Permohonan Pengeluaran Duit ASB Secara Online

Pengeluaran Duit ASB Online Melalui MyASNB

Ketika negara malah serata dunia dilanda wabak COVID19, pelbagai pihak telah tampil untuk membantu meringankan golongan yang terjejas pendapatan. Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan untuk membendung wabak ini, ramai yang kehilangan punca pendapatan dan juga terjejas akibat tidak boleh bekerja. Justeru itu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) telah membuat inisiatif memudahkan orang ramai untuk membuat pengeluaran secara dalam talian melalui Portal dan Aplikasi MyASNB

Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dilancarkan untuk membantu bumiputera menyediakan simpanan yang boleh menjana keuntungan jangka masa panjang. Dividen ASNB akan diterima setiap tahun secara konsisten dan jumlah dividen yang diperoleh adalah berdasarkan jumlah minimum bulanan serta modal para pelabur. Pengeluaran ASNB pula boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa mengira sama ada baru sahaja membuat simpanan pelaburan ataupun telah lama

Jika sebelum ini, proses urusan penambahan pelaburan, kemaskini mahupun pengeluaran ASNB perlu dilakukan secara manual iaitu hadir ke kaunter dengan membawa buku pelaburan. Namun kini, selari dengan kemudahan teknologi yang ada di hujung jari, para pelanggan hanya perlu menggunakan komputer mahupun peranti telefon bimbit untuk mengakses portal dalam talian (online) yang disediakan ASNB dikenali sebagai myASNB

Melalui portal myASNB, pelangan dapat melakukan pelbagai urusan secara dalam talian sahaja tanpa perlu beratur atau bersesak di kaunter

Antara urusan yang boleh dibuat secara dalam talian adalah semakan baki atau maklumat penyata terkini, penambahan pelaburan ASNB dan yang terkni boleh melakukan pengeluaran ASNB secara online. Namun bagi mereka yang belum pernah mendaftar portal myASNB ini perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan mengakses

Permohonan Pengeluaran Pelaburan ASB Online Melalui MyASNB

Berikut dikongsikan panduan untuk membuat Permohonan Pengeluaran duit pelaburan ASB Online Melalui MyASNB. Dikongsikan juga maklumat berkaitan agar dapat membantu memudahkan orang ramai

Tarikh Permohonan Pengeluaran 

  • Melalui Portal MyASNB : mulai 20 April 2020
  • Melalui Aplikasi Mudah Alih MyASNB : mulai 27 April 2020

Cara Muat Turun Aplikasi 

Waktu Urus Niaga Pengeluaran ASB Melalui MyASNB

Unit Amanah Harga Tetap : Isnin hingga Ahad* :

  • Dibuka : 7.00 pagi
  • Ditutup : 6.00 petang

Unit Amanah Harga Berubah : Isnin hingga Ahad* :

  • Dibuka : 7.00 pagi
  • Ditutup : 4.00 petang

Nota : *Kecuali cuti umum

Soalam Lazim

Berikut adalah maklumat penting bagi pengeluaran duit ASN melalui MyASNB:

a. Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah RM500 sebulan terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit

b. Jumlah minimum bagi sekali pengeluaran adalah RM100

c. Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan

d. Pemegang unit hanya boleh mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja

e. Wang akan dipindahkan dari akaun unit amanah ASNB ke akaun bank pemegang unit

f. Wang akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya

g. Kemudahan ini disediakan secara percuma sahaja

h.Pengeluaran unit secara dalam talian dibenarkan bagi mana-mana unit amanah ASNB kecuali ASN Equity 5 dan ASN Sara2

Cara Mohon Pengeluaran ASB Melalui Portal MyASNB 

Langkah-langkah untuk membuat pengeluaran ASB di portal rasmi myASNB adalah seperti berikut:

  1. Daftar dan Log Masuk ke akaun MyASNB : https://www.myasnb.com.my/
    ASNB pengeluaran online 2
  2. Klik Portfolio, seterusnya klik Transaksi pada unit amanah yang dikehendaki serta pilih Jualan Balik
    ASNB pengeluaran online 3
  3. Pastikan maklumat bank anda betul dan klik Seterusnya
    ASNB pengeluaran online 4
  4. Baca, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
    ASNB pengeluaran online 5
  5. Masukkan jumlah amaun, tandakan kotak pengisytiharan dan klik Seterusnya
    ASNB pengeluaran online 6
  6. Semak semula butiran bank di notifikasi dan klik Teruskan
    ASNB pengeluaran online 7
  7. Klik Permintaan TAC, isikan dan klik Seterusnya
    ASNB pengeluaran online 8
  8.  Proses selesai dan transaksi berjaya
    ASNB pengeluaran online 9

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Permohonan Pengeluaran Duit ASB Online melalui Portal myASNB ini boleh dirujuk menerusi soalan lazim seperti pautan di bawah atau hubungi serta layari laman web rasmi ASNB seperti berikut:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan