Live streaming keputusan Malaysia Vs Timor Leste 2.12.2019 Sukan SEA

15:34 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 2 Disember 2019 jam 10:02 PM

malaysia timor leste

Pasukan kebangsaan bawah 22 tahun(B-22) negara akan menghadapi perlawanan ketiga dalam peringkat kumpulan apabila bakal menentang pasukan Timor Leste bagi acara bola sepak dalam saingan Sukan SEA 2019. Pasukan B-22 Malaysia telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama pasukan tuan rumah, Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste. Jadual perlawanan yang padat bakal mencabar kemampuan fizikal setiap pemain dalam pasukan untuk memastikan tahap kecergasan mereka berada dalam keadaan terbaik bagi mengharungi setiap perlawanan

Pasukan B-22 Malaysia perlu terus menunjukkan permainan terbaik dan memenangi perlawanan ini bagi mengutip tiga mata penuh dan seterusnya bersaing bagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Saingan yang kuat diberikan oleh pasukan seperti Myanmar, Filipina dan Kemboja perlu dihentikan oleh pasukan negara dengan memenangi perlawanan ini dengan jumlah jaringan yang banyak dan tidak bolos serta menang ke atas pasukan Kemboja pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan A

Pengalaman dan kudrat pemain senior negara yang cemerlang sepanjang musim bersama kelab dan ketika mewakili negara diperlukan oleh Datuk Ong Kim Swee bagi memimpin pasukan Malaysia untuk mara ke peringkat seterusnya. Kehadiran pemain muda negara seperti Luqman Hakim, Umar Hakeem dan Harith Haiqal yang beraksi cemerlang pada Pusingan Kelayakan Piala AFC Bawah 19 tempoh hari mampu menjadi tunjang pasukan negara dalam mencipta kemenangan pada perlawanan ini dan akan datang

Pasukan Timor Leste yang telah kalah dalam dua perlawanan sebelum ini pasti menginginkan kemenangan pertama buat mereka dalam saingan Sukan SEA edisi ke 30. Justeru, pengendali pasukan B-22 negara harus berhati-hati sekiranya ingin melakukan penukaran pemain utama bagi merehatkan mereka untuk perlawanan seterusnya dan memastikan pemain yang diberikan minit perlawanan supaya beraksi dengan baik serta mendapatkan kemenangan yang selesa

SIARAN LANGSUNG KEPUTUSAN BOLA SEPAK MALAYSIA VS TIMOR LESTE 2.12.2019 SUKAN SEA 2019

Perlawanan ketiga peringkat kumpulan A Sukan SEA 2019 di antara Malaysia menentang Timor Leste pada 2 Disember 2019 akan berlangsung di Stadium Memorial Rizal, Manila pada jam 800 malam waktu Malaysia. Berikut adalah keputusan terkini perlawanan yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa sepanjang perlawanan berlangsung

Malaysia Bola Sukan Sea 2017 Bola Timor LesteKeputusan Terkini Malaysia Vs Timor Leste 2.12.2019 Sukan SEA 2019
Perlawanan di antara pasukan Malaysia menentang Timor Leste berlangsung di  Stadium Memorial Rizal, Manila pada jam 800 malam waktu Malaysia, Isnin dan akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Arena, TV2 dan RTM Sports HD
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan Sukan SEA 2019 diantara Malaysia lawan (lwn) Timor Leste yang akan dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh.
MalaysiaMalaysia Team4 – 0Timor Leste Team Timor Leste
penjaring golFilomeno 5′ OG
penjaring golHadi Fayyadh 34′, 44′
penjaring golAkhyar Rashid 81′
800 malampenjaring gol
Malaysia BolaSukan Sea 2017 Bola Timor Leste Kesebelasan Pemain Malaysia Vs Timor Leste 2.12.2019 Sukan SEA 2019
MALAYSIA: 1. Haziq Nadzli (PG); 3. Dominic Tan, 17. Irfan Zakaria, 2. Adam Nor Azlin (K); 20. Syahmi Safari, 16. Danial Amier, 14. Syamer Kutty Abba, 15. Umar Hakeem; 12. Luqman Hakim, 9. Hadi Fayyadh, 7. Faisal Halim.

Subs: 4. Quentin Cheng, 5. Harith Haiqal, 6. Danial Haqim, 8. Shahrul Nizam, 10. Kogileswaran Raj, 11. Nik Akif Syahiran, 13. R. Dinesh, 18. Damien Lim (PG), 19. Akhyar Rashid.

TIMOR LESTE: 2. Juliao Dos Reis Mendonca, 4. Candido De Oliveira, 6. Nataniel Dos Reis (K), 9. Edit Savio, 10. Henrique W. Da C. Martins, 15. Armindo Almeida, 17. Elias Mesquita, 18. Filomeno Junior Da Costa, 20. Fagio Pereira (PG), 21. Frangcyatma Alves Ima Kefi, 22. Nelson Sarmento Viegas.

Subs:  1. Aderito Raul Fernandes (PG), 3. Jose Guterres Silva, 5. Joao Panji Dos S. Soares, 7. Rufino Gama, 8. Joao Pedro Da Silva Freita.

Pautan Info BerkaitanINFO BERKAITAN
Sila Klik LinkSukan SEA 2019 bola sepak Malaysia jadual keputusan kedudukan terkini
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!
Sertai channel rasmi MYSumber.
Informasi terkini terus ke telefon anda!