Pasukan bola sepak Malaysia telah mengharungi lima perlawanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022. Malaysia telah berjaya meraih tiga kemenangan dan dua kekalahan sekaligus meletakkan Malaysia di kedudukan kedua dalam kumpulan. Seterusnya pasukan kebangsaan akan menentang Pasukan Kebangsaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang merupakan wakil Asia Barat dalam kumpulan G.
Bagi perlawanan keenam dalam kumpulan G, live streaming perlawanan ini akan berlangsung pada 4 Jun 2021 (Jumaat) jam 12.45 pagi, bertempat di Stadium Zabeel, Dubai. Baki perlawanan juga akan dilangsungkan di Dubai sebagai venue berkecuali untuk mengelakkan penularan Covid-19.
Pertemuan terakhir menentang UAE menunjukkan kemampuan pemain kita untuk bersaing walaupun kalah 1-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Berbeza dengan perlawanan ini, pasukan kebangsaan akan bermain dengan beberapa muka baharu yang mampu menjadi pemangkin kejayaan pasukan negara dalam mendapat 3 mata penuh.
Live Streaming Malaysia VS UAE Kelayakan Piala Dunia 2022
Percaturan strategi yang berbeza mungkin akan menjadi taruhan jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe kerana UAE pasukan yang mempunyai kelebihan fizikal dan teknikal maka pendekatan yang berbeza diperlukan berbanding melawan Indonesia. Dengan kehadiran Guilherme de Paula di bahagian serangan serta Dion Cools di bahagian pertahanan Harimau Malaya maka tidak mustahil untuk pasukan negara memberi tentangan yang baik kepada UAE.
Sekiranya berjaya menamatkan saingan di kedudukan dua terbaik kumpulan, Harimau Malaya secara automatik akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 sekaligus mengesahkan tempat di Piala Asia 2023
Keputusan Terkini Malaysia VS UAE Kelayakan Piala Dunia 2022 4.6.2021
Perlawanan pertama bagi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022 antara Malaysia dengan UAE bakal berlangsung di Stadium Zabel, Dubai pada 4 Jun, Jumaat bermula jam 12.45 pagi waktu tempatan
Berikut adalah keputusan semasa bagi perlawanan antara Malaysia dan UAE yang akan dikemaskini secara langsung bermula sepak mula sehingga tamat masa penuh
UAE | 4 – 0 | Malaysia |
Ali Mabhout ’19 Fabio Lima ’83 Ali Mabhout ’91 Fabio Lima ’93 | Fulltime |
Kesebelasan Pemain Malaysia VS UAE Kelayakan Piala Dunia 2022 4.6.2021
Malaysia: 1. Farizal Marlias (GK); 2. Matthew Davies, 7. Aidil Zafuan (C), 5. Dion Cools, 7. La’Vere Corbin-Ong; 10. Liridon, 8. Nor Azam Abdul Azih; 13. Mohamadou Sumareh, 14. Syamer Kutty, 11. Safawi Rasid; 16. De Paula.
UAE: 1. Ali Khasif (GK), 4. Shahen Abdulrahman, 3. Walid Abbas (C), 9. Bandar Al-Ahbabi 21. Mahmoud Khamis 5. Ali Salmin, 7. Ali Ahmed Mabkhout, 18. Abdalla Ramadan 10. Khalfan Mubarak, 15. Fabio Lima, 14. Khalil Ibrahim
Live Streaming UAE Vs Malaysia (4.6.2021)
Aksi perlawanan peringkat Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara pasukan kebangsaan Malaysia menentang United Arab Emirates (UAE) akan disiarkan secara siaran langsung di Astro Arena saluran 801/ 802 HD dan RTM TV1 seawal jam 12.30 malam bermula dengan siaran pra-rancangan dan sepak mula perlawanan bermula jam 12.45
Info Berkaitan