Live streaming keputusan Malaysia vs Thailand 17.9.2017

12:44 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 06:30 PM

Keputusan Live Malaysia U18 Thailand 17 September 2017

Skuad bawah 18 tahun (B-18) Malaysia, membuat perhitungan dalam perlawanan akhir (final) kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-18 dengan menentang pasukan Thailand yang telah dijadual berlangsung pada hari Ahad, 17 September 2017

Malaysia la­yak ke pentas final Piala AFF B-18 apabila menyingkirkan pasukan tuan rumah, Myanmar menerusi kemenangan penentuan sepakan pe­nalti 5-4 selepas terikat tanpa jaringan pada masa perlawanan sebenar

Sebagai rekod, Malaysia belum pernah muncul juara dalam Kejohanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-18 walaupun pernah melangkah ke final sebanyak empat kali iaitu pada tahun 2003, 2005, 2006 dan 2007

Perlawanan akhir Piala AFF B-18 membabitkan Malaysia lawan Thailand pastinya akan menjanjikan aksi terbaik di padang selain menjadi tumpuan seluruh peminat sukan rantau Asia Tenggara terutamanya dalam kalangan penyokong kedua-dua pasukan

Malaysia U19Thailand U18Keputusan Terkini Malaysia Vs Thailand 17.8.2017 Final Piala AFF U18
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Thailand berlangsung di Stadium Thuwunna, Yangon bermula pada jam 7:30 malam, Ahad mengikut waktu di Malaysia
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan akhir Kejuaraan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) B-18 membabitkan pasukan Malaysia lawan (lwn) Thailand yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh
MalaysiaBola Malaysia U180 – 2Bola Thailand U18Thailand
Tamat Masa Penuh Resultpenjaring gol48′ Ekanit Panya
penjaring gol50′ Kritsada Kaman