Semakan Keputusan STPM 2022 Semester 3 Online dan SMS

Pendidikan

Pendidikan

Calon-calon yang telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Penggal (P3) kini dikenali sebagai Semester 3 (S3) tahun 2022 boleh mendapatkan pernyataan keputusan peperiksaan S3 STPM 2022 masing-masing pada tahun 2023

Berdasarkan semakan MYsumber terhadap tarikh keputusan STPM Semester 3 dikeluarkan bagi tahun-tahun sebelumnya mendapati Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Februari untuk mengumumkan keputusan Semester (S3) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

MPM kini telah memudahkan urusan pengambilan keputusan STPM Semester 3 dengan menyediakan beberapa cara untuk menyemak. Antara kaedah semakan keputusan peperiksaan S3 STPM 2022 adalah secara atas talian.

Semakan Keputusan (Result) STPM 2022 Semester 3 (S3) Secara Online Dan SMS

Berikut adalah ruangan pengemaskinian maklumat lengkap berhubung dengan tarikh rasmi keputusan S3 STPM 2022 dikeluarkan serta cara untuk mendapatkan keputusan (result) S3 STPM 2022 secara online.

Tarikh Semakan

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia Semester 3 (Penggal 3)

  • Tarikh : 5 Julai 2023
  • Jam : 10 pagi

Mekanisme Semakan Keputusan Semester 3 STPM 2022

Untuk menyemak result STPM S3 2022, terdapat dua kaedah seperti di bawah

Semakan Online

Semakan SMS

  • Taip : STPM (jarak) RESULTS3 (jarak) No Kad Pengenalan SMS Ke 15888
  • Contoh : STPM RESULTS3 960224136414 SMS Ke 15888

Sistem aplikasi semakan bagi keputusan S3 STPM 2022 hanya akan diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh dan masa seperti yang telah dinyatakan

Sila masukkan No Kad Pengenalan dalam ruangan yang tersedia di laman sistem aplikasi semakan berkenaan

Pada hari pertama semakan boleh dibuat, anda berkemungkinan akan menghadapi gangguan capaian untuk mengakses laman sistem semakan berikutan capaian yang dibuat oleh pengguna lain ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa yang melebihi kemampuan proses server

Calon-calon disarankan melayari laman sistem aplikasi semakan online berkenaan bukan di waktu puncak

semakan-keputusan-stpm-semester-3-2022

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan