Artikel ini disemak semula serta info terkini telah dikemaskini pada 17 Oktober 2018 jam 06:46 PM
Pahang akan berkunjung ke laman Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dalam perlawanan ketiga belas saingan Liga Super 2018 (LS13) yang dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 2 Jun 2018
Perlawanan ini penting buat pasukan Pahang, sekiranya Pahang berjaya menewaskan PKNP FC ia dapat mencerahkan peluang mereka bersaing dengan pasukan lain terutama JDT di carta kedudukan teratas liga
Bagi pasukan PKNP FC pula, kedudukan pertengahan liga yang diduduki sekarang akan lebih terjamin dengan kemenangan berharga di tempat sendiri
Misi Pahang adalah mahu melakar kemenangan. Oleh itu PKNP FC perlu berusaha lebih gigih bagi menyekat kemaraan jentera serangan Pahang daripada menghasilkan sesuatu
Sebagai rekod, pasukan Pahang berada di kedudukan ketiga liga dengan mengumpul 21 mata selepas 12 perlawanan. Sementara PKNP FC pula berada di kedudukan ke 7 mengutip 14 mata selepas 11 perlawanan, kekurangan 1 perlawanan dari Pahang selepas perlawanan dengan Selangor ditangguhkan kerana isu lampu limpah
![]() ![]() |
Perlawanan di antara pasukan Pahang menentang PKNP FC berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang bermula pada jam 10:00 malam, Sabtu |
Berikut ialah keputusan semasa dan terkini perlawanan ketiga belas aksi Liga Super 2018 (LS13) membabitkan pasukan Pahang lawan (lwn) PKNP FC yang dikemaskini secara langsung sehingga tamat aksi masa penuh |
Pahang![]() | 2 – 1 | ![]() |
![]() | ![]() | |
![]() | ![]() |
![]() |
![]() |
![]() |