Live streaming Malaysia vs Kemboja 8.11.2018 Piala AFF Suzuki 2018

01:30 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 15 November 2018 jam 07:31 PM

aff1 1

Detik yang dinanti-nantikan oleh segenap penyokong Harimau Malaya hampir tiba. Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN atau lebih dikenali sebagai Piala AFF Suzuki 2018 bakal berlangsung.

Sedikit perubahan format penganjuran Piala AFF Suzuki 2018 adalah dua perlawanan dalam kumpulan akan dimainkan di tempat lawan dan baki dua perlawanan di tempat sendiri. Format ini dilaksanakan bagi tujuan menarik jumlah penyokong yang lebih ramai di setiap perlawanan dan memberi peluang yang sama rata kepada setiap pasukan untuk bermain dalam sokongan padu penyokong tempatan masing-masing

Malaysia dikatakan berada di laluan yang mudah untuk Piala AFF Suzuki 2018 berikutan bersama dengan pasukan bukan pilihan Kemboja, Laos dan Myanmar. Namun begitu Malaysia tidak harus alpa kepada pencabar terdekat iaitu pasukan Vietnam yang pernah menjuarai piala yang sama pada edisi 2008.

Perlawanan pertama Piala AFF Suzuki 2018 di antara Kemboja menentang Malaysia pada 8 November 2018 akan berlangsung di Stadium Olimpik, Phnom Penh pada jam 730 malam waktu Malaysia. Berikut adalah keputusan terkini perlawanan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung.

Malaysia BolaSukan Sea 2017 Bola KembojaKeputusan Terkini Malaysia Vs Kemboja 8.11.2018 Piala AFF Suzuki 2018
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Kemboja berlangsung di  Stadium Olimpik, Phnom Penh pada jam 730 malam waktu Malaysia, Khamis dan akan disiarkan secara langsung di saluran 801 (Astro Arena), 802 ( Astro Arena HD) dan TV2 serta FOX Sports
Siaran ulangan pada hari Jumaat, 9.11.2018 di TV1
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan Piala AFF Suzuki 2018 diantara Malaysia lawan (lwn) Kemboja yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
MalaysiaMalaysia Logo Bola1 – 0Kemboja Logo BolaKemboja
penjaring golNorshahrul Idlan Talaha 30′Tamat Masa Penuh Resultpenjaring gol
Malaysia Logo BolaKemboja Logo BolaKesebelasan Pemain Malaysia Vs Kemboja 8.11.2018 Piala AFF Suzuki 2018
MALAYSIA: 22. Khairul Fahmi Che Mat (GK); 4. Syahmi Safari, 7. Aidil Zafuan Abd Radzak, 3. Shahrul Saad, 6. Syazwan Andik Ishak; 12. Akram Mahinan, 14. Syamer Kutty Abba; 13. Mohamadou Sumareh, 9. Norshahrul Idlan Talaha, 11. Safawi Rasid; 8. Zaquan Adha Abd Radzak (C)

Substitute: 1. Farizal Marlias (GK), 2. Amirul Azhan Aznan, 5. Adam Nor Azlin, 10. Shahrel Fikri Md Fauzi, 15. Kenny Pallraj, 16. Syazwan Zainon, 17. Irfan Zakaria, 18. Syafiq Ahmad, 19. Akhyar Rashid, 20. Ahmad Hazwan Bakri, 21. Nazirul Naim Che Hashim, 23. Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy (GK)

KEMBOJA: 22. Um Vichet (GK), 4. Sareth Krya, 5. Soeuy Visal (C), 9. Keo Sokpheng, 10. Kouch Sokumpheak, 11. Chan Vathanaka, 12. Sos Suhana, 14 . Reung Bunheing, 19. Cheng Meng, 20. Brak Thiva, 25. Hong Pheng

Substitute: 1. Chea Vansak (GK), 2. Sath Rosib, 3. Nen Sothearoth, 7. Prak Mony Udom, 8. Orn Chanpolin, 15 . Tith Dina, 16 . Sin Kakada, 17 . Chhin Chhoeun, 18. Sor Piseth, 21. Keo Soksela (GK), 23. Thierry Chantha Bin, 24. Kouch Dani 

Pautan Info BerkaitanINFO BERKAITAN
Sila Klik LinkPiala AFF Suzuki 2018 Malaysia Jadual Keputusan dan Kedudukan Carta