Live streaming keputusan Malaysia Vs Myanmar 25.11.2019 Sukan SEA

11:34 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 25 November 2019 jam 06:02 PM

malaysia vs myanmar sukan sea

Cabaran menanti pasukan kebangsaan bawah 22 tahun(B-22) negara apabila bakal menentang pasukan Myanmar sebagai perlawanan pembuka tirai acara bola sepak dalam saingan Sukan SEA 2019. Pasukan Malaysia sekali lagi di bawah bimbingan Datuk Ong Kim Swee telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama pasukan tuan rumah, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste.

Pengendali pasukan B-22 negara mempunyai kesukaran dalam menyenarai pendek skuad seramai 20 orang dalam pasukan untuk kejohanan kali ini kerana pemain-pemain negara semakin cemerlang dalam kejohanan antarabangsa dan juga saingan tempatan. Justeru, pemain-pemain yang dipilih harus memberikan 100% dalam perlawanan apabila diturunkan kerana telah diberi kepercayaan untuk memberikan persembahan terbaik dan seterusnya memenangi setiap perlawanan.

Selepas aksi Kelayakan Piala AFC Bawah 19 tahun yang cemerlang ditunjukkan oleh skuad bimbingan Brad Maloney serta kemenangan berturut-turut dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 oleh skuad senior negara, penyokong-penyokong bola sepak tanah air pasti mengimpikan kemenangan. Pemain-pemain yang rata-rata menyertai kedua-dua kejohanan tersebut perlu meneruskan momentum kemenangan dan menunjukkan permainan yang cemerlang dalam merangkul ibu segala pingat bagi saingan sukan dwitahunan yang berprestij di rantau Asia Tenggara ini.

Pasukan B-22 negara akan bertanding di venue utama acara bola sepak Sukan SEA 2019 iaitu di Stadium Memorial Rizal, Manila dalam kesemua aksi perlawanan peringkat kumpulan.  Pasukan negara harus mendapatkan tempat pertama atau kedua dalam kumpulan bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Perlawanan separuh akhir akan berlangsung pada 7 Disember 2019 dan perlawanan penentuan pingat emas, perak dan gangsa akan berlangsung pada 10 Disember 2019 sehari sebelum hari terakhir Sukan SEA 2019 yang telah mencecah usia penganjuran kali ke 30 ini.

SIARAN LANGSUNG KEPUTUSAN MALAYSIA VS MYANMAR 25.11.2019 SUKAN SEA 2019

Perlawanan pertama peringkat kumpulan A Sukan SEA 2019 di antara Malaysia menentang Myanmar pada 25 November 2019 akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila pada jam 400 petang waktu Malaysia. Berikut adalah keputusan terkini perlawanan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung

Malaysia Bola Sukan Sea 2017 Bola MyanmarKeputusan Terkini Malaysia Vs Myanmar 25.11.2019 Sukan SEA 2019
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Myanmar berlangsung di  Stadium Memorial Rizal, Manila pada jam 400 petang waktu Malaysia, Isnin dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena.
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan Sukan SEA 2019 diantara Malaysia lawan (lwn) Myanmar yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
MalaysiaMalaysia Bola1 – 1Myanmar Team Bola Sepak Myanmar
penjaring golHadi Fayyadh 24′Tamat Masa Penuh Resultpenjaring golSoe Moe 13′
Malaysia BolaSukan Sea 2017 Bola Myanmar Kesebelasan Pemain Malaysia Vs Myanmar 25.11.2019 Sukan SEA 2019
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier, 14. Syamer Kutty Abba, 15. Umar Hakeem; 19. Akhyar Rashid, 9. Hadi Fayyadh, 12. Luqman Hakim.

Subs: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 7. Faisal Halim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 11. Nik Akif Syahiran, 13. R. Dinesh, 18. Damien Lim (PG).

MYANMAR: 3. Ye Min Thu, 4. Soe Moe Kyaw, 5. Ye Yint Aung, 6. Hlaing Bo Bo (K), 7. Lwin Moe Aung, 8. Myat Kaung Khant, 12. Aung Wunna Soe, 13. Aung Kaung Mann, 15. Aung Naing Win, 18. Sann Sat Naing (PG), 19. Htet Phyoe Wai.

Subs: 1. Soe Arkar (PG), 2. Win Moe Kyaw, 9. Si Thu Aung, 10. Win Naing Tun, 11. Zin Min Tun, 14. Thu Rein Soe, 16. Kaung Htet Soe, 17. Soe Lwin Lwin, 20. Nay Moe Naing. 

 

Pautan Info BerkaitanINFO BERKAITAN
Sila Klik LinkSukan SEA 2019 bola sepak Malaysia jadual keputusan kedudukan terkini
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!