Live streaming keputusan Malaysia vs Laos 24.3.2019 Kelayakan AFC B23

21:52 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 26 Mac 2019 jam 01:36 AM

Malaysia vs Laos 24.3.2019 Kelayakan AFC B23

Pasukan bawah 23 tahun Malaysia meneruskan kempen pusingan kelayakan bagi Kejohanan AFC B-23 dengan menentang Laos yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam. Kemenangan pada perlawanan ini akan mencerahkan peluang skuad Harimau Muda dalam menjamin sekurang-kurangnya kedudukan tangga kedua bergantung kepada keputusan perlawanan pasukan lain.

Pasukan negara membuka tirai dalam kejohanan ini dengan langkah kanan setelah membenam Filipina pada perlawanan pertama dan kini berada di tangga kedua dalam Kumpulan J dibezakan dengan kelebihan gol berbanding pendahulu kumpulan

Malaysia diramal mempunyai peluang agak cerah untuk ke peringkat seterusnya setelah diundi bersama pasukan Filipina, Laos dan China dalam Kumpulan J. Perlawanan menentang Laos dianggap sebagai perlawanan yang wajib dimenangi Malaysia kerana China akan menanti pada perlawanan terakhir. Slot automatik ke pusingan seterusnya akan diberikan kepada juara dan 4 naib juara terbaik.

Skuad negara dilihat mempunyai kelebihan berbanding Laos kerana dibarisi beberapa bintang muda ASEAN seperti Safawi Rashid dan Akhyar Rashid yang dapat mengucar-kacirkan benteng lawan dengan gelecekan dan gerakan pantas mereka. Pemain-pemain ini juga telah berjaya membuat penampilan bagi skuad senior Malaysia yang kini berada di ranking 167 berbanding Laos yang berada di ranking 184 dunia.

Aksi perlawanan Malaysia menentang Laos pastinya menjadi tumpuan penyokong skuad di bawah kendalian Datuk Ong Kim Swee yang akan memberi sokongan padu kepada skuad Malaysia apatah lagi apabila beraksi di tanah air sendiri. Perlawanan seterusnya bagi Skuad Harimau Muda bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada hari Ahad,24 Mac 2019 menentang pasukan Laos

Malaysia BolaSukan Sea 2017 Bola LaosKeputusan Terkini Malaysia Vs Laos 24.03.2019 Kelayakan AFC B23
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Laos berlangsung di  Stadium Shah Alam, Selangor pada jam 8.45 malam waktu Malaysia, Ahad dan akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen di Malaysia.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan pusingan Kelayakan AFC B23 diantara Malaysia lawan (lwn) Laos yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
MalaysiaMalaysia Logo Bola1 – 0laos faLaos
 penjaring gol Safawi Rashid 81′Tamat Masa Penuh Result
Malaysia Logo Bolalaos faKesebelasan Pemain Malaysia Vs Laos 24.03.2019 Kelayakan AFC B23
MALAYSIA:  1. Haziq Nadzli (GK); 3. Dominic Tan (C), 14. Syamer Kutty Abba, 5. Evan Wensley Wenceslaus; 20. Syahmi Safari, 6. Danial Haqim Draman, 4. K Thivandaran, 13. R Dinesh; 7. Faisal Abdul Halim, 17. Nik Azli Nik Alias, 19. Akhyar Rashid

Substitute: 2. Amirul Ashraf Ariffin, 8. Shahrul Nizam Ros Hasni, 9. Hadi Fayyadh Abdul Razak, 10. Safawi Rasid, 11. Jafri Firdaus Chew, 12. Ahmad Tasnim Fitri Nasir, 15. Hariz Kamarudin, 18. Izzan Syahmi Mustapa, 21. Nik Akif Syahiran Nik Mat, 22. Azri Ab Ghani (GK), 23. Damien Lim (GK). N/A: 16. Danial Amier Norhisham.

LAOS: 20. Xaysavath Souvanhnasok (GK), 3. Kaharn Phetsivilay, 6. Kittisak Phomvongsa, 7. Vanna Bounlovongsa, 8. Aphixay Thanakhanty, 10. Somxay Keohanam, 16. Xayasith Singsavang, 17. Bounphachan Bounkong, 19. Somlith Sengvanny, 21. Vannasone Douangmaity, 23. Lathasay Lounlasy (C).

Substitute: 1. Solasak Thilavong (GK), 2. Bounphithak Chanthalangsy, 4. Songkan Sichanthavong, 5. Anoulack Vannalath, 9. Akkhom Thoranin, 11. Chansamone Phommalivong, 12. Mek Insoumang, 13. Soulivanh Nivone, 14. Kiengthavesak Xayxanapanya, 15. Chitpasong Latthachack, 18. Keo Oudone (GK), 22. Chony Wenpaserth.

 

Pautan Info BerkaitanInfo Berkaitan
Tunjuk LinkJadual Keputusan Dan Carta Kedudukan Malaysia Kelayakan AFC U23