Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2022-2023

Result Rayuan Matrikulasi Ambilan Kedua Terkini Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2022-2023

Result Rayuan Matrikulasi Ambilan Kedua Terkini Semakan Keputusan Rayuan Matrikulasi 2022-2023

Calon (pemohon) yang tidak berjaya menerima tawaran menerusi permohonan pertama Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2022 / 2023, dan telah mengemukakan permohonan rayuan bagi ambilan kedua, boleh membuat semakan keputusan secara atas talian (online)

Berdasarkan semakan MYsumber terhadap pengumuman tarikh keputusan rayuan bagi kemasukan ambilan kedua pelajar untuk tahun sebelumnya, mendapati bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada hujung Mei atau awal bulan Jun untuk mengumumkan keputusan permohonan Rayuan

Cara Semakan Keputusan Rayuan Program Matrikulasi KPM Sesi 2022/ 2023

Calon boleh mengikuti ringkasan maklumat lanjut berhubung dengan perkara ini menerusi ruangan berikut.

Tarikh Semakan Keputusan Calon e-Rayuan Kemasukan Ke Program Matrikulasi 2022

  • Semakan Dibuka : 29 Julai 2022
  • Semakan Ditutup : –
  • Hari pendaftaran : 31 Julai 2022

Tarikh semakan RASMI dari sumber Portal Kementerian Pendidikan Malaysia akan dimaklumkan kemudian.

Sistem Aplikasi Semakan Status Keputusan / Tawaran Matrikulasi 2022

Sistem aplikasi semakan tawaran hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh rasmi keputusan diumumkan

Keputusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat.

Semakan Keputusan / Tawaran Matrikulasi Secara SMS

Semakan tawaran Matrikulasi secara pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut

  • Taipkan: MOE (Jarak) MAT (Jarak) NO. KP Hantar ke: 15888

Permohonan Rayuan Berjaya

Calon-calon permohonan rayuan yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2022/2023 bagi ambilan kedua, dikehendaki mencetak senarai dokumen seperti di bawah melalui laman sistem aplikasi semakan seterusnya dilengkapkan untuk dibawa bersama semasa mendaftar di kolej mengikut tarikh dinyatakan dalam surat tawaran

  1. Surat tawaran
  2. Panduan pendaftaran pelajar
  3. Maklumat peribadi pelajar
  4. Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar
  5. Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah
  6. Borang perjanjian pelajar (dua salinan)

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian telefon pejabat atau talian bantuan Bahagian Matrikulasi pada waktu pejabat bermula 8:30 Pagi – 4:30 Petang

  • 03-8884 4083 / 4042
 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan