Bahaya kolesterol tinggi: tanda-tanda dan cara kurangkan

05:25 Redaksi Admin

Maklumat terkini untuk artikel ini telah dikemaskini pada 15 Mac 2017 jam 04:20 AM

Kolesterol Tinggi

Bercakap tentang kolesterol, ramai yang akan menganggap hanya mereka berbadan gemuk atau berisi sahaja berdepan dengan masalah ini

Menurut pakar diet tanggapan itu sebenarnya memang salah berikutan kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah tidak bergantung kepada saiz badan seseorang

Justeru itu, tidak pelik jika seorang yang kurus turut mempunyai paras kolesterol yang tinggi

BAHAYA ‘MENCINTAI’ KOLESTEROL

Meskipun masalah kolesterol tinggi bukanlah dianggap penyakit namun ia tetap bahaya kerana paras kolesterol yang tinggi mampu memberi komplikasi yang digeruni antaranya:-

Meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular dan strok. Kolesterol berlebihan akan berkumpul dan membentuk plak yang menyumbat dinding arteri

Memandangkan timbunan plak ini terus bertambah dan makin menebal, aliran darah akan menjadi semakin perlahan dan mungkin terhenti

PUNCA KOLESTEROL TINGGI

Kolesterol datangnya daripada dua punca, daripada makanan dan badan kita. Hepar dan sel lain dalam badan kita mengeluarkan kira-kira 75 peratus daripada kolesterol darah

Baki 25 peratus lagi datangnya daripada makanan yang kita makan. Julat yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari

Kita selalunya dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak lain apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi

Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol , tidak ramai yang mengetahui tindakan seterusnya

Salah satu caranya mengawal kolestrol dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan

Apa itu sterol? Sterol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan yang telah terbukti secara klinikal boleh menghalang kolestrol dari diserap ke dalam darah

Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen

TANDA-TANDA  KOLESTEROL TINGGI

Seseorang yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi kebiasaannya akan mengalami tanda-tanda berikut:-

Tanda Kolesterol Tinggi

  • Sering berasa kebas-kebas pada kaki
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi
  • Mudah letih, penat dan cepat mengantuk
  • Sering berasa sakit kepala. Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala
  • Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah
  • Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat. Hal ini menunjukkan kadar kolestrol terlampau tinggi

Jika tanda-tanda yang dinyatakan ada pada anda, segeralah membuat pemeriksaan doktor dengan  melakukan Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda

CARA MENGURANGKAN PARAS KOLESTEROL TINGGI

Bagi mereka yang ingin mengurangkan paras kolesterol, perubahan dari segi gaya hidup dan cara pemakanan harus dilakukan, seperti berikut

Cara Kurangkan Paras Kolesterol

Facebook ShareTwitter ShareGoogleplus Share