Live streaming keputusan Malaysia vs China 26.3.2019 Kelayakan AFC B23

01:34 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 14 November 2019 jam 03:23 PM

Malaysia vs China 26.3.2019

Setelah memenangi dua perlawanan pada pusingan Kumpulan J peringkat kelayakan Kejohanan AFC Bawah 23 tahun, Skuad Harimau Muda bakal beraksi dalam perlawanan ketiga kumpulan di gelanggang sendiri. Perlawanan Malaysia menentang China yang merupakan pencabar terdekat pasukan negara dijadualkan pada hari Selasa, 26 Mac 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor

Kemenangan dalam pertemuan hidup mati menetang China ini bakal menjamin tempat ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di Thailand pada tahun hadapan secara langsung memberi peluang cerah pasukan negara untuk beraksi di Sukan Olimpik Tokyo tahun 2020. Malaysia memerlukan seri atau kemenangan untuk menjamin tempat ke pusingan akhir Piala AFC B23 yang bakal dianjurkan di Bangkok

Pasukan China kini mengungguli carta kedudukan Kumpulan J berkongsi pungutan mata yang sama dengan pasukan Malaysia sebanyak 6 mata dan hanya dibezakan dengan jaringan gol. Mereka telah menjaringkan sebanyak 13 gol dan tidak bolos bagi dua perlawanan sebelum ini menunjukkan skuad negara perlu lebih bersedia dari segi mental dan fizikal bagi memberi saingan kepada skuad bimbingan Guus Hiddink itu.

Kegagalan Malaysia mencatatat kemenangan selesa dalam perlawanan menentang Laos tempoh hari pastinya menghantui skuad Malasyia. Biarpun kedudukan kedua Kumpulan J sudah pasti dalam tangan, slot automatik ke Piala AFC B23 tahun 2020 masih belum terjamin berikutan jumlah gol yang sedikit berbanding pasukan di tempat kedua kumpulan lain.

Menurut carta kedudukan terkini peringkat kelayakan, slot bagi 4 pasukan terbaik dalam tempat kedua setiap kumpulan kini dimiliko oleh pasukan Australia, Myanmar, Syria dan Iran yang berada pada kedudukan selesa untuk ke peringkat seterusnya.

Skuad Harimau Muda perlu memenangi atau sekurang-kurangnya seri dalam perlawanan menentang China untuk layak ke peringkat seterusnya. Sokongan rakyat Malaysia di stadium mahupun di rumah ditagih bagi menyuntik semangat kepada para pemain dalam perlawanan mencabar ini.

Malaysia BolaChina BolaKeputusan Terkini Malaysia Vs China 26.03.2019 Kelayakan AFC B23
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang China berlangsung di  Stadium Shah Alam, Selangor pada jam 8.45 malam waktu Malaysia, hari Selasa dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena (801) dan Astro Arena HD (802).
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan pusingan Kelayakan AFC B23 diantara Malaysia lawan (lwn) China yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
MalaysiaMalaysia Logo Bola2 – 2China BolaChina
penjaring golZhu Chenjie (OG) 11′
penjaring golDanial Haqim Draman 55′
Tamat Masa Penuh ResultZhang Yuning 16′ penjaring gol
Jiang Shenglong 84′ penjaring gol
Malaysia Logo BolaChina BolaKesebelasan Pemain Malaysia Vs China 26.03.2019 Kelayakan AFC B23
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (GK); 3. Dominic Tan, 14. Syamer Kutty Abba, 8. Shahrul Nizam Ros Hasni; 20. Syahmi Safari, 6. Danial Haqim Draman, 21. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 13. R Dinesh; 10. Safawi Rasid (C), 9. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 19. Akhyar Rashid

Subs: 2. Amirul Ashraf Ariffin, 4. K Thivandaran, 5. Evan Wensley Wenceslaus, 7. Faisal Abdul Halim, 11. Jafri Firdaus Chew, 12. Ahmad Tasnim Fitri Nasir, 15. Hariz Kamarudin, 17. Nik Azli Nik Alias, 18. Izzan Syahmi Mustapa, 22. Azri Ab Ghani (GK), 23. Damien Lim (GK). N/A: 16. Danial Amier Norhisham

CHINA: 1. Chen Wei (GK), 3. Li Shenyuan, 4. Jiang Shenglong, 5. Li Yang, 7. Lin Liangming, 8. Wen Jiabao, 9. Zhang Yuning, 10. Hu Jinghang, 14. Zhu Chenjie, 17. Yang Liyu, 21. Yan Dinghao (C)

Subs: 2. Tong Lei, 6. Wu Wei, 11. Lei Wenjie, 12. Guo Quanbo (GK), 13. Guo Jing, 15. Yao Daogang, 16. Zhang Yuan, 18. Huang Cong, 19. Xu Tianyuan, 20. Cao Yongjing, 22. Kudireti Abulaiti (GK), 23. Shan Huanhuan

Malaysia Logo Bola China Bola Siaran Langsung Malaysia U23 Vs China U23 26.03.2019 
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Tunjuk LinkJadual Keputusan Dan Carta Kedudukan Malaysia Kelayakan AFC U23
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!