Live streaming keputusan Malaysia vs Filipina 29.11.2019 Sukan SEA

14:30 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 29 November 2019 jam 10:13 PM

malaysia filipina sukan sea

Skuad Bawah 22 (B-22) Malaysia akan mengharungi perlawanan kedua dalam saingan acara bola sepak Sukan SEA 2019 menentang pasukan tuan rumah iaitu Filipina. Pasukan negara harus mendapatkan kemenangan sulung dalam peringkat kumpulan ini setelah terikat satu sama ketika perlawanan pertama menentang pasukan Myanmar.

Cabaran yang kuat bakal dihadapi oleh skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee kerana pasukan Filipina juga mencari kemenangan pertama selepas seri satu sama pada perlawanan kedua kumpulan A tempoh hari. Perlawanan ini bakal memberikan tekanan kepada kedua-dua pasukan dalam mendapatkan tiga mata penuh untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Skuad negara yang merupakan campuran pemain daripada skuad senior dan skuad muda negara harus mendapatkan rentak permainan dengan segera bagi memenangi perlawanan-perlawanan akan datang. Pemain senior seperti Adam Nor Azlin, Syamer Kutty dan Akhyar Rashid perlu menunjukkan kualiti permainan terbaik kerana mereka mempunyai pengalaman bersaing di peringkat antarabangsa dalam saingan kelab mahupun ketika mewakili negara.

Manakala Skuad Filipina pula tidak boleh dipandang rendah kerana mereka menggunakan khidmat pemain senior seperti Stephan Schrock dan Amani Aguinaldo yang menguatkan barisan pertahanan dan serangan mereka. Tambahan pula, sokongan padu daripada penyokong-penyokong pasukan tuan rumah pasti akan memberi impak kepada permainan yang akan ditunjukkan oleh pasukan mereka.

SIARAN LANGSUNG KEPUTUSAN MALAYSIA VS FILIPINA 29.11.2019 SUKAN SEA 2019

Perlawanan kedua peringkat kumpulan A Sukan SEA 2019 di antara Malaysia menentang Filipina pada 29 November 2019 akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila pada jam 800 malam waktu Malaysia. Berikut adalah keputusan terkini perlawanan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung

Malaysia Bola Sukan Sea 2017 Bola FilipinaKeputusan Terkini Malaysia Vs Filipina 29.11.2019 Sukan SEA 2019
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Filipina berlangsung di  Stadium Memorial Rizal, Manila pada jam 800 malam waktu Malaysia, Jumaat dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena, TV2 dan RTM Sports HD.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan Sukan SEA 2019 diantara Malaysia lawan (lwn) Filipina yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
MalaysiaMalaysia Bola0 – 1Sukan Sea 2017 Bola Filipina Filipina
penjaring gol800 malam
penjaring golSchrock 71′
Malaysia BolaSukan Sea 2017 Bola Filipina Kesebelasan Pemain Malaysia Vs Filipina 29.11.2019 Sukan SEA 2019
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier, 14. Syamer Kutty Abba, 13. R. Dinesh; 19. Akhyar Rashid, 9. Hadi Fayyadh, 11. Nik Akif Syahiran.

Subs: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 7. Faisal Halim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 12. Luqman Hakim, 15. Umar Hakeem, 18. Damien Lim (PG).

FILIPINA:  1. Anthony Pinthus (PG), 2. Edison Suerti, 8. Dylan Alain Lucienne De Bruycker, 9. Chima Uzoka, 10. Justin Baas, 11. Yrick Gallantes, 12. Amani Manuel Aguinaldo, 14. Javier Augustine Gayoso, 15. Vincent Mar Diano, 17. Stephan Schrock (K), 18. Christian Rontini.

Subs: 3. Marco Alessandro Casambre, 4. Jordan Blair Jarvis, 5. Dennis Chung, 6. Griffin Connor McDaniel, 7. Dimitri Lionel Limbo, 13. Mariano Suba Jr, 16. Pocholo Bugas, 19. Jerome Marzan, 20. Michael Asong (PG).

Pautan Info BerkaitanINFO BERKAITAN
Sila Klik LinkSukan SEA 2019 bola sepak Malaysia jadual keputusan kedudukan terkini
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!