Live streaming keputusan Malaysia vs Korea Utara 13.11.2017

02:13 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 13 November 2017 jam 10:35 PM

Keputusan Live Malaysia Korea Utara 13 November 2017

Skuad Harimau Malaya meneruskan aksi kelayakan akhir (peringkat ketiga) Kumpulan B Piala Asia 2019 menentang pasukan Korea Utara (Democratic People’s Republic of Korea) dalam perlawanan yang telah dijadual berlangsung pada hari Isnin, 13 November 2017

Secara matematiknya, Harimau Malaya masih mempunyai peluang tipis untuk layak ke Piala Asia 2019 tetapi dengan syarat perlu bangkit dengan mencipta kemenangan pada perlawanan ini dan seterusnya

Sebelum ini Malaysia tewas 1-4 kepada Korea Utara pada aksi pertama. Keputusan tersebut menyaksikan ketua jurulatih Skuad Harimau Malaya, Nelo Vingada perlu mencari formula baharu untuk membantu negara layak ke pentas Piala Asia 2019

Sekiranya tewas lagi kepada Korea Utara, peluang skuad Harimau Malaya untuk ke Piala Asia 2019 tertutup rapat

Setakat mengharungi empat perlawanan, skuad Harimau Malaya masih belum mencatat sebarang kemenangan

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya kini menduduki tangga tercorot Kumpulan B bagi kelayakan Piala Asia 2019 apabila sekadar mengutip satu mata sepanjang mengharungi empat perlawanan

Pasukan Lebanon muncul sebagai pendahulu Kumpulan B dengan sepuluh mata, manakala Hong Kong dan Korea Utara berkongsi mata dikedudukan kedua dan ketiga (5 mata) selepas beraksi empat perlawanan

Aksi kelayakan Piala Asia 2019 antara Korea Utara dan Malaysia sebelum ini tertangguh tiga kali ekoran situasi semasa di Pyongyang yang tidak selamat menyaksikan perlawanan terpaksa diadakan di gelanggang berkecuali

Malaysia BolaKorea Utara BolaKeputusan Terkini Malaysia Vs Korea Utara 13.11.2017 Kelayakan Piala Asia 2019
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Korea Utara berlangsung di Stadium i-mobile, Buriram, Thailand bermula pada jam 8:00 malam, Isnin mengikut waktu di Malaysia
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan kumpulan B pusingan 3 kelayakan Piala Asia 2019 membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Korea Utara yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
MalaysiaMalaysia Logo Bola1 – 4North Korea FA LogoDPR Korea
penjaring gol85′ Safawi RasidTamat Masa Penuh Result 70x13penjaring gol15′penjaring gol20′penjaring gol44′┬áKim Yu-Song
penjaring gol79′┬áPak Kwang-Ryong
YouTube Live HighlightVIDEO RANGKUMAN GOL PERLAWANAN MALAYSIA VS NORTH KOREA AKSI KELAYAKAN PIALA ASIA 2019
Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Sila Klik LinkJadual Penuh Keputusan Dan Kedudukan Carta Malaysia Kelayakan Piala Asia 2019