MyCensus : Login Sistem e-Census Jawab Soalan Banci 2020

Informasi

Informasi

Malaysia melaksanakan bancian atau pengiraan penduduk di semua kawasan perumahan dan kediaman di seluruh negara setiap 10 tahun sekali. Tahun ini merupakan tahun tersebut iaitu Banci 2020 yang merupakan banci keenam sejak penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Banci 2020 akan dilaksanakan secara atas talian atau online melalui portal yang dikenali sebagai MyCensus dengan Login ke Sistem e-Census Jawab Soalan Banci 2020

Kaedah pengumpulan maklumat banci secara atas talian (online) telah diperkenalkan menerusi Portal Banci serta aplikasi mudah alih di telefon pintar. Menurut Akta Banci 1960 (disemak 1969) semua orang awam diwajibkan untuk mengambil bahagian serta menjawab semua soalan banci. Pengumpulan data banci yang terkini penting untuk penyediaan perancangan pembangunan Negara

Maklumat yang diperoleh ini akan digunakan bagi merancang, menggubal dan melaksanakan polisi Kerajaan Malaysia. Ianya perlu bagi tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat pada masa depan. Jadi adalah mustahak setiap rakyat Malaysia untuk memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan agar nasib generasi akan datang lebih terjamin.

Setiap individu boleh menjalankan tanggungjawab Banci 2020 secara online menerusi kaedah e-Census. Kaedah ini merupakan pengisian soal selidik secara atas talian oleh responden. Bagi melengkapkan borang e-Census, poskad yang terkandung panduan mengisi dan pautan e-Censes di Portal Banci akan dihantar ke tempat kediaman masing-masing. Selepas itu, responden boleh mengisi soal selidik Banci 2020 secara online sahaja

MyCensus Portal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020

Bagi rakyat Malaysia yang ingin menjalankan tanggungjawab dengan mengambil bahagian dalam Banci 2020, berikut adalah cara untuk log masuk atau Login ke Sistem e-Census Jawab Soalan Banci 2020 serta maklumat lain yang berkaitan

Tarikh Pelaksanaan Banci 2020

Berdasarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (Department Of Statistics Malaysia) iaitu organisasi kerajaan yang bertanggungjawab menyelaras Banci 2020, pelaksanaan Banci 2020 dibahagikan kepada dua fasa dan akan dijalankan pada tarikh berikut:

  1. Fasa Pertama (secara online) : 7 Julai 2020 hingga 30 September 2020 Disambung semula pada 7 Oktober 2020 sehingga 21 Disember 2020.
    • Tarikh Penghantaran Poskad Banci Rumah ke Rumah : 6 Julai – 24 Julai 2020
    • Tarikh Pra Pendaftaran e-Census : 6 Julai – 23 September 2020
    • Tarikh Pengisian e-Census : 7 Julai – 30 September 2020
  2. Fasa Kedua (secara temu ramah bersemuka) : 7 Oktober 2020 hingga 24 Oktober 2020 dijadualkan semula kepada 20 Januari 2021 sehingga 6 Februari 2021

Prosedur Banci 2020

Berikut adalah proses atau prosedur bagi Banci 2020 Mod e-Census:

i) Poskad Mengandungi Invitation Code

Seperti dimaklumkan, poskad Banci 2020 akan diedarkan bermula 6 Julai 2020 ke rumah masing-masing. Poskad tersebut akan memaparkan Invitation Code seperti gambar di bawah:

Informasi

ii) Poskad Tidak Diterima Atau Gagal Terima

Sekiranya penduduk tidak menerima poskad tersebut, sila dapatkan Invitation Code menerusi Pra Pendaftaran e-Cencus 2020 seperti pautan berikut:

Setelah mengisi Pra Pendaftaran e-Census, responden akan menerima kod jemputan menerusi emel yang didaftarkan dan boleh login ke sistem e-Census

Informasi

Cara Log Masuk Sistem e-Census Jawab Soalan Banci 2020

Berikut adalah cara untuk Login ke Sistem e-Census bagi menjawab soal selidik Banci 2020:

  1. Layari laman Web e-Cencus: https://ecensus.mycensus.gov.my/landing
  2. Klik Butang ‘Pengguna Kali Pertama’ bagi mendaftar e-Census
  3. Masukkan nama penuh, alamat emel serta nombor telefon
  4. Isikan Invitation Code yang diperolehi dan klik ‘Daftar’
  5. One Time Password (OTP) akan dihantar secara SMS ke no. telefon yang didaftarkan dan klik ‘Log Masuk’
  6. Isikan Nombor Pengenalan Diri yang sah dan klik butang ‘Seterusnya’
  7. Sila jawab SEMUA soalan dan klik ‘Seterusnya’ dan SAHKAN
  8. Notifikasi akan dihantar menerusi Emel kepada responden

Siapakah Yang Akan dan Tidak Akan Dibanci

Bagi mengetahui siapakan yang akan dibanci dan tidak akan dibanci, sila rujuk pautan berikut:

Informasi

Informasi

Maklumat Lanjut

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai Banci 2020, sila hubungi talian bantuan atau rujuk pautan seperti di bawah:

Related : 9.0 with resolution 1366×768 saya akak banci selamat datang pengguna sila masukkan nama nombor telefon dan alamat emel untuk memulakan sesi chat resolution 1366×768 or higher mozilla firefox and internet google chrome mozilla firefox firefox and internet explorer copyright 2020 department of statistics malaysia anda boleh bertanya apa apa perkara mengenai mycensus 2020 dan saya akan cuba mendapatkan jawapan dari gedung ilmu atas talian population and housing census internet explorer 9.0 explorer 9.0 with resolution 6013-772 2020 viewed using google chrome, 9.0 with resolution 1366×768 resolution 1366×768 or higher, 9.0 with resolution 1366×768 resolution 1366×768 or higher

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan