Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Mulai 1 April 2022

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Setelah pelbagai desakan daripada pelbagai pihak seperti parti pembangkang dan rakyat khususnya, akhirnya kerajaan bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP RM10,000 bagi tahun 2022. Orang ramai yang telah terkesan akibat pandemik COVID-19 dan juga pelbagai lagi masalah lain seperti kehilangan pekerjaan dan pendapatan amat mengharapkan kemudahan ini. Tambahan pula ada yang terkesan akibat bencana banjir yang melanda negara Malaysia pada bulan Disember 2021 dan juga Mac 2022 sehingga menyebabkan ramai yang semakin tertekan dari segi kewangan

Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan berita gembira ini melalui perutusan khas beliau pada jam 1.30 petang, 16 Mac 2022 hari Rabu. Dalam ucapan beliau, beliau telah memaklumkan bahawa kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui tiga skim iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra berjumlah RM101 bilion, melibatkan 7.34 juta pencarum sejak pandemik COVID-19 melanda negara dua tahun lalu

Beliau juga telah menjelaskan menurut dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini, terdapat dalam kalangan rakyat pelbagai umur yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina semula kehidupan. Sememangnya kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP

Walau bagaimanapun, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP ini akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP. Ianya merupakan keputusan yang sukar disebabkan ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah bagi mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan juga simpanan masa hadapan. Pesanan beliau, walaupun Kerajaan memberikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, namun beliau merayu kepada para pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak. Beliau berharap para pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran, demi masa depan

Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Mulai 1 April, Bayaran Bermula 20 April 2022

Berikut adalah penjelasan mengenai permohonan pengeluaran KWSP RM10,000 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa:  

Kadar Pengeluaran

Sidang media khas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ahli bawah umur 55 tahun dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah maksimum sebanyak RM10,000 seperti berikut

  • Maksimum : RM10,000
  • Minimum : RM50
  • Perlu meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam akaun 1

Pencarum perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 2

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Ahli KWSP berumur di bawah 55 tahun
  2. Waraganegara dan bukan warganegara termasuk pemastautin tetap
  3. Mempunyai jumlah simpanan KWSP sekurang-kurangnya RM150

Tarikh Permohonan

KWSP dalam satu kenyataan, permohonan untuk pengeluaran khas untuk mengeluarkan jumlah maksimum RM10,000 dan minimum RM50, bermula 1 april 2022

  • Dibuka: 1 April 2022
  • Ditutup: 30 April 2022

 

Cara Mohon 

Langkah membuat permohonan untuk pengeluaran khas KWSP akan dikemaskini setelah diumumkan secara terperinci oleh KWSP. Pautan permohonan adalah seperti di bawah:

  1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my dan klik Mohon Sekarang
  2. Isikan Nombor MyKad / MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
  3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan
  4. Tentukan Amaun Pilihan Pengeluaran. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan. Tekan TERUSKAN.
    A. Skrin akan memaparkan jumlah maksimum amaun pilihan pengeluaran.
    B. Tetapkan Amaun Pilihan Pengeluaran Anda dengan menaip amaun pilihan
  5. Tekan TERUSKAN
  6. Lengkapkan Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan Kaji Selidik. Tekan TERUSKAN
  7. Semak semua maklumat. Klik pautan Terma dan Perakuan dan Tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai.

Bantuan Kerajaan

NOTA: Untuk memudahkan proses permohonan, pemohon hendaklah memastikan nombor telefon bimbit telah dikemas kini bagi menerima TAC Code dan akaun bank peribadi aktif.

Video Cara Mohon Pengeluaran Khas KWSP

 

Semakan Status

Semakan status permohonan Pengeluaran Khas boleh dibuat mulai:

  • 9 April 2022

Pemohon boleh menggunakan dua kaedah semakan iaitu:

  1. Menu Semak Status Permohonan di Portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my
  2. Menu Pengeluaran > Sejarah pengeluaran di i-Akaun (Ahli)

Langkah terperinci untuk membuat semakan status permohonan seperti berikut:

1. Layari pengeluarankhas.kwsp.gov.my
2. Klik teruskan
3. Klik Semak Status Permohonan
4. Masukkan No. IC dan No. Telefon Bimbit, tandakan ‘saya bukan robot’ dan klik Semak Status
5. Paparan ‘Permohonan diterima’ akan ditunjukkan

Cara Semak Baki Akaun KWSP

Para Pencarum KWSP boleh menyemak baki simpanan melalui 3 cara iaitu:

1. i Akaun (Ahli)

Rujuk panduan: Cara Daftar i-Akaun KWSP

2. Aplikasi Mudah Alih i-Akaun

3. Kios KWSP (Termasuk kiosk di premis pihak ketiga)

Rujuk Panduan: Cara Semak Lokasi Kiosk KWSP 

Tarikh Bayaran

Menurut KWSP, bayaran dibuka kepada ahli-ahli di bawah umur 55 tahun dibenarkan untuk mengeluarkan jumlah yang diinginkan akan dibuat bermula:

  • Tempoh pembayaran akan dilaksanakan bermula : 20 April 2022 Diawalkan mulai 18 April 2022 (secara berperingkat)

Amaun Pengeluaran & Kaedah Bayaran

Berdasarkan infografik yang dikeluarkan oleh KWSP, amaun pengeluaran khas yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Minimum RM50
  • Maksimum RM10,000
  • Tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2, jika tidak mencukupi Akaun 1 akan digunakan dan baki di dalam Akaun 1 sekurang-kurangnya RM100

Bantuan Kerajaan

  • Pembayaran akan dibuat dalam satu (1) bayaran sahaja mulai 20 April 2022

Sebarang pembatalan atau pindaan amaun pengeluaran tidak dibenarkan. Bayaran juga akan diberikan keutamaan berbanding pengeluaran yang lain.

 

Penggantian Semula Amaun Pengeluaran

Berikut adalah penjelasan penggantian semula Amaun Pengeluaran Khas dan boleh juga baca di pautan:

Bantuan Kerajaan

Maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengeluaran Khas KWSP, boleh rujuk soalan lazim di bawah atau menghubungi talian bantuan seperti berikut:

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan