Borang permohonan Mylesen JPJ 2016 bantuan lesen motosikal

04:41 MYredaksi

Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 20 Mac 2017 jam 08:31 AM

Borang Mylesen JPJ

Pengguna jalan raya yang berusia 16 tahun ke atas terutamanya pelajar sekolah boleh memiliki lesen motosikal dengan kos lebih murah apabila Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melancarkan Program myLesen yang terbaharu

Sebagai makluman, harga sebenar atau semasa bagi mendapatkan lesen memandu motosikal bawah 250 cc (kelas B2) adalah sekitar RM350

Dengan program Mylesen, harga berkenaan jauh lebih murah sekali gus membantu golongan yang berpendapatan rendah selain menggalakkan mereka yang tidak memiliki lesen motosikal, mendapatkan lesen

BORANG PENDAFTARAN MYLESEN JPJ 2016 BANTUAN LESEN MOTOSIKAL

Program myLesen adalah antara pendekatan alternatif JPJ untuk mengurangkan kadar kemalangan kerana mereka yang menyertai program itu (penunggang motosikal) akan diajar mengenai kaedah penunggangan selamat dan undang-undang jalan raya sebelum diberi lesen

Objektif Program MyLesen – 1Rakyat 1Lesen
Meningkatkan tahap kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya menunggang tanpa lesen memandu yang sah
Merealisasikan sasaran kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan motosikal melalui program peningkatan taraf pengetahuan, kemahiran dan sikap mengenai keselamatan jalan raya
Mengelakkan pihak ketiga bagi mengambil keuntungan yang melampau daripada calon pemandu
Memberi pendidikan tentang undang-undang Jalan raya serta membina etika pemanduan selamat
Membantu orang ramai yang amat memerlukan lesen memandu tetapi kurang mampu
Menggalakkan orang ramai memiliki lesen memandu yang sah
PERMOHONAN MYLESEN JPJ FASA 2 TAHUN 2016 BANTUAN LESEN MOTOSIKAL
Menerusi pertanyaan dengan pihak JPJ di akaun Facebook rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, pihak JPJ memaklum program ini dinamakan MyLesen – 1Rakyat 1Lesen
Pendaftaran program MyLesen fasa 2 (MyLesen 2.0) bermula pada 6 April 2016 telah dilanjutkan tarikh tutup sehingga 31 Disember 2016 dengan harga yang dikenakan sebanyak RM299 termasuk GST
Pihak JPJ telah bekerjasama dengan pengendali institut memandu di seluruh negeri bagi mewujudkan satu mekanisme untuk melaksanakan program ini
Turut diberitahu, Ahli Skuad Muda 1JPJ adalah keutamaan menyertai produk atau program myLESEN – 1Rakyat 1Lesen

Berikut adalah ringkasan info yang diperlukan

Syarat Kelayakan Pendaftaran Permohonan MyLesen JPJ 2016
Warganegara atau penduduk tetap Malaysia sahaja
Berumur 16 tahun dan ke atas
Memiliki MyKad/Polis/Tentera/MyPR
Tidak memiliki apa-apa kelas lesen memandu lain termasuk lesen memandu percubaan
Tiada senarai hitam mahkamah, JPJ atau Polis

Untuk mendapatkan info lengkap myLesen, sila rujuk kepada lampiran berikut

Syarat Borang Permohonan Program MyLesen

Kadar Bayaran Yuran Pendaftaran Program MyLesen 2016 – 1Rakyat 1Lesen
RM299 termasuk GST
Borang : Cara Permohonan Dan Daftar MyLesen
Kepada berminat boleh mendapatkan, melengkapkan dan menghantar borang permohonan Program MyLesen JPJ yang telah dilengkapkan dengan sempurna bersama salinan dokumen diperlukan ke mana-mana institut atau sekolah memandu pilihan sendiri yang telah berdaftar dengan pihak JPJ mulai 6 April 2016 dan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31 Disember 2016

Untuk mengetahui senarai institut memandu di seluruh negeri yang terlibat dengan Program MyLesen, sila layari atau klik pada pautan judul berikut

Tunjuk LinkSenarai Institut Memandu Seluruh Negeri Di Malaysia Program MyLesen

Borang boleh juga dimuat turun (download) melalui Portal Rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), klik judul pautanTunjuk LinkBorang Permohonan Mylesen JPJ 2016

Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut berhubung dengan program MyLesen boleh juga didapati dengan mengunjungi mana-mana institut memandu yang terlibat

Link BerkaitanPautan Info
Tunjuk LinkHarga Anggaran Bayaran Keseluruhan Buat Lesen Kereta Atau Motosikal Di Setiap Negeri