Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2021 MLM

Hiburan

Hiburan

Aksi lawak komedi membabitkan barisan pelawak popular tanah air dengan gandingan lama dan terbaharu kini meletus apabila program lawak terulung iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 akan kembali menemui penonton bermula 15 Oktober 2021.

Peserta yang bertanding dalam program Maharaja Lawak Mega edisi kali ini adalah terdiri daripada 32 peserta yang telah membentuk 11 kumpulan. Datuk AC Mizal juga telah diberi tanggungjawab untuk mengacara rancangan ini buat kali kesembilan secara berturut-turut.

Uniknya, musim kali ini menampilkan gabungan pelawak dalam kumpulan baharu dan gandingan Zero tidak bersama lagi dalam satu kumpulan. Barisan juri seramai empat orang akan diperkenalkan pada minggu pertama MLM2021.

Siaran Langsung Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021 Astro Warna

Maharaja Lawak Mega 2021 bersiaran secara langsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada setiap hari Jumaat bermula jam 9.00 malam selama 10 minggu berturut-turut dan disiarkan di saluran Astro Warna dan Warna HD

Minggu pertama MLM 2021 akan bersiaran secara langsung pada 15 Oktober 2021, Jumaat, 9.00 malam di saluran Astro Warna dan Warna HD.

Kesemua siaran boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand

Format

Maharaja Lawak Mega musim baharu akan menggunakan format yang akan dikemaskini. Seperti sebelum ini iaitu sistem pemarkahan dikekalkan dengan format 70 peratus daripada juri tetap dan baki 30 peratus lagi adalah daripada undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) dengan menaip MLNama Peserta atau ML<3/5/10/20>Nama Peserta untuk 3/5/10/20 undian ke 32777. Undian juga boleh dibuat di platform rakan digital, Gempak di www.gempak.com/maharajalawakmega

Pelawak Terkenal

Maharaja Lawak Mega tahun ini juga menyaksikan kemunculan nama-nama pelawak terkenal tanah air seperti Azlee, Ropie dan Bell yang mewakili kumpulan masing-masing serta 2 bekas juara MLM iaitu Achey, Fad dan Atu  pastinya akan mempamerkan persembahan bertenaga dan terbaik di sepanjang MLM 2021 kali ini

Hadiah

  • Juara MLM 2021 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM500,000 manakala naib juara, RM250,000 dan tempat ketiga RM150,000 berserta trofi
  • Tempat keempat dan kelima pula masing-masing bakal menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 beserta trofi

Jadual Siaran

Bersiaran selama 10 minggu pada setiap Jumaat, pukul 9 malam bermula 15 Oktober 2021 dan disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran Astro Warna HD (107) dan juga boleh distrim melalui Astro GO dan On Demand

Live Streaming MLM 2021

  • Minggu 10 (Final) :  Tema – Bebas & Muzikal

Senarai Penuh Peserta MLM 2021 Maharaja Lawak Mega

Berikut adalah senarai rasmi peserta Maharaja Lawak Mega 2021 yang terdiri daripada 32 peserta iaitu 11 kumpulan

  1. Boro : Achey, Atu dan Fad
  2. Tiro : Danial, Sharif dan Syaiful
  3. Puteh : Mamak, Vicha dan Ali
  4. 3Otak : Phoon Chi Ho, Faarid Azmier dan Prakash Daniel
  5. R&R : Man dan Rahim
  6. Tobat : Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie
  7. Otai : Azlee, Ieda Moin dan Acong
  8. Orix : Yassin, Abu Mamu dan Achok
  9. Cawan : Aliff, Wan Gegau dan Che Mat
  10. Bahye : Zahid, Nizam dan Shashic
  11. Taici : Chiwan, Tapai dan Ilham

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2021 MLM

Program Maharaja Lawak Mega 2021 yang dinantikan oleh peminat akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam ditayangkan menerusi Astro Warna HD (107) dan boleh distrim melalui Astro GO dan On Demand

Keputusan Penyingkiran Mingguan MLM

Klik Siapa Yang Tersingkir

Klik Keputusan Juara MLM 2021

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan