
Nombor 7Tun Mahathir dijadualkan untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 7 pada hari Khamis, 10 Mei 2018

RINGKASAN KEPUTUSAN PRU 13

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Barisan Nasional (BN) telah memenangi sejumlah 133 daripada 222 kerusi Parlimen

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke 13 Tahun 2013
Nombor 1BN menang 25 kerusi di Sarawak, 22 di Sabah, 21 di Johor, 12 di Perak, masing-masing 10 di Pahang dan Kedah, masing-masing lima di Kelantan, Selangor dan Negeri Sembilan, serta masing-masing empat di Melaka dan Terengganu
Nombor 2BN turut memenangi masing-masing tiga kerusi Parlimen di Perlis dan Pulau Pinang, dua di Kuala Lumpur, serta masing-masing satu di Putrajaya dan Labuan
Nombor 3DAP pula memenangi 38 kerusi Parlimen, masing-masing tujuh di Pulau Pinang dan Perak, masing-masing lima di Kuala Lumpur dan Sarawak, masing-masing empat di Johor dan Selangor, masing-masing dua di Negeri Sembilan dan Sabah serta masing-masing satu di Melaka dan Pahang
Nombor 4PKR memenangi 30 kerusi Parlimen, sembilan di Selangor, masing-masing empat di Kuala Lumpur dan Kedah, masing-masing tiga di Perak dan Pulau Pinang, dua di Pahang, serta masing-masing satu di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sabah dan Sarawak
Nombor 5PAS pula memenangi 21 kerusi Parlimen, sembilan di Kelantan, masing-masing empat di Terengganu dan Selangor, dua di Perak serta masing-masing satu di Kedah dan Pahang
Nombor 6Kemenangan Barisan Nasional yang diumumkan secara rasmi, sekaligus berjaya meneruskan pemerintahan di peringkat pusat
Nombor 7Selain itu, BN berjaya merampas kembali Kedah apabila mendapat majoriti mudah

Berikut adalah keputusan keseluruhan bagi parti yang bertanding pada PRU13

Jumlah Kerusi Parlimen dimenangi parti yang bertanding di seluruh negeri
BNPASPKRDAPBebas
13321 3038
Jumlah Kerusi DUN dimenangi parti yang bertanding di seluruh negeri
BNPASPKRDAPBebas
2758549951