Persembahan Peserta Maharaja Lawak Mega 2021 Minggu 10 Final

Hiburan

Hiburan

Aksi gelanggang Empayar Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 kini berada di minggu ke 10 (final) pada hari Jumaat 17 Disember 2021, dengan membabitkan lima (5) peserta semuanya berkumpulan yang akan beraksi mempertaruhkan persembahan akhir masing-masing

Terdahulu, pada minggu ke-9 (separuh akhir) bertemakan Konti Radio dan Hobi satu penyingkiran dibuat oleh juri tetap program Maharaja Lawak Mega 2021 iaitu Kumpulan Otai yang terdiri daripada Azlee Senario, Ieda Moin dan Acong

Program Maharaja Lawak Mega 2021 Minggu 10 (akhir) yang diriuhkan lagi oleh pengacara Dato’ AC Mizal berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) bermula jam 900 malam turut disiarkan di saluran Astro Warna (107) dan Astro Warna HD (104)

Tonton Video Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM) Minggu 10 Final

Kepada peminat yang terlepas menonton di waktu sebenar siaran boleh menonton semula persembahan minggu 10 aksi final mencuitkan hati serta menghiburkan daripada kesemua peserta Maharaja Lawak Mega 2021 yang membuat persembahan akhir mereka

Tema

  • Bebas dan Musikal

Sila Klik : Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega 2021 minggu final

Peserta

  1. Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik, Shashic)
  2. Puteh (Mamak, Vicha, Ali)
  3. Tobat (Bell Ngasri, Ropie, Ajak Shiro)
  4. Boro (Achey, Atu, Fad)
  5. Tiro (Sharif Botak, Syaiful Melati, Danial Zaini)

Anugerah Lawak Pedas Tak Ingat Minggu 10 (Akhir)

  • Tiro

Keputusan Pemenang Dan Juara Maharaja Lawak Mega 2021 Final

  • Juara : Tiro (RM500,000)
  • Naib Juara : Puteh (RM250,000)
  • Ketiga : Boro (RM150,000)
  • Keempat : Bahye (RM50,000)
  • Kelima : Tobat (RM15,000)

Semua pemenang turut menerima sebuah trofi sumbangan Astro

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan