Permohonan Pengambilan Khas Guru 2023 (Pegawai Pendidikan Gred 41 SPP)

permohonan-pengambilan-khas-guru-pegawai-pendidikan-dg41

permohonan-pengambilan-khas-guru-pegawai-pendidikan-dg41

Pengambilan guru 2023. Pada 7 April 2023, Timbalan Menteri Pendidikan telah membuat satu pengumuman mengenai pengambilan khas seramai 19,431 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 atau lebih dikenali sebagai guru secara online. Ini bagi mengatasi kekurangan guru di negara terutamanya beberapa buah negeri dan subjek tertentu juga

Ini merupakan pengambilan guru yang besar dan akan berlangsung secara berkala setiap tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia KPM telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bagi memastikan perancangan yang lebih teratur serta pendekatan baharu dibuat bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), SPP dan Kementerian

Seperti diketahui umum, negara mengalami kekurangan guru bagi beberapa subjek dan di beberapa negeri. Oleh itu pengambilan permohonan guru dg41 ini bermatlamat mengurangkan jurang kekurangan guru serta mata pelajaran yang menghadapai masalah kekurangan guru. Sekiranya masih menggunakan pendekatan lama, isu kekurangan guru tersebut tidak dapat diselesaikan

Maka dengan pendekatan baharu ini, kementerian mendapati antara punca bekalan itu terhad adalah apabila guru dengan opsyen tertentu hanya boleh mengajar mata pelajaran yang tertentu sahaja. Dalam konteks lain, guru tersebut boleh juga mengajar subjek berbeza atau hampir dengan ruang lingkup sama. Maka dapatan kajian kementerian adalah perlunya untuk mewujudkan kluster opsyen mata pelajaran.

Permohonan Pengambilan Khas Guru 2023 (Pegawai Pendidikan Gred 41 SPP)

TERKINI: SPP memaklumkan bahawa hebahan bagi Iklan Pengambilan Khas Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 akan dikeluarkan pada 7 April 2023 selewat-lewatnya jam 5.30 petang

Menerusi kenyataan tersebut juga menerangkan pengambilan khas pegawai perkhidmatan pendidikan gred dg41 secara one off ini akan mengutamakan graduan pendidikan sama ada lepasan universiti awam, swasta atau luar negara. Namun urusan ini akan diperluaskan kepada graduan bukan iktisas jika terdapat kekosongan yang masih tidak dapat ditampung oleh graduan pendidikan yang ada melalui kepelbagaian kaedah pelantikan pada fasa berikutnya

Berikut antara maklumat penting lain mengenai urusan pengambilan khas guru DG41 yang diumumkan Kementerian Pendidikan dalam kenyataan media tempoh hari.

Mata Pelajaran Kekurangan Guru

Antara mata pelajaran yang mempunyai kekurangan guru tertinggi adalah seperti berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

Pendekatan Baharu: Kluster Opsyen Mata Pelajaran

Menerusi pendekatan baharu iaitu kluster opsyen mata pelajaran, bakal guru yang akan diambil dalam pengambilan khas ini akan disusun mengikut kelayakan dan kelulusan masing-masing berdasarkan kluster tertentu bagi membolehkan ruang atau kelompok tertentu sumber bekalan itu lebih luas

Ini bagi membolehkan pemilihan calon berkelayakan bagi opsyen mata pelajaran yang memerlukan pengisian. KPM juga akan mengadakan kepelbagaian kaedah pelantikan berbanding sebelum ini yang hanya memberi tumpuan pada kaedah tertentu sahaja

Proses Pengambilan Khas Guru DG41

Menurut perkongsian Timbalan Menteri Pendidikan (Lim Hui Ying), proses membuat permohonan adalah seperti berikut:

  • Rujuk Portal Rasmi SPP
  • Iklan akan dikeluarkan mulai 7 April 2023

Baca Juga: Cara Pendaftaran MySPP

Secara ringkasnya, permohonan akan melalui proses seperti di bawah:

  1. Permohonan online
  2. Menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru UKCG (bagi calon bukan pendidikan)
  3. Sekiranya lulus, akan diipanggil untuk temuduga
  4. Lulus temuduga akan diberikan penempatan.

Status Penempatan

Penempatan bagi pengambilan khas pegawai perkhidmatan pendidikan ini akan dibuat:

  • Secara berperingkat bermula Jun/ Julai 2023

Cara Permohonan 

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan, menghantar dan mengemaskini maklumat permohonan menerusi pautan seperti berikut:

Tarikh Permohonan

  • Dibuka : Bermula 7 April 2023
  • Ditutup : 21 April 2023 (Jumaat)

Iklan Pengambilan Khas Guru DG41 2023

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) menjemput calon yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia

Permohonan jawatan ini dibuka kepada:

  1. Graduan pendidikan bagi lantikan tetap dan syarat permohonan seperti berikut:
  2. Graduan bukan pendidikan bagi lantikan secara Contract of Services (CoS) dan syarat permohonan seperti berikut:

Graduan yang memenuhi syarat dikehendaki untuk memohon atau mengemaskini maklumat permohonan melalui Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) sebelum atau pada 21 April 2023 (Jumaat).

Graduan yang telah memohon atau mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP bagi tempoh 1 Januari 2023 sehingga 6 April 2023 Tidak perlu membuat pengemaskinian sepanjang tempoh hebahan ini.

Graduan juga tidak dibenarkan untuk mengemas kini permohonan selepas daripada tarikh tutup hebahan iaitu bermula 22 April 2023 sehingga 1 Jun 2023

Pemohon adalah diingatkan untuk memastikan maklumat yang diisi/ dikemaskini di dalam mySPP adalah tepat. Seberang kesilapan dalam mengisi atau mengemas kini maklumat akan menjejaskan peluang untuk dipanggil temuduga.

Hanya graduan yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipertimbangkan untuk panggilan temu duga mengikut opsyen yang akan ditentukan oleh SPP dan keputusan panggilan temu duga adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan

Semakan Temuduga Ambilan Khas Guru DG41

Temu duga akan dijalankan secara berperingkat. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Keputusan panggilan temu duga adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan

Pautan Semakan Panggilan Temuduga SPP

Hanya calon-calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga manakala calon yang tidak melepasi tapisan tidak akan mendapat panggilan.

Untuk membuat semakan, sila rujuk laman web rasmi SPP dan ikuti langkah berikut:

  • Layari laman web mySPP https://myspp.spp.gov.my/
  • Log masuk menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
  • Semak status panggilan temuduga bagi permohonan yang telah dibuat

Maklumat Lanjut

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga pengambilan khas ini, boleh rujuk pihak SPP pada butiran berikut:

  • Soalan Lazim : FAQ (akan dikemaskini)
  • Telefon : 03-88934019 / 4020 (Urusan Pengambilan)
  • Telefon: 03-88934021 / 4022 (Urusan Teknikal)
  • Sistem Pengurusan Aduan Awam, SPP : https://spp.spab.gov.my/

Related : menteri pendidikan datuk dr radzi jidin berkata, pegawai pendidikan gred dg41, 18,702 pegawai pendidikan gred, suruhanjaya perkhidmatan pelajaran spp, katanya dalam sidang akhbar, menteri kanan pendidikan datuk dr radzi jidin berkata, kementerian pendidikan akan bekerjasama, perkhidmatan pendidikan spp untuk memastikan perancangan, tahun 2021, penempatan secara berperingkat, jawatan guru, pertanyaan atau aduan, membuat pengambilan, dibuka bermula, khas pendidikan agama islam, bersedia dan sentiasa melayari laman sesawang, platform media sosial rasmi,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan